Thursday, April 24, 2014

Cerita Kami

Assalamu'alaikum ^^
Bertemu kembali di blog serba hijau ini.. :D *bajet..

Baiklah.
Kehidupan sebagai seorang lepasan SPM yang masih menunggu keputusan UPU memang sangat bo.bo.bo.bosannn~ Kawan-kawan lain tanam anggur di rumah. <mustahil tumbuh HAHA>
Yang result dia *tip-top + cun + MELETOP, maka rajinlah keluar rumah untuk interview itu-ini, sana-sini. Saya ? Stay terperap di rumah, duduk diam-diam, menjadi suri rumah mithali. Eheh. 

Actually, agak menyedihkan sewaktu cek permohonan IPG, dia cakap "SORRY" sama saya.. :( *muka seposen La baksa. Chill ~ You want to be a Dentist. Kan? kan? kan?
Alright. Mungkin bukan rezeki saya jadi cikgu.. Nvm.. Ada rezeki lain yang menanti. Smile =)
Walaupun agak jelessss dengar rakan-rakan seperjuangan yang lain yang pergi temuduga itu-ini, walhal diri masih tetap di sini, setia menanti result UPU.. Hmm~ Hope for the best ^^ Sabar k?

12-13 April yang lepas, ada Karnival Jom Masuk U di One Borneo.
Pehhh ~ 'Dekat' sangat dengan rumah saya. hew.hew.hew.
Tatkala melihat gambar yang kawan post di laman sesawang, efbie sama weset, huu~ mau join :'(
Ramai kawanssss TDMians sama Tanaki's PLKNers p sana.. orait.. Takpe.takpe... *pujukkkk diri

Ada kawan plan kumpul ramai-ramai 15 April, ambil sijil tamat sekolah together.
Harapan untuk join sama-sama amat lah tinggi, amat.. lagi tinggi dari Gunung Everest. -_-

15 April 2014
Alhamdulillah . Hasrat itu tercapai :D
Jam 9 pagi bergerak dari opis umi mau pergi TDM.. Biar datang awal, urus sijil awal, terus lepak di surau. Tapi.. Fikir-fikir balik, awal sangat ~ sudahlah sorang-sorang jak. Boringggg~
So, my friend, Ummu, dengan baik hatinya telah mengajak saya stay di rumah dia dulu. Nanti gerak sama-sama dari rumah and singgah ambil kawan di stesen keretapi kinarut. 
I thought, "Harap ramai yang datang. Happynyee~ Suke.suke.suke." 
Namun, agak kecewa.. some of them ada interbiu ukcg, jauh, teda transport dll.. okelah.. nvm..

*Situasi di rumah Ummu Khalidah.
Berbual sakan tentang perkembangan terbaru.. 
And.... Buat Kek coklat kukus . Yeppiii ~ :D
serbuk koko ni macam kuah kicap pula. haihh -.-'
campurkan tepung yang sudah diayak ke dalam telur beserta koko.
oke, tinggal kukus. And, SIAP!! nampak sangat delicious ~

Yang sudah siap kukus tue, lupa ambil gambar ..
Jadi saya borrow gambar di Google saja, hee :D

 Lepas selesai solat Zohor, tunggu mama ummu..
sempatlah snap.snap gambar walaupun pemandangan hanya di luar rumah.. hihi

\

Jomm!! Gerak ambil 3 sumandak di stesen keretapi. hihi..
Rupanyaaa .. mereka sempat berselfie banyak-banyak sementara menunggu kehadiran kami.. hee



Masuk jak dalam kereta mama Ummu, salam-salam.. Kecoh terusssss dalam keta.. cer itu-ini.. Bla3
Sampai TDM, .. Huwaaaaa~ Eksaited semacamm.. rasa malu mau turun dari keta pun iya juga.. hihi
Nampak sudah beberapa orang putra di bawah dewan.. Errrr... Junior-junior yang tengah mengorak langkah ingin memulakan perjalanan, terpaku seketika. Keras. Seperti ais.

Waiting...

Buka pintu, turun satu-per-satu.
Terus kena serbu oleh budak-budak. Salam. salam. Senyummmmmm. Pipi pun kebas. heee :D
Mula-mula kami ada 7 orang gegirls... yang putra.. err.. biarlah dorang.. Hihi
Ummu, Ummi, Aqilah, Nabilah, Syafiqah, Faerma, dan Amira. 
One person lagi, Wada !! Dia minta tolong ambil di MRSM.
Oleh kerana ada sorang mamat chubby bam-bam yang sudah ada lesen memandu, kami suruh dia p ambil wada. HAHAHAHAHAHA *ketawa kejam please?

