Monday, March 25, 2013

update. update.

assalamualaikum wbt..
Ya Allah.. agak lama sudah nda update blog ni tau.. macam berhabuk sudah.. banyak lagi tue sarang labah2<kununlah.. hihi>

Sebenarnya.. banyak sgt sy mau kongsi d blog ni.. tapi, ada sahaja halangan.. slalunya update blog guna laptop.. tapi, skrg ni cma dpt on9 guna fon jak.. jadi, kalau mau menaip tue memang nda bebas lah.. skrin pun kicik jk.. hihi.. bukan nda bersyukur dengan apa yg ada.. cuma, dari segi aspek keselesaan tue.. kalau guna laptop selesa sikit mau menaip dgn adanya skrin yg besar :)

Hari ni, ada orang yang birthday. Tapi, saya nda dapat wish.. sebab dia berada nun jauh di sanaaaa ~ Jordan. Kontek pun nda dpt, sbb dia deactivate fb. hmm.. nda pa lah. Hanya doa yang mampu sy kirimkan semoga dia selamat di sana dan berjaya dunia dan Akhirat. Aamiin ya Rabb. ^^ Fi hifzillah <semoga Allah menjagamu>

ok. banyak perkara yang berlaku yang saya mau kongsi d sni.

Baru2 ni, sya demam :( 3 hari.. guru2 macam nda percaya jak sy demam. semua tanya, "eh, Balqis, koe demam? rindu bapa ka?" saya hanya mampu mengukir senyuman walaupun ianya sukar. kepala pening2, nda dpt p prep. ada bbrapa kelas saya tinggal.. huhu. Rugi. Sangat2 rugi... walau apa pun.. saya bersyukur kerana Allah kurniakan sahabat yang baik yang sanggup menemani dan menjaga saya selama saya sakit. Terima kasih Sahabat. uhibbukum fillah ;)

Dua, tiga hari lepas tue.. kami ada exam bulan 3.. huhu, apa yg saya baca.. semua macam nda masuk kpala.. hmm.. last2 , dapat result yang kurang memuaskan hati. Ya. semuanya bepunca dari saya. Kenapa org lain boleh dapat markah yang cemerlang, dan kenapa saya tidak ? Guru2 cakap saya bercinta dan ia menjadi punca kemerosotan saya. Walhal  ia tidak ada kaitan pun.. Dan, yang paling penting.. Saya tak bercinta pun. Ya Allah, ku terima sekiranya ini adalah ujian dariMu untuk menguji kesabaran diriku.. Redha. La tahzan, inallaha ma'ana. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama mu. :')

Guru2 ingin melihat anak muridnya cemerlang dan menjadi orang yang berguna. Seorang guru telah memberikan saya nasihat yang terus menyentuh qalbu.. saya nda marah, malah saya bersyukur kerana diberi nasihat utk saya memperbaiki diri sebelum terlambat. nasihat yang lemah lembut memberikan kesan yang amat mendalam bagi diri saya. Keputusan UPSR & PMR dah cemerlang, takkan saya nak biar an result SPM saya jatuh menjunam pula? SPM penentu masa depan. Kalau result tak cemerlang, tapi ada hati nak jadi seorang doktor. memang mustahil lah. cita2 tanpa usaha hanyalah sia2.. Saya perlu berubah. Saya MESTI berubah..

pelajar2 senior baru jak ambil result SPM dorg.. ada yang cemerlang, ada yang cukup2 makan jk.. saya nanti d kategori yang mana? Muhasabah diri balik...

hmm.. baru2 ni, TDM jadi tuan rumah utk MTQ .. alhamdulillah, kumpulan nasyid The Voices dpt johan. kecut juga perut kami tym tunggu keputusan diumumkan sebab ada saingan suara harmoni yang mantap dari sekolah lain. Tapi, sekolah kami pun apa kurangny. hihi.. tym penyanyi solo berqasidah, semua terpegun termasuk juri2.. dia boleh alun sambil tarik note tinggi dalam masa yang sama.. bergema dewan dengan bunyi tepukan yg gemuruh ^^
dapat juga dengar alunan tarannum yang merdu :D mantapp !

memang bulan ni agak sbuk sdikit.. d mna saya ikut comprtition MightyMind peringkat Negeri d Suria Sabah. Mencabar minda betul soalan2 kuiz tue.. alhamdulillah, walaupun nda menang, markah kami paling tinggi antara 4 pasukan dari TDM.. hihi