Monday, May 27, 2013

The Person Who I LOVE


Kata orang kalau dah jodoh, takkan ke mana jua..

Di sini ada story untuk dikongsi bersama ;)

Saya dan dia berkenalan hanya melalui Facebook. Yang memperkenalkan dirinya kepada saya ialah my aunty ^^ Kata aunty saya, kononnya kami ni mirip ? wallahualam..
Pandangan orang dengan pandangan kita kadangkala berbeza.. sampaikan kami berdua try2 edit2 gambar, kasi gabung untuk mmbuktikan kami ada iras.. hihi
copy paste kata2 ukhti tersebut :

umi Jaminah kata wajah kita seiras ~
tngok pic yg ana edit ne, hmm ? hampir2 sma kot~
...
*yaka? hhe.

ntah napa rasa teringin sngat nak jumpa dia ne & usrah bersama. nak kenal dia dgn lebih rapat lagi. mungkin suatu hari nanti Allah izin kita jumpa. wlaupun kita xbrpa nak kenal lagi, tp mudah2an ukhwah kita ne brada d bwah naungan redha Ilahi .. smoga sntiasa dcintai Allah , dear ukhti

aminn ya Rabb
 

<hihi, takmau letak gbr. takmau.takmau. :D>

Bukan kakak tue jak mau jumpa saya, saya lagilah tersangat.sangat.sangat mau jumpa dengan hamba Allah ini.. Apatah lagi kawan saya, Hazmira, turut mengatakan benda yang sama. Dia dulu bekas sekolah d SMK Beaufort juga, tym form 4 barulah pindah p SMKATDM.

"Muka kamu ada mirip, gaya dia, perangai dia, sama macam koe juga, qis. Cuma, kak tina selalu senyum." TOINK ! hihi, yess, I admit, saya selalu marah2 jak. huhu

Pada 24 Mei, my abang sepupu nikah. Blank bha mula2 mau pakai baju apa, hantam jaklah, terus sarung jubah. One more problem, mau pakai tudung apa? Shawl kali? hihi.. start lilit2 di kepala. Geram, nda puas hati, tukar style lain. Last2, "Dila ~ jom jalan." Buka shawl, tarik tudung labuh krim, tengok di cermin. PERFECT.

Masuk jak kereta, umi pelik. "Aik? Tadi, bukannya dila pakai shawl ka?" Senyum jaklah. Kasi lebar tue senyuman kasi tunjuk semua gigi :D

Sampai di bayangan, my abang sepupu makan paaaalinggg banyak. Mau control macho lah tue nanti, kononnya pengantin diet. hihihi

Paling melucukan ialah, rumah abang sepupu dengan pasangannya dekat jak. selang berapa rumah. ish.ish.ish. LUCU. mau p rumah pengantin perempuan, jalan kaki jaklah. bukannya jauh. Time mula sudah akad nikah tue, saya TERperasan seseorang yang turut memakai tudung labuh. Dalam hati, "kak tyna?" Inilah padahnya jika rabun tapi makiray0u tia mau pakai spek. Nampak pun kabur2 jaklah.. Malu pula kalau tiba2 salah orang. Rasanya kak emi pun sedar, dia tanya, "Dila, itu bukan kembar koe kah tue?" hihihi. Terbukti kesahihan tekaan ku. Dalam hati, bersyukur yang teramat sangat. Alhamdulillah, kami dipertemukan juga atas keizinanMu.. ^^ Macam mau melompat2 jak ni.. hahaha. Kalau boleh mau direct p jumpa, tapi terlampau ramai orang. So, sabar jak lah..

Rupanya, kak tyna pun sedar kehadiran saya, dalam hati dia, "YES, jumpa juga. Stay sini jaklah, nanti bertembung juga tu." <Kak tyna mengaku sendiri. hihihi> Kak Tyna stay2 di sofa berdekatan dengan pintu. Lepas dah jumpa, macam nda mau berenggang lah pula. Kami berdua berkepit ke sana ke mari. hihi. Oleh kerana kenyang, hanya minum air jak lah. Kak tyna hidangkan kuih muih, macam raya pun ada juga. hihi. Lama sangat berbual, baru teringat mau minta number fon. ^^