Destinasi pertama yang kami serbu adalah Pejabat Am.
Urus sijil tamat sekolah duluuu ~ 
Fikirkan mau jumpa cikgu, tapi.. rupa-rupanya.. guru2 mesyuarat.. huhu 
Okkay. Seperti biasa. Snap. Snap. Snap. :D

 isi.isi.isi. cepattt~

 Orang yang berbaju biru ni, nama dia Ummi Syahdeena Izzati.
Dialah camera-girl di sebalik gambar2 kami.. ^^

Selesai mengisi borang, tinggal tunggu kena taip jak..
Next destination ..... CANTEEN !
Dengar-dengar kantin sekolah dah tukar orang. berwajah baru. makanan pun baru. hihihi
Tengok menu.. Fuhh~ macam style ala-ala restoran pulak daa~
Selalunya 'babu' kantin akan menyediakan berbagai jenis juadah ala-ala buffet gituu, dan kami hanya tinggal pilih. But, satu keburukan is, lauk dah sejuk. hee 


 Sementara menunggu makanan smpai.. 
muka stress menunggu makanan yang amat 'pantas' tiba.
Dahagaaa. Air pun mau habis sudaa ~ Heh.

Nampak cikgu... "Cikgu..~!!" 
Minuman ditinggalkan, Berlari ke arah cikgu, salam. "Cikgu, jom ambil gambar?" HAHA
Cikgu : "Ok, jangan lupa tag tau?" hihihi :D

 Guru Mathmode kami.
Madam Dora =)
Guru Biologi, Madam Anis ^^

Yang ni macik pembersihan a.k.a cleaner yang amat berjasa. Kami panggul "Bu" .. 
Orangnya ramah dan stylo gituu~ Periang :)

Baiklah. Makanan dah sampai. Kita maaaa.. Ambil gambar dulu. hihi
Bismillahirrahmanirrahimm. Aamiin ~


After bayar di kaunter..... Kami bergegas cepat-cepat serbu bilik guru.
ehhh.. why so sunyi? huhu.. Ramai guru dah balik daa ~

Okay, nevermind. *sebenarnya.. sgt.sgt.sgt. sedih... :'(
Memandangkan keesokan harinya merupakan pertandingan kawad..
So, .. petang tu dorang ada latihan kawad kaki.
Walaupun jalan raya itu dibanjiri dengan budak-budak yang sedang berkawad. Kami tanpa segan silu berserta tangan-pod mulai bergambar, kachik. kachik.
Siap minta tolong sorang junior form 1 yang on her way p latihan kawad, and kami langsung nda kenal.. "Tolong ambilkan gambar kakak senorita lepasan tdm nih..Please?" hihi


 Sekian, Terima kasih. :D

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


Semoga kita bertemu kembali sahabat. 
Mungkin jasad kita jauh, namun hati kita sentiasa dekat.
Kita eratkan lagi dengan tembakan doa dari sahabat untuk sahabat. 
Semoga berjaya dunia dan akhirat....

A strong friendship doesn't need daily conversation,
Doesn't always need togetherness,
As long as the relationship lives in the heart,
True friends will never part. 

Dengan kemudahan yang semakin canggih, MukaBuku dan WeChat kan ada?
Hihi, group dalam wechat itu amat menghiburkan. Di sana kami berhubung mengeratkan jalinan dengan harapan, ukhuwah kami berkekalan. In shaa Allah. Till Jannah ;)

Thursday, April 3, 2014

Istilah Kasih

I'm Sabahan. Enjoy! *peace* =)

TOLEH kiri. Toleh kanan. Sepasang mata memandang segenap inci ruang bilik kesayangannya. Katil Queen size bercadar hijau lembut, dihiasi bantal peluk kecil berwarna merah jambu, yang dulunya berada di hujung bilik, bersebelahan dengan jendela berlangsir hijau daun, bertentangan dengan meja belajar dan meja solek, berdekatan dengan almari pakaian, kini semuanya hilang dari pandangan. Barang-barang telah pun diangkat masuk ke dalam lori sebesar Transformer. Ruangan bilik yang dahulunya penuh kini terasa lapang. Yang tinggal hanyalah meja belajar yang amat berjasa sejak sekolah rendah hingga kakinya berjaya dijejakkan ke menara gading.

