Sunday, March 22, 2015

Inche Khusyuk, awak kat mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~
Untuk pengetahuan anda.anda.anda.
Tak lama lagi saya bakal menjadi mantan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan. Ohhoii~

Lamanya menghilang?
Kesibukan dan kekangan line internet yang menjadi punca belog ini bersarang labah-labah. Koh3

So.. saya terbaca satu entri yang sangat osem! |Klik sini|
Saya takmau lah sorang² jak merasakan ke-osem-an entri tersebut.

Therefore, saya kopipes entri tu kat sini.
Tajuk dia: "Inche Khusyuk, where are you?"
Semoga kalian turut merasakan betapa osemnya entri kali ini. Bismillah.

**

Inche Khusyuk.

Where are you?
I have been searching for you all this while.

But where are you Inche Khusyuk? T^T

Allahu, aku dok meraba-raba mencari mana Inche Khusyuk.

Tanpamu aku lemah.
Tanpamu aku alpa.
Tanpamu aku tiada daya.

Manakan tidak,
dikala aku dating dengan Sang Pencipta,
aku fikir Inche Dunia.
aku fikir Facebook.
aku fikir Runningman.
aku fikir Dota.

Mana ADAB aku dengan tuhan?

Andai aku dating dengan pasangan kekasih,
Dirinya tidak akanku sisih.

Aku fokus kepadanya.
Aku kasi kasih sayang.
Full-time Cinta aku kasi.

Tapi,

Tatkala aku dating dengan Allah,
Aku bagaimana?

Adakah...
Aku fokus kepadanya?
Aku kasi kasih sayang?
Full-time Cinta aku kasi?

Mana ADAB aku dengan tuhan?

Buka almari, cari dalam almari?

bukan.

Maka binalah adab dengan tuhan.
dengan bantuan Inche Khusyuk :D

Inche Khusyuk nak cari mana?

Hoyeahh. mehh aku tunjuk.
Aku akan kasi peta. Korang cari molek!

*lontar hadiah*



Perghh peta harta karun yang Indiana Jones cari kot T-T

tapi sebab gua sayang u olls ketat padat gua reveal juga.
Romantik tak? :3

Before apa-apa, gua nak kata misi utama kita:

Mencapai taraf Khusyuk para Sahabat
Dikatakan anak panah tercucuk kat betis Saidina Ali.
Orang cuba cabut namun Saidina Ali mengerang kesakitan.
Saidina Ali kata cabut masa dia solat.
Masa dicabut, Saidina Ali relax je.
Sebab dia dalam keadaan Khusyuk.
Sehinggakan tidak rasa sakitnya anak panah itu dicabut.

So itulah apa yang kita nak capai.
Super Khusyuk! :D

So, aku dah kasi peta. Carilah Inche Khusyuk!

Tapi aku takkan biarkan korang terumbang-ambing dengan hanya berpandukan Inche Peta tu je.
So, aku sertakan sekali dengan Instruction for every checkpoint yang menuju ke Inche Khusyuk

#1 Zero Percent of Dunia
Runningman.
Facebook.
Kucing.
Twitter.
Suami.
Nenek.
Dota.

Campakkan semua pasal dunia dalam gaung!

Jangan fikir langsung.
Cuba imagine korang select all pasal dunia, pastu click mouse dekat button delete.

click click. Zero percent of Dunia! :D

Tapi ni cara paling Awesome laa gua cakap sama lu:

Bayangkan.
#1 Depan korang titian sirat.
#2 Bawah korang neraka.
#3 Kiri korang Malaikat Penjaga Neraka.
#4 Kanan korang Malaikat Penjaga Syurga.

Ketika itu Allah melihat kita.

Itu last chance kita.
Solat kita yang terakhir!

Kena buat yang terbaik.
Sebab itu bagaikan penentu Syurga atau Neraka.

Imagine sebaik boleh! :D
Konfem Zero Percent of Dunia


#2 Hayati Doa Iftitah
Allah Maha Besar lagi sempurna kebesarannya,
segala puji bagi Allah dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Imagine segala kebesaran Allah, Imagine  segala kemulian Allah.

Ku hadapkan muka dan hatiku kepada Dzat yang menciptakan langit dan bumi
Imagine Allah didepan kita T-T

dengan keadaan lurus dan berserah diri .
Imagine kita ini hamba. Tingkatkan kehambaan kita!

dan aku bukanlah dari golongan kaum musrik.
Ingat segala perbuatan Dosa-Dosa kita

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah karena Allah, Tuhan semesta alam.
Solat, Ibadah, Hidup, Mati, Untuk Allah. Maka solat ini Zero percent dunia. Ini untukmu ya Allah!

Tidak ada sekutu bagiNya, demikianlah aku diperintah dan aku termasuk golongan orang-orang muslim
Sedar diri sebagai muslim yang hendak menyembah Sang Pencipta.

#3 Faham bacaan Solat.

Pernah baca skrip bahasa Cina?
Pernah baca skrip bahasa Brazil?
Pernah baca skrip bahasa Mexico?

Walaupun skrip itu satu skrip yang sangat hebat dalam setiap bait-bait kata, dibuat oleh pakar falsafah professional bertaraf bima sakti,
tapi kita tidak akan terkesan sedikit pun dengan kehebatan skrip itu.

Nak buat macam mana, dah tak faham! -.-

cuba baca ni:       私は改变

Tak boleh.
Tak faham.

So, last step nak dapatkan Inche Khusyuk ialah  faham bacaan dalam solat.

Serious talk *muka serious*
Bait-bait kata dalam bacaan solat sangat awesome!
mengalahkan bait sajak-sajak A. Samad Said :3

So, di sini aku nak kasi hadiah lagi sekali.

*lontar hadiah*

---------------------------------------------------------


Takbiratul Ihram

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

-----------------------------------------------------------------------------


Huarghh >.<

Peta dah kasi.
Sekarang tinggal korang nak cari ataupun tidak Inche Khusyuk nih.

Depends on you guys lah. Nak Inche Khusyuk tak? :3

Ingat balik misi kita!


Mencapai taraf Khusyuk para Sahabat
Dikatakan anak panah tercucuk kat betis Saidina Ali.
Orang cuba cabut namun Saidina Ali mengerang kesakitan.
Saidina Ali kata cabut masa dia solat.
Masa dicabut, Saidina Ali relax je.
Sebab dia dalam keadaan Khusyuk.
Sehinggakan tidak rasa sakitnya anak panah itu dicabut.

So Inche Khusyuk macam ni lah yang kita ingin cari.

So peta dah ada, carilah ye!
Pastikan setiap checkpoint accomplished :)

Setiap hari cuba, cuba dan cuba.
Maka Inche Khusyuk akan jadi milik mutlakmu :D

InshaaAllah.

Moga Allah tambah Cinta dengan usaha kita untuk tambah khusyuk dalam beribadat kepadaNya.

Setakat ini sahaja kalam Inche Kopiah dalam entry bertajuk : 'Inche Khusyuk, where are you?'



Assalamu'alaikum *lambai tangan*

Semoga memberi manfaat. 😄