Banyak kami snap gambar. Tapi, gambar tue, nanti2 jaklah di'post'. Gambar di hp saya low quality. Nda lawa sangat. Kalau mau gambar lawa2, di kamera kak tyna. Sekarang ni, dia sibuk. So, just wait. Coming soon tue gambar2. hihi

Sewaktu ingin mengundur diri, bersalaman dengan kak tyna. Wo0pss, something on her hand. Mata saya terus terbesar ni. 0.o JAM TANGAN. "Kak !" She just smile and say, "Sebagai tanda kenangan." I want to cry. Sebak rasanya hati, terharu pun ada juga. After sampai rumah, hantar message untuk kak tyna =)

Assalamualaikum kak.. Rsa bersalah pgg ni jam.. Mmg sy amat mmerlukan jam, cma tggu waktu hari jadi jk utk dpt hadiah :) alhamdulillah, sy dpt awal dri kaka ^^ syukran jazzilan :D

YES. Saya memang memerlukan jam. Sepanjang 3 minggu exam, saya hanya meminjam jam orang. Birthday nanti, I'm waiting for a watch to be my present. Alhamdulillah, Allah permudahkan. :')

"yang tersayang untuk yang tersayang"

wa'alaikumsalam. Allahuakbar, alhamdulillah. Hebatnya kenangan yg Allah bagi, makin indah bila jumpa dila :D jam tangan tu, jam kesayangan kaka. Allah kata dlm surat cintaNYA, 'tidak tcapai thap kbajikan seseorang itu jika dia tidak sedekahkan harta yg dia sayang'.. Untuk dila yg kaka syg, kaka mahu sgt bg apa yg kaka syg. Hee. Alhamdulillah, smoga jam tu bmanfaat. Gembira sgt2 jumpa dila. Uhibbuki fillah..! ;)
 
Rupanya, pertemuan kami tidak terhenti di situ, kami berjumpa lagi pada keesokan hari dengan bertemakan biru-biru.
 
Sebiru Hari ini, birunya bagai langit terang benderang,
sebiru hari kita bersama di sini.
Seindah hari ini, indahnya bak permaidani di taman syurga,
seindah hati kita, walau kita kan terpisah.
Bukankah hati kita telah lama menyatu?
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi, pegang erat tangan kita terakhir kalinya,
hapus air mata meski kita kan terpisah.
Selamat jalan teman, tetaplah berjuang,
semoga kita bertemu kembali, kenang masa indah kita. Sebiru Hari Ini...
 
 
I thought that, we will never meet each other again. Yalah, kak tyna gitau dia akan balik Beaufort petang tu. huhu. Siapa sangka, malam tue, majlis potong kek. Dengan hanya memakai baju t-shirt labuh dan tracksuit, dibawa pula p sana. Dalam hati, niat hanya datang menolong di rumah abang sepupu, sebab esok turn lelaki pula sambut tetamu. Terpaksa borrow jubah lapis dgn tshirt. hihi.
And... We meet again !!! alhamdulillah.alhamdulillah.
She change her mind. Esok baru balik Beaufort katanya.
Pada malam itu, kami bergambar di pelamin. Kuang.kuang.kuang. ^^
 
 

The person who I LOVE is Dg Siti Fatinah Rajudin .


 


Salah satu cara untuk mendapatkan halawatul iman :: Mencintai sahabat kerana Allah ::

Oleh itu , Ana uhibbukum fillah !

Bermula dgn perkenalan, tanpa diduga kita bertemu, Semuanya telah diatur oleh Allah swt, indahnya persahabatan yang terjalin atas dasar ukhuwah

Semoga berkekalan abadan abada ~ ^^


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi(perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telag mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah ikatannya Ya Allah. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..." <Doa Rabitah>

Biar mata tidak bertemu, asal hati sentiasa bersatu. Ahabbakallazi ahbabtaniy lahu.

Sekian.
Salam ukhuwah.

Saturday, May 18, 2013

Sabar dan Syukur




Sabar ...
setiap manusia boleh bersabar, tapi bila sudah sampai satu tahap.. BOOM!!

Begitu juga seperti saya..
Salahkah saya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi?
Kenapa harus membenci kepada kebenaran?
Akhir zaman, akhir zaman. Perangai manusia menjadi semakin pelik.
Selalu diberi peringatan, kenapa tak pernah mengambil pengajaran?
Orang tegur demi kebaikan, tapi dipandang serong pula.