"Hanan, sudah habis kemas barang? Lori mau gerak sudah tu." soal umi kesayangan yang muncul di hadapan pintu bilik.

"Sikit lagi umi, barang-barang atas meja belajar lagi ni yang tinggal. Umi.. urm, meja ni nda bawa sekali kah?" Umi tersenyum dan menggeleng.

"Biarkan jak lah. Nanti boleh beli baru." Umi memujuk dan Hanan sekadar mengangguk. 

"Bah, cepat sikit kemas. Barang-barang tu, Hanan mau kasi masuk dalam lori juga?" Hanan berfikir sejenak.

"Rasanya, nda payahlah umi. Sikit jak ni." Hanan mengukirkan senyuman.

"Oklah, umi suruh lori gerak dulu. Umi dan abah pun join mau tunjuk jalan. Nanti sesat pula tu lori, Hanan dan Haikal jaga diri tau?" Hanan mengangkat ibu jarinya.

"Hati-hati umi, pesan dengan abah jangan bawa kereta laju sangat. Assalamua'alaikum."

"Ya, nanti umi pesan. Wa'alaikummussalam. Kunci pintu." 

Tatkala tangannya ligat memasukkan barang-barang ke dalam kotak, pergerakannya terhenti apabila ternampak sebuah buku nota kecil berwarna hijau, bercorak polca-dot merah jambu yang memberi seribu satu makna pada dirinya. Perlahan-lahan, tangannya membelek satu per satu muka surat. Jelas tertera tulisan tangannya. Matanya memandang tanpa berkedip, dia membaca setiap helaian kertas. Kadang-kadang bibirnya tersenyum. Terkenang saat-saat yang melucukan dan menyedihkan. Setiap detik, setiap saat dan hari, ada sahaja yang dicoretnya di dalam buku nota kecil itu. Kotak mindanya segera flashback peristiwa yang berlaku.

"Nah, hadiah hari jadi untuk awak. You can write down anything that you want, every second, minutes, hour and everyday! Macam Raqib dan 'Atid, setia menulis apa sahaja yang awak lakukan.. Tapi, saya tak tahu pula belah mana yang full, kiri atau kanan. hihihi" Hanan terharu menerima pemberian itu walaupun dalam masa yang sama terkelu lidah mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Hilman sebentar tadi.

"Kenapa kau tiba-tiba bagi hadiah ni, Man? Kalau tiada angin, pokok nda bergoyanglah. Sudahlah bagi orang kata-kata pedas. Kalah cili api. Hmph!" Luahnya geram.

"Wow.Wow.Wow.. Rilekss laa.. Orang gurau pun nak marah. Kan awak hari jadi hari ini. Apa salahnya saya bagi awak hadiah. Kita kan kawan sekelas dan awak tu timbalan saya yang amat berjasa." Hilman mengukir senyuman manis yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Kau demam kah? Hari jadi aku bulan depan lah." Balas Hanan.

"Ehh? Haha, Alamak, kuyakk! Nevermind, terima jaklah bhaa.. Ikhlas dari lubuk hati paling dalam ni tau." Hilman sudah mulai menyengih bagai kerang busuk. Eh, kerang busuk kah? -,-

Bermula dari detik itu, setiap hari pasti ada sahaja yang ditulis tentang apa sahaja yang berlaku walaupun sedikit. 


15 Mei 2006
.....بسم الله الرحمن الرحيم
Moshi.moshi =)
Erk.. pa mau tulis ni? ish.. nda prnh bdiari2 ni.. 
urm.. ok, buku ni baru dpt sbnrnya dari inche Muhammad Hilman Bin Imran a.k.a MHI.
Macam rancangan Malaysia Hari Ini.. kih3 ^^
Dia ni budak semenanjung. Baru pindah p Sabah thun lepas, time form 4. 
Dia pakai spek, nda gemuk nda kurus, yg sdg2 sajaa~
nda brpa tinggi, *yg pnting aku lgi pendek dri dia, hua3 :p
Dia ni Ketua Pengawas.. Aku pula timbalan dia.. hihi
Ketua pengawas yang macho, segak bergaya, berdedikasi, rajin, baik, beriman..
Duii~ Lebih2 pula aku puji dia.. Hahaha.. suka ati aku lah, buku aku kan? hihi
Motif dia bagi ni buku? Aku pun nda tau.. Pelik.. Bday aku bulan dpan lah weyh!! 15 Jun.
But, serius.. buku ni comel. warna hijau, ada polka dot pink2 gituu~ wahh!
Bhaa.. itu jaklah, aku mw siapkan kerja kursus Addmath!
Mau hafal terms2 Chemistry, nanti cigu Mukhriz denda aku pla.. 
oke, tata.. titi.. tutu..

