Saturday, August 31, 2013

Jangan stress, please?

Assalamualaikum ~ hye !

Welcome September !!

Amboii, tajuk bukan main lagi.. hihihi

Oke. sebelum itu, Selamat Menyambut hari Kemerdekaan. Merdekakan jiwa, akal dan minda, jangan biarkan dirimu dijajah dengan pemikiran serta budaya Barat. ^_^
Sambil.sambil kamu tengah syok menyambut kemerdekaan, jangan lupa doakan saudara kita di Mesir, Syria, Palestin.. Allahuakbar !


Hurmm.. 2 September start suda trial SPM.. kami ada dua kali trial, satu dari SPI, satu lagi dari PPD. Dua2 exam ni clash ! sepatutnya SPI dulu pada, 2/9 - 13/9 .. barulah PPD, 17/9-27/9.
Tapi. Tapi. Tapi... PPD mau kc awal exam.. mau kejar tarikh SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah) .. so, SPI 2/9 - 6/9 subjek BM, BI, MathMode, Sejarah.. 2 minggu seterusnya exam PPD. minggu ke-4 bulan September smbung balik exam dari SPI.. <fening.fening>
whole month diisi dengan exam sahaja. Rindulah cigu2 dengan kami ni.. hihi

Laa.. nda kan lah pasal trial ni jak stress?

No.no.no.

Sebenarnya, itu baru mukadimah. Seperti yang anda maklum, nda lama lagi SPM, minggu depan saya start exam. Tapi, saya masih lagi menyandang jawatan sebagai ketua pelajar ! Itu satu amanah yang amat berat. Tahun lepas, bulan Julai saya telah mulai memegang amanah ini. Tahun ni? entahlah.. 

Rasanya tahun ni kemarahan itu agak surut sedikit berbanding sebelum.sebelum ni.. Sampai ada junior bagi, urm, nasihat? "Kak Balqis, kaka tak boleh ke jadi tegas? Ramai dah pelajar tak ikut peraturan. kenapa kaka diam je? Kaka terlampau berlembut bha. Tue yang dorang nda takut."

"Orang kuat bukanlah orang yang menang berlawan, tetapi yang disebut orang kuat adalah orang yang boleh mengendalikan dirinya pada saat marah." [HR Bukhari & Muslim]

Saya bukanlah suka marah.marah.. pengawas lain kalau nda diarah, nda lah dorang mau bergerak, macam pahat dengan penukul. mau kena tukul dulu barulah berjalan.. Kadang.kadang.. itu punca yang menyebabkan saya stress. nda cukup dengan itu, ada lagi budak.budak<ngeh3.. Form 5 pula saya ni> nda paham bahasa Melayu mungkin.. since awal tahun bagitahu, NO SELUAR CEKAK/seluar fit. And YES, you need to wear SOCKS to cover your leg, I mean your feet. It is also a part of aurat actually. well, faham2 lah sendiri anda berada di mana, kan? SMK Agama. Bukanlah bermakna budak sekolah agama jak perlu tutup aurat dengan sempurna. Tapi, kedegilan umat manusia akhir zaman. Astaghfirullahala'zim.. nda patut. nda patut. :( 

Ada seorang kawan saya, seorang pengawas, mungkin dia pun terlampau geram, over limit sudah had kesabaran dia. So, dia tegur, guna volume suara yang high supaya mereka.mereka itu dapat mendengar dengan jelas. "Kenapa bha kamu mau juga kasi tayang aurat kamu dengan putera? Hilang sudah maruah kamu? mahu bagi free show dengan putera?" Dan saya bagi sedikit penambahan, "..bagi secondhand dengan suami kamu?"
Terdiam.

Tutup aurat bukan kerana peraturan jak, tapi perlulah niat Lillah Ta'ala. Semoga istiqamah mengikut syariat Islam. :) Lagipun, kita hanya menumpang di bumi Allah, oleh itu kita perlulah mengikat perintah-Nya. :D

Saya mau jaga hubungan dengan Allah, juga hubungan sesama manusia. Habluminallah, habluminannas.. kadang kala terlalu mengikut emosi, sehingga melepaskan amarah dalam keadaan diri yang tidak terkawal.. Tetapi, mulut tetap dijaga. Walau keluar bertubi-tubi peluru amarah, saya tidak mengeluarkan kata nista. Semuanya berunsur nasihat. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang ^_^  Maafkan saya. :'(




Haa.. One more thing. Perkara ni pun menjadi salah satu punca saya menjadi agak tertekan.
PLKN ? Hadoiii~

Nda pernah terlintas di fikiran, atau wujud dalam kamus hidup saya. Tapi sekarang, saya perlu redha.. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Ramai yang gitau, it's something FUN! I hope so. Pergi dengan terpaksa, pulang dengan tangisan. In shaa Allah. Belum cuba belum tahu, kan?