Kehidupan di SMKA, dikelilingi semua pelajar Islam, kadangkala memberikan lebih banyak cabaran. Mereka ini sudah tahu hukum dan kenal aurat mereka dari mana hingga ke mana. Tapi, bab aurat itu jugalah mereka selalu memandang enteng. Stokin dan maksum bagaikan sebati dah dalam diri pelajar muslimah. Tapi, itu jugalah mereka malas mau pakai. Tudung yang dulunya labuh, digunting menjadi tudung 3 segi. Apa bezanya SMKA dengan SMK? Di SMK pun ada juga pelajar yang memakai tudung labuh, dan lebih labuh daripada pelajar SMKA. Tidakkah mereka merasa malu?

Satu lagi, penggunaan telefon bimbit telah diharamkan untuk pelajar di sekolah. Bukan saya yang buat peraturan tu, guru2 pun selalu bagi peringatan, tapi bagai mencurah air ke daun keladi. Bukannya dorang mau dengar. Bila buat spotcek &telefon dorang kena rampas, mulalah membenci dan anti pengawas. Jam 1 pagi, rasanya timing untuk tidur, bukannya berhubby, honey, sayang, cyunk, baby, love u, miss u. Pagi2, lambat bangun Subuh, di kelas mengantuk. Sebab apa? Salah dorang sendiri sebab tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Malaslah saya mau berceloteh panjang sangat.
Saya hanya mampu bersabar dengan semua ini. Ianya hanya ujian yang kecil sahaja. Ini baru kehidupan dalam sekolah. Nanti keluar jumpa dengan masyarakat, lebih banyak ujian yang bakal saya tempuh.

Kadangkala saya rasa kesian dengan orang yang bencikan saya kerana tanggungjawab yang saya jalankan. Kenapa tidak face to face jak dengan saya dan luahkan segala-galanya. Tiada manusia yang sempurna. Saya juga pernah buat kesilapan. Apa salahnya, kamu menegur kesilapan saya? Sekurang-kurangnya saya akan sedar dan cuba memperbaiki diri saya. Sebeum saya menegur orang, saya perlu cerminkan diri saya dulu. Layakkah diri saya untuk menegur orang lain walhal saya sendiri melakukan kesilapan? Saya labuhkan tudung saya kerana saya sedar tudung saya tidaklah selabuh mana. Tapi, hampa. Tudung mereka semakin pendek. Pelik. Saya bukan nak ujub, riak atau meninggikan diri, saya cuma ingin mengubah diri menjadi lebih baik. Ingin bersama-sama mengajak orang lain berubah menjadi baik. Itu sahaja. Saya tidak sempurna, begitu juga dengan anda. Takkan kita perlu tunggu seseorang yang itu menjadi sempurna baru layak menegur dan memberi nasihat sesama manusia ? Kalau begitu, nescaya tidak akan ada orang yang akan berpesan-pesan, saling nasihat-menasihati .

Dalam senarai nama Badan Pengawas, nama saya dipadam. Saya nda marah, jauh sekali kecewa dengan tindakan mereka, bahkan saya sedih dan kesian. Kenapa mereka short minded sangat? Mungkin itu sahaja cara mereka untuk menunjukkan yang mereka bencikan saya. Ndapalah.. Walaupun ada yang membenci, tapi ada juga yang menyayangi dan memberikan sokongan tanpa kita sedari. Sebab itulah kita perlu bersyukur. Alhamdulillah ^^


Jika entri saya kali ini ada menyakitkan hati sesiapa yang membacanya, saya mohon ampun dan maaf. Tidak pernah terlintas dalam hati saya untuk menyakitkan hati manusia. Hubungan dengan Allah dijaga, hubungan sesama manusia pun perlu dijaga juga :) HabluminAllah, Habluminannas ^^

 Minggu depan masih ada 3 paper lagi yang menunggu ---> Biology, Chemistry, Additional Mathematic. Chaiyo.Chaiyo! Bittaufiq Wannajah ^^
Setkan semula di minda, hadir ke sekolah untuk menimba ilmu, belum masanya lagi untuk bercintan cintun. Semoga dengan usaha, doa dan tawakal, saya akan mendapat keputusan SPM yang cemerlang. InsyaAllah Taala. =)




Sekian.
Ukhwah Fillah ^^ 



Saturday, May 4, 2013

Pengalaman Menjadi Kenangan ..