Hanan hanya tersenyum membaca hasil coretannya. 

10 Jun 2006
Hilman. Hilman. Hilman.
Ewaahh, aku sms koe nda balas? Ok fine!!
Aku mau tanya bila kita kena alih kuasa laaaa... 
Eiii.. knp laa buku ni msti terselit dgn nama koe? Aku heran laa!
Cuba lah aku tulis nama meow2 comel ka, Ish. Ish, Ish. Ni nda boleh jadi ni.
Nda boleh kah kalau sehari koe nda muncul di depan aku? nda lah nama koe ni tersave dalam pendrive minda aku ni.. hadoii~ Camna juga.. Dah satu Badan Pengawas, ada jak mesyuarat itu, mesyuarat ini.. Oii!! sedarlahh.. kita nda lama lagi mau SPM.. bgi lah form 4 yang handle bhaaa.. Adoyaii~
Sdhlah group Mathmode dia mentor aku... cigu Dahlia sgaja mgkin.. haha.. 
Dia kan budak terer.. Aku ni yg kurengg sikit.. Ehh, tpi exam midterm, maths aku A- apaaa...
Itupun.. tunjuk ajar c Hilman lah.. Eiiii... nama dia lagi.. Enough!!! Kbaiii~

14 Jun 2006
Bsuk bday aku!! weee~  Kawan2 ada buat surprise ka ni? 
Alaaa~ Tapi, bsuk ada pertandingan deklamasi sajak.. grrr, awal2 pagi lgi dah gerak..
Ish!! nda sukaaaaaaa~ Knp time2 bday aku laaa tue ptndingn blngsung, nda blh tunda ka? heh. Merapu.
Wahai inche MHI, koe igt ka bday aku? ahhh, sudalaaa.. malas aku mau pikir.
My sweet 17 birthday's gift is to win the competition. MUST WIN IT. 

15 Jun 2006 10.15 mlm
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
All praise to Allah. Awal pagi lagi, umi & abah dah doakan kejayaan untuk aku. Itu dah ckup lah utk bgi smgt aku perform yg terbaik nti.. Time sampai sekolah, kawan2 teda.. trus aku naik keta cgu Rohana p tmpt ptndingn.. And, aku menang!! jyeahh! Berhasil juga usaha aku practise bckp sorg2 dpn cermin, pastu c MHI tue ejek aku "Mereng" .. Aku pikir lah tudung aku mereng ka biut ka.. rupanya dia cakap aku ni gila! Kuang hasammm! After pertandingan, cigu belanja aku makan KepC.. Yayy!! Rezeki menang + org birthday lah katakan.. hahaha :D Tkejut aku tgk tue restoran KFC kosong..
Aik? Mna smua pelanggan? Bankrap sudah ni KFC? Buka ka tutup ni? 
Tapi.. Aku gagahkan diri juga masuk dan direct beratur di kaunter.. bulih2 tue org ckp kaunter tutup. Kalau mau order p naik tingkat atas.. Sandi!! Apa? Dia fikir aku fes time dtg KFC ka? Di atas mnada kaunter.. yang ada meja2 makan sma tandas.. Adoiii! 
Tapi, aku buat muka suci.. Naik juga p atas...
And.... GUESS WHAT? Aku nmpk ada belon2 kena hias.. pastu.. Kawan sekelas aku jerit.. 
"HAPPY BIRTHDAY HANAN HUMAIRA"
Tsk. Tsk. Terharu aku.. Mngalir juga air mata aku ni!! si MHI tarik kerusi suruh aku duduk.. 
Pastu dorg bawa kek coklat, aku tau.. kek coklat buatan mama c MHI.. 
Tengssss 5 SIRI!!! korang memang the best!! I LOVE U ALLsss ^^
Terima kasih MHI.. Hari ni kenangan terindah~ Dia minta maaf sbb teda hadiah, sekali last2 bagi juga sapu tangan warna pink. Aduhaii~ Aku suka sapu tgn warna hijau koe tue!! sekali..koe bgi aku spu tgn yg sma tpi wrna bbeza.. Pa2 pun.. Syukurlaaa nakk! Ada juga hadiah.. hihi
PSst. psst. Inche MHI ni pelik skett.. muka gentle, tpi suka wrna merah jambu.. Aku pla suka hijau~
Hijau dan pink, Matching ka? Ahahahaha, ok.. merepek. 
Sampai rumah.. aku sambut lagi dgn family.. c Haikal d hostel, yg ada umi, abah, bro Hakeem & sis Hani. Sambut besa2 jak.. ngam2 hari Khamis, Kami baca Yaasin & buat solat hajat supaya aku dpt jawab dgn tenang and dapat keputusan yg cemerlang dlm SPM nti.. Insya-Allah, aamiin ~
oklah.. Happy sweet 17 for me, Hanan Humaira Bt Haris.Nite..