 
 
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Semoga esok lebih baik dari hari ini. ;)

Balqis Nabilah Hadi bt Haidon Hadi,
You can do it ! Fight for SPM. BittaufiQ wannajah :D
Ada orang pesan,
"kak Balqis jangan banyak ketawa tau. Kurang-kurangkan ketawa. Takut nanti time SPM, kaka menangis jak."
Erk! Alright. In Shaa Allah. Lagipun, banyak ketawa ni akan menghilangkan ilmu. hihi..yaka?
Ketawa banyak akan menyebabkan hati kita mati. Astaghfirullah..

Ukhwah fillah :)

Thursday, August 15, 2013

Ghurabaa'

Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad ya Kareem.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar!
Tahniah!! Anda telah mendapat pahala walaupun sekejap sahaja wahai sahabat ^^

Assalamu'alaikum :) 
Perkongsian kali ini ialah Ghurabaa'
Hurmm..? Maksud? nda paham? 
Baiklah, Ghurabaa' bermaksud asing. mau tau yang lebih lanjut? :)
jap, jap. Layan dulu lagu ni, berserta grafik yang menarik. In shaa Allah ^^
Erm.. sebelum tue, 'pause' sekejap zikir kat sebelah kanan blog ini.
Harap Hafiz Hamidun nda marah , hihi.

Bismillahirrahmannirrahim . . . .


ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERJAYA ? 
ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERKUASA ? 

Memayungi dua pertiga dunia 

Merentas benua melayari samudera 
Keimanan juga ketaqwaan 
Rahsia mereka capai kejayaan


ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERJAYA  ?
ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERKUASA ?


Memayungi dua pertiga dunia 
Merentas benua melayari samudera 
Keimanan juga ketaqwaan 
Rahsia mereka capai kejayaan 

Bangunlah wahai anak bangsa 
Kita bina kekuatan jiwa 
Tempuh rintangan perjuangan 

GEMILANG GENERASI YANG SILAM 
MEMBAWA ARUS PERUBAHAN 
KEIKHLASAN HATI DAN NURANI 
KETULUSAN JIWA MEREKA BERJUANG 

ADAKAH KAU LUPA 
Sejarah telah mengajar kita 
Budaya islam di serata dunia 
Membina tamadun berjaya 
Merubah mengangkat maruah



Pemuda yang amat mengagumkan, 
Salahudin Al-Ayubi yang mampu merampas semula kota Constantinople dari Rom. Subhanallah! 
Lihatlah dunia sekarang, umat manusia kini telah terkena penyakit Wahn, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Namun bukan semua terkena penyakit tersebut, kerana masih lagi wujud orang yang terasing(Ghuraba).

Bukanlah orang yang asing itu mereka yang terpisah dari negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal.
Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius  dikala manusia sekeliling asyik bermain-main,
dan tetap berjaga ketika manusia sekeliling asyik tidur dengan lenanya,
dan tetap mengikuti jalan lurus di kala manusia dalam kesesatan tanpa arah.

Seorang sahabat berkata,
"Aku melihatmu sebagai orang asing,
di antara ramai orang engkau seorang tanpa teman"
Maka penyair itu berkata,
"Sekali-kali tidak! Bahkan orang banyak itulah yang asing,
sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalan hidupku."

Inilah orang asing tersebut.
Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia di antara manusia.
Tetapi di sisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia.





Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing." (Riwayat Muslim)



Perkongsian atas dasar kasih sesama saudara.
Jangan malu apabila digelar memakai pakaian akhir zaman, bertudung labuh, berjubah mungkin agak pelik di mata mereka,. Tetapi, itulah sebaik-baik pakaian yang mengikut syariat. :)

Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman.

Lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: "
Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. 

Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".

Alhamdulillah, perkongsian tamat di sini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda. :)

Mereka hujani saudara kita(Mesir,Syria, Palestine) dengan peluru,
kita hujani mereka dengan doa.
Doakan KEHANCURAN Syiah, As-sisi dan Yahudi zionis laknat!!
Doakan KEMENANGAN mujahidin2 islam di sana.
Allahumma Ameen!

Info terkini! Masjid Negeri Sabah turut melakukan perhimpunan terhadap kekejaman yang berlaku terhadap saudara kita di Mesir. Sekurang-kurangnya, masih terdapat kesedaran dalam diri mereka, kita pula, bagaimana?

Negeri lain turut terlibat, bukan Sabah jak. Harap maklum :D
Masih ada yang prihatin. Alhamdulillah.

