hihi, oke2.. selepas entri yang agak panjang tadi. kali ni santai2 saja.
Time saya tengok countdown di atas ni .. nampak tak ada journey tarikh2 and ada gambar teddy bear .. hihi
Tak lama lagi Sanah Helwa untuk diri sendiri. 1 bulan lagi !
macam sekejap ja masa ni berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei. Tak lama lagi bulan Jun dan begitu lah seterusnya.
saat berganti minit
minit berganti jam
jam berganti hari
hari berganti minggu
minggu berganti bulan
bulan berganti tahun ..
pernah tajuk MASA jadi topik perbualan antara kawan2..
kami imbas balik cerita2 yang berlaku dari tingkatan 1 sampai la sekarang (tingkatan 4) .. suka duka bersama, seronok bila ingat balik.
Zaman sekolah rendah mengatakn, lepas UPSR paling best.
dah upgrade sikit, lepas PMR palinggggg best.
upgrade lagi, lepas SPM palinnnnggggg best !!
nanti .. ?
lepas Universiti lagi best..
begitu lah lumrah manusia.. kan ?
masa ni mengingatkan tentang mati .. kalau lah manusia tahu bila saat mereka akan mati, pasti mereka sedang mengejar2 melakukan ibadah .. kata2 yang selalu didengar.. kan ?
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.
Lima sebelum Lima
1.Muda sebelum Tua
2.Kaya sebelum Miskin
3.Sihat sebelum Sakit
4.Lapang sebelum Sempit
5.Hidup sebelum Mati
Muhasabah diri ....
Muhasabah diri ....
No comments:
Post a Comment
Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^