13 Ogos 2006 (85 hari lagi)
Adoiii~ Malunyaaaa hari ni..
Tdi.. tym waktu PAI, Ust Fikri buat lawak antarabangsa ka??? knp nda buat lawak seantero benua?
ust Fikri tanya, "Ibadah apa yang dilakukan tanpa niat tetap dikira sah?"
dgn spontan c MHI jawab, "Nikah." Ust Fikri p dkat dgn dia. trus hulur tgn.. c MHI pun smbut salam laa.
"Aku nikahkan dikau, Muhammad Hilman Bin Imran dengan Hanan Humaira Binti Haris dengan mas kawinnya 80 ringgit tunai." TERGAMAM AKU!!!! Satu kelas lagi tue cakap SAHHHHHHH~
pipi aku rasa macam panas semacam, uwaaa~ c MHI diam jak. Terus, klas diteruskn mcm teda pa2 yg berlaku.. walaupun ada lah suara2 sumbang "pewiit2", ada yg ketawa2.. Aku buat dekk jak.. cool~
Padahal dalam hati.. !@#$%*&^%$#@
Trus tym rehat, ada yg usik si MHI.. "Nanti jgn lupa jemput k.."
dgn selamba jak dia jawab, "sori lah, saya tak dpt sponser tiket flight utk korang."
Apakaa? oo.. ok, aku phm. Means, klau aku kwin d selangor, MHI nda mw sponser tiket flight.
Ahhhh.. sudaaa~ tidur2.. Wudhu, al-Mulk, Doa tidur. DONE. kbai.

5 November  2006
Tommorow is the day. SPM.
Knp koe mkin jauh? Koe nda sdh kacau aku.. suara koe bising2 dlm klas pun aku nda sdh dgr.. teda sudah gurauan koe yg menceriakan kelas stiap hari.. koe jdi smkin pndiam.. knp? 
ouh.. mungkin koe mau concentrate utk SPM? 
atau.. mungkin koe menyepi gara2 ust Fikri knakn kita dua hari tu??
Ok, Biarlah persoalan ni menjadi teka teki tanpa jawapan.
Aku perlu buang jauh2 semua yg nda penting. Ya, semua yg nda penting dan nda pasti.
HANAN, FIGHTING! Bittaufiq Wannajah..

Hanan menyeka air mata di tubir matanya. Mengimbau kenangan lama membuatkan dia rindu saat-saat pahit manis itu. Sampailah ke muka surat yang terakhir, bertarikh 3 Disember 2006, Hanan hanya menulis satu perkataan, PERGI. Mindanya mencuba untuk menghadamkan perkataan itu. Almaklumlah, pada usia 22 tahun, kenangan 5 tahun yang lepas manalah ingat sudah. Oh.. Baru teringat. Detik itu lah perpisahan berlaku. Dan dia tidak sempat pun melihat wajah Hilman apatah lagi ingin mengucapkan "selamat tinggal". Rasanya dia keluar awal dari dewan peperiksaan, dan mungkin terus pulang. Kalau tidak silap, flight penerbangan balik KL jam 3 petang. Alahai.. 

Hanan menghelakan nafas. Dia menutup buku itu dan memasukkannya ke dalam kotak. Hampir 5 tahun.. mereka tidak pernah berhubung apatah lagi bersua muka. Hilman memberi alasan dia tidak membalas sms yang dihantar pada 10 jun 2006 kerana sim kad patah dan berjanji akan membeli sim kad baru setelah habis SPM. Namun, janji hanya tinggal janji. Akaun Mukabuku bahkan burung berkicau pun tiada. Macam mana mau contact? Hanan melanjutkan pengajian ke UIA Gombak dengan harapan akan bertemu dengan orang Gombak, Selangor. Tapi, sepanjang pengajiannya di sana, tidak pernah pula terserempak dengan mana-mana lelaki yang berwajah mirip dengan Hilman. Mungkin dia hanya 1 dalam dunia ini. Cewahhh~

"Kak, ada buku rujukan Kimia, Bio sama Fizik ka?" Hanan memandang Haikal.