   

Sunday, August 11, 2013

Salam Lebaran :) Tip extra

Assalamualaikum wbt , haii ~ :D
Alhamdulillah. Alhamdulillah. ^_^
Lama sudah nda update blog. Nampak kusam dan tak bermaya jak. <Erk?>
Di kesempatan ini, walaupun banyak sebenarnya benda yang mau dikongsi bersama, tapi.. saya akan ringkaskan dan padatkan benda yang perlu dishare :) InsyaAllah.

Perginya Ramadan, tibanya Syawal.
Anda sedih? Saya juga merasai kesedihan pemergian Ramadan, bulan yang mulia. :'(
wuu~ sebak rasanya di dada, Ramadan pergi meninggalkan kita u_u
InsyaAllah, saya akan menunaikan puasa 6 di bulan Syawal ini ..
mau ubat sikit rindu di hati.. hihihi

Ahlan wasahlan Syawal.
Minal 'aidil wal faizin, Kullu am wa antum bikhair.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Sejujurnya lah kan.. time pagi 1 Syawal... Rasa macam.. "Syawal sudah ka?"
perasaan... macam masih belum ready lagi untuk menerima ketibaan Syawal.
Alhamdulillah, saya terima kenyataan. Syawal adalah bulan yang mulia.
saya turut bersyukur, kerana tahun ini kami sekeluarga menyambut Syawal ^_^
abang dan kakak saya sampai Malaysia dengan selamat.. Alhamdulillah.



Tip-tip Motivasi
Sedang syok2 berjalan p Tambunan, mau ziarah saudara mara kan, beraya ~
Nampak buku motivasi dalam kereta abah.. buku kecik, tapi padat dengan maklumat yang berguna.
buka jak tue buku dan baca tip pertama sampai tip yang terakhir, semua menusuk ke jantung.. semuanya macam tembak tepat2 ke arah diri saya.. huhu
well, saya kan nda lama lagi mau SPM, tapi tulah.. macam nda sedar2 lagi.. masih di awangan -_-
Pengetua dah pesan, entertainment kat rumah nanti, hanya lah BUKU.BUKU.BUKU.
Tapi.. saya buka MUKA BUKU, tengok TV.. Biasalah, musim cuti ni program di TV tue macam2 ada.. kata si ASTRO 0.o
kata-kata ini menyentap jantung saya -->

"Saya mesti tegas dan fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Saya sedar keseronokan adalah punca kelalaian terhadap pelajaran selama ini."

Zapp!
Keseronokan adalah punca kelalaian terhadap pelajaran . . .
Keseronokan adalah punca kelalaian terhadap pelajaran . . .

Ok. Cukup.

Lepas cuti raya nanti ada 2 kali trial.. satu dari PPD, satu lagi dari SPI..
huhu, kenapa lah tak sedar.sedar lagi ni? heran.heran.
pernah lah saya terfikir mau minta keluarga dan kawan2 yg lain tolong bagi kesedaran utk diri saya..
then, terbaca lagi tips ini ::

"Saya sedar bahawa setiap masalah berpunca dari diri saya sendiri, kerana itu saya yang mesti menyelesaikannya."

"Di dalam dunia ini, cuma kita berjaya mengubah diri kita. Kejayaan tercapai apabila kita sedar dan menguasai diri kita."

Ia mirip dengan satu ayat,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu bangsa sehingga bangsa itu mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar Ra'du: 11)

Akhirulkalam,
Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. Apa yang perlu hanyalah berusaha. RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.

Man Jadda wajada :)

Wahai ikhwan dan akhawat sekalian,
dalam kita bergembira , jangan lupa pada saudara kita yang berada di Syria, Palestin..
Doa sahaja yang kita mampu berikan kepada diri mereka.
Kita berjuang dengan musuh (nafsu) dunia, walhal mereka berjuang demi jihad dan Syurga Allah !
Allahu Rabbi :'(

Jika Allah bersamamu, maka jangan takut kepada siapa saja, akan tetapi jika Allah sudah tidak lagi bersamamu, maka siapa lagi yang bisa diharapkan olehmu?
(Hasan al Banna)


Sebab itulah, mereka jadikan ibadah itu sebagai hiburan kepada mereka, biarlah mereka mengisi masa dengan ber'dating' dengan Allah, nanti di Akhirat memberi manfaat kepada mereka.
Kita di sini masih leka, alpa dan lalai dengan kewajipan yang kita perlu tunaikan.
Please.. Sedarkan diri anda itu sebelum terlambat.. :'(
Saya saling berpesan di sini kerana saya sayang kan anda semua..
kita semua kan bersaudara ^_^

Salam ukhuwah, Fi hifzillah wahai pembaca sekalian.
Semoga Allah merahmati dirimu.
Thank you for your time. ^^
Doakan saya, boleh?
Semoga Balqis Nabilah Hadi mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2013. Ameen!