Thursday, October 25, 2012

Minat Dalam Diam

Rasulullah SWT menyuruh kita bersangka baik dalam semua perkara..
semua ini ada hikmahnya..
Allah tidak melakukan sesuatu tanpa sebab, mesti ada sebab..
Allah berikan ujian semuanya ada hikmah..
Allah takdirkan sesuatu mesti ada pengajaran..
jadi bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah tidak akan menzalimi manusia tetapi manusia yang akan menzalimi diri mereka sendiri...

STATUS yang baru sahaja di'update' oleh seorang insan yang aku minat dalam diam membuatkan aku tersenyum. Ramai followers yang menekan butang 'Like'. Mengenali dirinya, membuatkan aku lebih mengenali Ilahi. Mendekati dirinya, membuatkan aku lebih dekat pada Ilahi. Terima Kasih Ya Allah, aku amat bersyukur kerana telah menemukan insan seperti dirinya dalam diriku.

Aku sering mendengar kata-kata, cacian makian, fitnah dari orang lain mengenai dirinya. Dia kaki perempuan, suka sangat mainkan perempuan. Semuanya agenda yang sengaja ditimbulkan untuk mengikis minatku terhadapnya. Namun, aku percaya dia bukan begitu. Sehinggalah tiba suatu ketika, seorang wanita dengan beraninya berhadapan denganku, face to face.

"Jauhkan diri kau dari si dia! Dia milik aku!" Dengan wajah bengis dia berkata-kata.


Dia milik kamu? Tidak. Dia milik Allah.

Namun, suara itu hanya bergema di dalam hati.

Aku terkedu mendengar kata-kata tersebut. Apa hak dia untuk mengarah diriku?

Rupanya selama ini, wanita itulah yang telah menjadi dalang kepada wujudnya khabar yang tidak enak didengar. Semata-mata untuk mengelakkan si dia didekati oleh wanita lain.

Aku meminati dia dalam diam. 
Kata orang, Kadang2 orang yang kita minati itu pun sebenarnya minat kita dalam diam. Biar lah Allah yang aturkan. 

Seperti kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali. Mereka berdua saling meminati dalam diam. Akhirnya disatukan dalam ikatan yang sah dan halal. Aku berharap dirinya akan menjadi imam dalam hidupku, yang bakal memimpin diriku dan anak-anak hingga ke syurga. Ahh.. Bagai membina istana di awan, aku segera membuang angan-angan tersebut. Tapi, tidak salah jika kita meletakkan harapan, bukan? Ya, aku tahu jangan terlalu mengharapkan kasih manusia, kerana hati manusia pandai berubah-ubah. Nanti kita juga yang bakal merana dan kecewa. Oleh kerana itulah aku bermohon kepada Rabb dalam solat Istikharah ku,

Sekiranya dia yang Kau titipkan buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku Sekiranya bukan, jauhkanlah hatinya dengan hatiku. Aku hanya merancang tapi Engkau adalah sebaik-baik perancang.


"Apabila seseorang menyatakan, “Aku cinta padamu”,

maka jawablah:

“Ahabbakallazi ahbabtaniy lah”- Semoga Allah mencintaimu, yang Dialah membuat 

engkau mencintaiku keranaNya”

(Diriwayatkan oleh Abu Daud, anNasaai dan Ibnu Hibban dari hadis Anas)"


Tanpa disangka-sangka, adik perempuannya berjumpa dengan aku. Dia mengatakan bahawa dia pernah terdengar abangnya menyebut namaku dalam doa di sepertiga malam. Aku terkedu. Benarkah? Sukar untuk aku mempercayai kata-kata adiknya. Aku gembira. Rupanya, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi, kebanyakan lagu-lagu nasyid menyatakan lirik mengenai kelembutan bicara seorang wanita mampu menarik minat seorang lelaki. Tapi aku? Aku cerminkan diri sendiri. Apa yang ada pada diriku? Agak mustahil untuk dirinya mempunyai perasaan terhadapku. 


Tahun ini merupakan tahun terakhir kuliah. Setelah tamat pengajian, masing-masing akan membawa haluan sendiri. Mencari kerja, sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, atau mungkin juga ada yang akan membina baitul muslim. Kebetulan, semalam merupakan majlis terakhir buat pelajar tahun terakhir dan juga merupakan hari lahir buat diriku. Aku terkejut melihat si dia naik ke atas pentas lalu mencapai mikrofon. Dia akan buat persembahan? Aku ternanti-nanti persembahan apa yang bakal dilakukan.
.

"Lagu ini ana tujukan khas kepada seorang insan bernama kekasih. Terimalah, Permata yang Dicari- Dehearty."

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Dia mendekati diriku. Dari jauh dia mengatakan, " Wahai Cahaya Permataku, Nur Durrani, abi dan umi ana telah bincang dengan abah dan mak enti, mereka telah bersetuju untuk menyatukan kita setelah konvo nanti." 

Aku menangis. Aku tidak tahu mengapa air mataku tiba-tiba sahaja mengalir. Mungkin kerana terharu? Abah dan mak tak bagitahu aku pun? 

"Terima kasih Amir Akhtar, Putera Terpilih untuk menjadi imamku."

Ya Allah. Permudahkanlah, jangan disusahkan.
Allahumma yassiru wala tu'ashir..

Pesanan penaja Qisnadi : 
Cerita ini hanya rekaan semata-mata.
Dalam kehidupan tidak semuanya indah. Doa itu senjata kuat mukmin. Sebelum tergerak hati untuk bercinta, cek balik diri kita. 

  Jika antum kaum Adam, cukup sudah ilmu agama dalam diri untuk bimbing bakal zaujah dan para khalifah yang bakal dilahirkan untuk bersama ke syurga? 

  Wahai Hawa, jangan terlalu leka dengan duniawi, sebelum ingin bercita-cita menjadi isteri solehah, ibu mithali, dah tertunaikah tanggungjawab kita sebagai anak solehah?

Tepuk dada, tanya iman. Muhasabah diri. :')
Wallahu'alam.