"Lain kali ketuk pintu dulu bha." Hanan menegur.

"Sudahlah.. Kakak tu yang termenung jauh...... Ingat Abang Hilman lah tu." Haikal mengusik.

"Hamboii.. mengenakan orang nombor satu. Buat apa mau buku rujukan? Haikal kan habis sudah SPM minggu lepas. Buat pa lagi mau buku rujukan? Kalau kakak ada pun, versi lama." soal Hanan kehairanan.

"Jiran sebelah kan ambil SPM next year. Buku rujukan semua Haikal kasi tinggal di asrama, bagi waris dengan junior di sekolah. Bah, abah umi sampai sudah tu. Kakak belum lagi habis kemas.. Nahh.."

"Alaaa, tinggal sikit lagi pun." tangannya pantas memasukkan barang ke dalam kotak. Haikal hanya tersenyum melihat gelagat kakaknya dan berlalu pergi.

Telefon bimbit jenama Sony Xperia bergetar. *slide

One missed call.

"Nombor sepa lagi ni? Malas lah mau peduli." Hanan memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket baju kurung. Dia mengangkat kotak keluar dari bilik. Terasa berat hatinya ingin meninggalkan bilik kesayangannya, dia memandang buat kali terakhir 'Room Sweet Room". Bai-bai Rumahku Syurgaku. Kereta Encik Haris memecut laju meninggalkan rumah lama menuju ke rumah baru.

"Abah, sepa yang tinggal di rumah lama kita nanti?" soal Hanan.

"Ada sudah orang beli. Nda payah risau. Nda juga nampak terbiar rumah lama kita tu. Masih cantik." Puan Hasnah menjawab soalan Hanan bagi pihak suaminya.

"So, Haikal mau sambung mana lepas ni?" 

"Kakak ni, masih awal bhaa.. Orang baru habis SPM. Mau kasi rehat dulu otak.. hehe. Oh, umi.. semalam Haikal cek di internet. Penempatan PLKN dapat di Tanaki, Tambunan." Hanan membesarkan matanya.

"Serius bhaa? Wahh, best tu di sana. Nda menyesal dapat di Tanaki. Cuaca dia sejuk. Walaupun agak mencabar sikitlah sebab kawasan berbukit. Tapi, sana memang best lah bhaa! Kalau Haikal malas mau cuci baju, hantar jak pi dobi. Tapi baju yang kena bagi jaklah. Lainlah macam kakak dulu, terlebih rajin, sampai baju sukan pun hilang di ampaian."


"Eleh.. Haikal pun rajin juga bha.. Di asrama dulu manada dobi, cuci sendiri juga. Jangan pandang sebelah mata. Hahaha" 

SEMINGGU berada di rumah baru, Hanan membuka Mukabuku, dan melihat banyak Notification dan Friend request. Almaklumlah.. Sibuk membersihkan rumah baru. Dah tu jarang dapat online, asyik-asyik ada assignment, presentation, dan quiz yang perlukan preparation. Friend request kebanyakannya daripada kawan-kawan dari UIA. Nurul Faiqah. Hanan tertarik dengan nama salah seorang junior. Seorang junior yang amat rapat dengannya dalam sesi usrah. Dia melihat timeline Faiqah, status terbaru "Alhamdulillah, abang dah dapat rumah baru. Happynye~" Jarinya 'scroll down' dan terkedu apabila melihat wajah Hilman tersenyum berdiri bersebelahan dgn juniornya. 

"Junior aku dah kahwin. Kahwin time belajar. Wahh, aku pun belum lagi. Haha, Nampak sepadan jak dorang dua Hmm, dah ada rumah? Dia dah habis study kah? Kerja apa? Lama nda dengar cerita c Hilman. Baru jak flashback kenangan sekolah menengah minggu lepas. Rupanya dia sudah kahwin. But, atleast jemputlah kawan satu sekolah dulu. Rasanya classmate 5 Siri yang lain pun nda tau ni. Hmm.. Mungkin, dia teda duit mau belanja tiket flight p Selangor? Hanan, Hanan. Semua tue kenangan jak lah. Bukannya kau pernah luahkan perasaan dengan dia, kan? Suami orang dah tu. Just forget him. Apa-apa pun, barakallah Hilman. Semakin matang sebab mungkin dah berjanggut. Semoga bahagia di sisi insan tersayang." Hanan bermonolog sendiri. Entah mengapa dia merasa sebak di dada. Air mata yang mengalir pantas diseka.

