Saturday, June 8, 2013

Kesedaran Diri

 
Salam ukhuwah buat para pembaca senyap seperti anda yang sedang membaca entry saya ini ^_^ Mungkin saya tidak mengenali anda, walaupun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya :)
Thank to Y-O-U my silent reader. You may left a message on your right side, there have a chatbox ^_^ TQ.
 
AHLAN WASAHLAN JUNE ^_^
 
Masa berlalu tanpa kita menyedarinya.. Tempoh 2 minggu cuti telah sampai ke penghujungnya.. Esok balik asrama sudah.. Mula sudah sesi pembelajaran untuk Semester dua untuk tahun 2013 :( <eceh.. buat muka sedih>
Walaupun dalam hati ni memberontak, "mau cuti..! mau cuti..!"
Tapi, apakan daya.. Mana boleh melawan takdir.. hihihi.. ^_^
Terpaksalah terima hakikat bahawa saya ni pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM. Soalan Sijil Pelajaran Malaysia adalah SULIT. Walaupun begitu, kita kena bagi baaaanyak set2 soalan ramalan untuk SPM. Melalui latihan yang banyak, dan beberapa kaedah pembelajaran, In shaa Allah, kita pasti mampu mendapat keputusan yang cemerlang.. Tapi, perlu diiringi dengan usaha yang gigih ditambah dengan doa, dan tawakal ^_^
 
hmm.. Sepanjang cuti ni.. banyak buat perkara LAGHO lah.. Pakej2 cuti yang disediakan oleh pihak sekolah belum siap lagi :( huhuhu
urm...Macam..macam.. belum lagi bersedia mau balik esok.. boleh ka kasi panjang lagi tempoh cuti? ish.ish.ish. <tak patut.tak patut.>
 
 
Projek Matematik Tambahan tu bhaaaa.. camna? kawan2 pakat2 takmau buat.. nanti jak sama2 buat kat sekolah.. Soalan BM, BI lagi.. aduh!! -,-
Qis..!! Tolong sedar dari tidur lena yang dibuai mimpi ngeri tu..!! SPM nda lama lagi bhaa.. Exam penggal pertama pun, hurmm.. nda berapa yakin lagi time menjawab.. Banyak hantam dan tembak.. Astaghfirullahalazim.. Anybody can wake me up? I'm still dreaming.. "Heyy! kalau mau sedar tue, dari diri sendiri. Orang lain nda dapat tolong apa2 pun, walaupun berbuih mulut drang kasi nasihat, kalau diri kita ni nda bergerak, nothing will happen."
 
Cth :
Cikgu bersusah payah memberikan set-set soalan dengan harapan yang tinggi bahawa kita akan menyiapkan kerja yang diberikan. Cikgu lakukan semua itu demi kejayaan kita. Tapi, kalau pelajar tidak melakukan seperti yang diharapkan, harapan cuma tinggal harapan. <Macam lau Hyper Act <Harapan~ Harapan menjadi layuuu...>
 
Macam cikgu Biologi saya cakap,
"Saya cuma dapat tolong terangkan kat kamu apa yang kamu perlu tahu. Saya dah tolong berikan nota ringkas yang padat supaya korang mudah faham. Tapi, untuk menghafal dan memahami serta adaptasikan jawapan untuk soalan dalam peperiksaan nanti, itu usaha dari diri kamu sendiri. Kalau otak saya ni dapat dibahagi2 untuk anak murid saya, dah lama saya bagi. But, it's impossible. Kamu perlu usaha sendiri."
 
Guru2 bertungkus-lumus mencurahkan ilmu kepada pelajar mereka, supaya mereka dapat menjadi modal insan yang berguna untuk Negara. <ayat mantap, hihihi>
 
Ohh.. Pas cuti ni, kami buat sambutan hari guru.
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
<Najwa ft U&I>
 
ok, hari ini 8 Jun 2013 bersamaan 29 Rejab 1434H.
9 more days for my sweet 17 birthday ^_^
pada 17 Jun, genaplah umur Balqis Nabilah Hadi bt Haidon 17 tahun.
Alhamdulillah. Allah telah memberi peluang kepada diriku hidup sampai ke hari ini, masih dapat lagi post entry di blog hijauku ini =)
hurmm.. tapi, tym tue saya kat skolah.. adakah kawan2 saya akan menyambutnya? eceh.. kalau pengalaman kawan2 saya yang birthday kat skolah <untuk tahun ini>, kami mesti nda sah kalau nda kasi kenakan birthday girl.. Ada jak agenda untuk kami kasi prank dorang.. hihihi
 
Sekian sahaja untuk entry last sebelum daku mengundur diri untuk berjuang demi masa depanku yang entah cerah, entah mendung.. -,- In shaa Allah, dengan doa kalian<tdak lupa jua ibubapa , guru2, sahabat2> serta usaha dari diriku sendiri.. Saya pasti mampu menjejakkan kaki ke bumi Anbia. Start sudah saya berangan2 mau pakai purdah, dan menggunakan gelaran 'aQisy' macam watak Balqis dalam Warkah Cinta ^_^ hihihi
In shaa Allah, semoga cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi akan tercapai dengan keizinanNya. Biiznillah ! ^_^ allahumma aammiin.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan Dialah penentu segala-galanya.
 
Akhirulkalam, ..
Sedarlah diri sebelum terlambat.
Wallahualam. ^_^
.. tolong doakan saya, boleh ? =)