Assalamualaikum wbt ..
Hmm.. nda lama lagi exam.. huhu
InsyaAllah.. saya akan usaha sehabis mungkin untuk buat yang terbaik dalam ujian kali ini :D
Bittaufiq wannajah aQis<tiba2.. nama baru>.. You can do it !!


Haa.. di sini ada cer untuk dikongsi bersama..
Tau lah sekarang ni semakin rancak perbualan berkenan PRU-13 ni.. kan.kan.kan??
but I'm not interested at all to talk about that.. suasana di Sabah ntah meriah kah nda.. hihi.. budak asrama lah katakan.. <tembirang> yang saya pasti, bendera sangat meriah disangkut bertempiaran, berselerak di merata tempat.. nda kiralah di tiang lampu ka apa ka.. hihi

oke.. back to my topic today..
PENGALAMAN MENJADI KENANGAN ?
apalah kunun pengalaman tue?? hihi
dalam usia 17 tahun ini.. <belum genap pun.. berapa hari lagi ye.. hmm.. 17 jun.. pikir lah sendiri.. hihih>
saya menumpang tidur kat rumah kawan buat pertama kalinya.. Ummi Syahdeena yang baik hati, comel, rajin ialah kawan yang dimaksudkan itu.. hahaha ^^
Keluarga dia baik sangat layan saya.. I'm happy, excited tak terkata.. walaupun hakikatnya, I miss my home, my family :') Adik2 dia semua hyperaktif.. berdesing telinga saya kalau dengar suara si adik mila menjerit.. putri lagi, balik2 ajak main UNO.. hihi..

Semalam, c ummi borrow kan satu novel, Andai Itu Takdirnya. Penuh emosi saya baca tu novel.. hahaha
Perasaan sedih, geram, gergitan, kin panas, romantik, lucu.. semua lah bhaa!
pause japp baca novel, buat homewok pla.. sna lah adik2 dia bising dalam membuatkan si kakak marah..haha, ummi,ummi.. perangai sebenar di rumah keluar.. besalah tue.. saya kalau di rumah pun begitu juga.. :) sambil buat homwok, dengar lagu.. lagu jepun jak semua.. hmm..

Petang ni mau p rumah sorang lagi kawan.. semalam saya cakap lepas Zohor, tapi sekarang dah jam 2.. hihi
sempat lagi mengupdate.. :)

psst..psst.. ada satu khabar yang memeranjatkan.. huhu
Abah Umi bagi cadangan supaya saya pindah.. hmm.. blum lagi istikharah ni.. masih dalam dilema, hati berbelah bahagi.. kawan2 cakap NO! guru2 cakap DON'T ! saya cakap : ....
semester 2 nanti, ada lawatan 5 IRIS p keningau.. rasa2nya.. saya sempat ka join dorang? hmm.. Wallahualam.

adalah satu kali tue, abah datang p tdm.. tym tue kami dlm pjalanan mau p dewan makan, dorang nampak kereta abah.. dengan spontannya saya berkata " abah mau urus perpindahan saya lah tu.. mau jumpa abah lah." Kawan2 halang, dorang cakap, "Balqis nda jadi pindah! Balqis nda jadi pindah." terus tarik tangan saya p makan.. Guru2 pun tertanya2 apa sebab saya mau pindah? Adakah ianya berpunca dari tekanan, stress.. alami pressure yang melampau? chewah.. setiap orang akan menghadapi DUGAAN bhaa..
time perhimpunan, nyanyi lagu sekolah bersama2.. sebak hati saya tiba2.. 5 tahun sekolah di sini<4 tahun setengah ^^> mau mengalir dah air mata.. bertakung sudah air d tubir mata, tinggal tunggu empangan pecah jak.. Tapi, saya tabahkan hati.. uwaaa.. sedih juga bha mau pindah.. huhu


Kita yakin dah pilih yang BAIK untuk diri.. Then, tetiba tak berlaku macam kita nak.. Maka yakinlah, Allah dah buat pilihan yang TERBAIK untuk diri (2:216)

Apa pun yang berlaku.. Redha dengan ketentuan Ilahi.. Bak tajuk novel Andai Ini Takdirnya .. chewah..
Sekian.. Salam ukhuwah Fillah :)