"Aish.. Terlebih emosi pula." Jarinya menekan Confirm.

Assalamualaikum, Jazakillah Kak Ira ^^.

Hanan menekan "Like" pada status itu dan hanya membalas ringkas.

Wa'alaikummussalam wbt, afwan.

"Iqa lah satu-satunya orang yang panggil akak, Ira. Kenapa tak panggil akak, Hanan?" Soal Hanan dengan Faiqah semasa pertama kali sesi usrah bersama junior baru.

"Special, kan? Supaya akak ingat Iqa selalu. Hihi." Faiqah seorang yang sangat comel dan mampu menceriakan sesiapa sahaja yang berbual dengannya.

"Untung Hilman." Hanan beristighfar. Perasaan iri hati itu seakan-akan ingin terbit di dasar hatinya.

"Dia milik orang lain. Sabar, Hanan. Ma fi qalbi ghairullah. Selama ni kuat, kan? Kenapa hari ni macam lemah sangat ni? Go Hanan Go!" Hanan memujuk dirinya.

"Kakak, ok?" Hanan melihat wajah Haikal, dan tiba-tiba sahaja dia ketawa. Bagaikan melepaskan segala perasaan yang membelenggu dalam diri. Haikal menjungkitkan kening kirinya sambil menggeleng kepala berlalu pergi dari bilik kakaknya.

Faiqah membawa Hanan untuk bersembang melalui chat.

"Act like normal, Hanan." Sekali lagi dia mengingati dirinya. Takut terlalu mengikut emosi, risau Faiqah akan sedar perubahan dirinya. Dia mencuba sebaik mungkin untuk berlaku ceria. Hatinya meronta-ronta ingin bertanya perihal suami juniornya, Hilman.

- Kak Ira.. if Iqa bgtau ssuatu, harap kak Ira xmrh ea?

Hanan terkedu membaca chat yang Faiqah hantar padanya. Dia mau bagitau aku pasal pernikahan dia dengan Hilman? Hanan bermonolog. Dia tertanya apa yang ingin disampaikan oleh Faiqah kepadanya.

: mrh? utk apa mw marah?
-Urm... Iqa ade story2 psl akak dgn abg man..

ZAPP!!


"Allah.. Abang Man? Iqa tau ka aku kawan lama Hilman? Untuk apa Iqa cerita pasal aku dengan Hilman? Apa reaksi Hilman? Dia masih ingat aku kah?" Hanan ibarat cacing kepanasan duduk di hadapan laptop Asus miliknya.

: ehh? knp Iqa tiba2 crita psl kaka dgn dia? 
- xdela, sje je.. akak senior dri Sabah.. hihi
: So.. Apa reaksi dia?
- abg ckp nk knal sgt dgn kak Ira...

Hanan bingung seketika. "Hilman nda kenal aku? Ouh.. Mungkin sebab Iqa gelar aku sebagai 'Kak Ira'. Eii.. Dah kahwin pun still mau berkenalan dengan perempuan lain. Apa punya suami daaa.. Ehh? Si Iqa no feeling ka? Cemburu ka? Musykil. Musykil."

: Iqa nda cmburu ka?
- wtpe nk cmburu plk? Iqa ok je, hihi ^^
: tpi.. kan itu zauj Iqa...
- Ehh akak!! bknlh.. Abg man 2 abg kndung Iqa...

Hanan terdiam. Abang kandung?

"Assalamualaikum semua. Nama saya Nurul Faiqah binti Imran, asal dari Gombak, Selangor."

Hanan tertunduk malu. Baru teringat nama penuh Iqa sewaktu sesi perkenalan usrah dahulu. Macam mana boleh lupa? Nasib tengah ber'chatting'. Kalau berhadapan, seriously, malu! Hanan menghela nafas lega. Bibirnya automatically mengukirkan senyuman. Beban di dada bagaikan telah hilang, terbang dihembus bayu.


: hihi, yaka? Laa.. fikirkn husband td.. nmpk gbr kmu mcm sweet jak.. :)
- Kak Ira ni mcm xknl Iqa plk.. Iqa kn mmg manje orgnye.. hihi
: post Iqa psl dah dpt rumah tue...
- Haa.. Abg man dh dpt rumah kt sbh..
: ya? buat pa dia d sabah?
- nk jmpa bkl isteri katenye.. hihi

Sekali lagi harapan Hanan punah. Bakal isteri? Alahaii..


