Saturday, April 27, 2013

laporan April

assalamualaikum dan salam sejahtera. cewah.. macam mau berpidato pula :) hihi

tajuk entri diberi : Laporan April.
mau tau kenapa? walaupun kmu nda mau tau, sy tetap kasi tau juga ;D sebab... bulan April ni macam2 yang berlaku. dan dalam tempoh sebulan ni juga lah sy nda balik rumah. stay jak d skolah.. huhu.

ok. terus kepada topik utama.

Dalam tempoh sebulan ni, 3 pertandingan sy ikut (Debate english, Pidato Piala KPM & Drama english) sedih nya bukan main lagi when debate and pidato I haven't ready yet ! nah.. keluar dah bahasa rojak.. ish.ish.ish.
Maka, bertandinglah sy walaupun belum bersedia. bila kalah, terima dengan redha dan pasrah walaupun sedikit hampa. huhu. walau apapun, sy tetap bersyukur, alhamdulillah. dalam kesibukan melanda, sempat juga berlatih drama BI, kami sudah berusaha sedaya upaya, namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi kami, kami hanya berjaya merangkul tempat ketiga sahaja(2nd runner-up). kami berjaya menghiburkan para penonton dgn humour yg kami lakonkan, pronounsation(betulkah ejaan ni?) ish.. paling senang sebutan english kami pun smart sudah.. ala2 slang British-America gitu.. hihi
tapi, juri komen sikit, crita kmi pengajaran tk brapa kuat. "your moral value from this drama didn't shine so bright. You can improvise more next year. Good luck !" dia mau moral value kita Shine Bright Like A Diamond kali, cigu sy ckp. hihi
sebelum ni ada juga join drama team, tym form 3(2011) dan kami dapat naib johan. Kali ni, walaupun tmpat ketiga, kami smbut macam dapat johan jak.. brapa banyak kali cigu raikan kemenangan kami dengan pesta makan2.. hihi

IKS(Ihtifal Kecemerlangan Sekolah) pun berlangsung pada bulan April. Teringin juga naik pentas tahun depan sebagai Pelajar Cemerlang SPM 2013, Balqis Nabilah Hadi bt Haidon. wahh.. insyaAllah taala, biiznillah ;)

haaa.. baru2 ni, kami ada Forum Perdana : Cinta yang Diredhai Ilahi. Mantaplah tajuk dia. hihi
pengetua kami mau kumpulan nasyid putri. wow ! terkejut kami. so, penyanyi2 nasyid tym sekolah rendah dulu yang sudah lama bersara sejak menjejakkan kaki ke SMKA TDM, dipanggil semula untuk membuat persembahan. haha
dengan baik hatinya kawan saya, Harathia( aits.. Fatin fatihah nama sebenar dia ) dan Ummu Khalidah offer join nasyid.. hahaha, suara sumbang mengalahkan effarogy (F-R-O-G).. saya sedar juga suara ni nda lah semerdu mana pun.. hmm.. kami mendendangkan dua buah lagu pada permulaannya, tapi masa yang diberi hanyalah 8 minit, so kami hanya bawa satu lagu. Kasihku Abadi.

Ku harap hanya keikhlasan, aku rindukan keramahan, aku inginkan kemesraan, berkekalan berpanjangan. Mengasihimu dikasihi, menyayangimu, disayangi, merindui dan dirindui, saling mengerti di hati.

Petikan lirik lagu Kasihku Abadi. I like this song. hihi

tym nyanyi, hanya solo je yg ada mic.. yang suara nda semerdu mana action jaklah knunnya ada mic.. haha. fes tym nyanyi depan ramai orang, gemuruh juga rasanya.. tapi, alhamdulillah, diterima secara positif.