: ohh.. wahh, bakal kaka ipar Iqa org Sabah lah?
- yup, cntik. Iqa suke dgn kaka tue.. sesuai sgt dgn abg man..
: Kaka kenal ka?
- hmm.. knal kot.. hihi
: Laa.. Iqa kuat sgt berahsia dgn akak.. nti balik cuti.. siaplah Iqa. Akak cungkil semua rahsia.. hihi
- Rindu sgt dgn kak Ira.. Cpt2 lh blik uia.. nk jmpe..
: smpaikn slm dgn mak dan abi k?
- Ehh? tetibe je nk kim slm ni npe ea? hihi
: laa.. slalu juga kaka smpaikn slm dgn dorg.. cma nda pernah bertemu 4 mata..
- nti, akak dpt jmpe jge ngn dorg.. nti klau family dtg melawat, akak join lh skli..
: aik? utk apa? buat malu jak..  
- mak ngn abi sporting pnye.. jgn lh risau..
: yala2.. tpi, klau ada Hilman, akak xmau..
- npe plk? kn abg nk knl dgn kak Ira..
: tpi, dia dh ada bkl isteri.. 
- akak.. urm, mak pggil.. nti kite smbg lgi ea? Assalamu'alaikum kak :)
: wa'alaikummussalam wbt..

TANGANNYA cekap menghiris bawang. Dengan penuh ketelitian, bawang itu dicincang halus dengan mata pisau yang tajam. Selesai menumis bawang putih, sayur bayam merah yang telah dicuci dimasukkan ke dalam kuali. Diletakkan garam secukup rasa, dan digaul sebati. Beralih pula dengan sup ayam yang telah siap mendidih. Api dikecilkan. Juadah tengahari sudah pun siap. Nasi dicedokkan ke dalam pinggan di atas meja berserta hidangan lengkap yang telah selesai dimasak.


"Hmm.. Wanginya isteri abang masak." Muncul Hilman ke ruangan meja makan.
"Nda payah mau puji sangatlah. Masakkan kampung-kampung jak." Hanan merendah diri.
"Masakan kampung lah yang abang suka. Hee. Meh, baca doa."

3 tahun berlalu, dalam tempoh itu jualah banyak perkara yang berlaku. Kita merancang dan Allah jualah sebaik-baik perancang. Perasaan yang muncul dalam hati dipendam sekian lama, dan pengakhirannya dengan ikatan pernikahan. Rumah yang kini mereka diami adalah rumah Hanan yang lama. Rupanya, si pembeli itu adalah suaminya sendiri. Tamat sahaja pengajian, mereka berdua diijabkabulkan. Terlalu banyak cerita yang disimpan oleh Hilman dan sebanyak itulah juga rahsia yang ingin dicungkil oleh Hanan. Kenapa menyepi, menghilang tanpa khabar? Sambung pengajian di mana? Dari mana dapat duit beli rumah? Dan banyak lagi cerita yang seandainya disambung, mungkin si penulis boleh menerbitkan sebuah novel.. HAHAHAHA


Hayatilah bait kata-kata di bawah.
21 Februari 2014
To my beloved wife, Hanan Humaira Haris.

Tiada istilah sayang
Tiada istilah cinta

Bagi seorang lelaki
terhadap seorang perempuan ajnabi

Melainkan setelah akad nikah
yang sah dan sempurna

Sesungguhnya ayat-ayat cinta
yang dilontarkan dari lubuk hati
hanyalah pemanis telinga

yang menyedapkan
yang melalai-lekakan

Biar minat, Biar ada hati
Asal jangan luah, asal jaga hati
Bukan takut zina mata, telinga
Tapi takut zina hati.

Takut fitnah melanda
antara kedua-dua pihak
khusus bagi mereka
yang ada thiqah
yang ada jawatan..

Istilah kasih yang sebenar..
setelah selesai akad nikah..
Uhibbuki abadan abada hatta fil Jannah.
Zaujah ku Hanan Humaira.
Forever. 
InsyaAllah.

By your Zauj a.ka. Birthday Boy Hero,
Muhammad Hilman Imran.




Tettt!! Tamat. Hahaha
Sila tinggalkan komen anda di ruang chatbox sebelah kanan anda supaya penulis dapat memperbaiki cerita rekaannya ini. hihi
Syukran Jazzilan. Terima Kasih. Thank You. Xie Xie. Ponsikou. Arigatou. Kamsahamnida.