Sunday, August 11, 2013

Salam Lebaran :) Tip extra

Assalamualaikum wbt , haii ~ :D
Alhamdulillah. Alhamdulillah. ^_^
Lama sudah nda update blog. Nampak kusam dan tak bermaya jak. <Erk?>
Di kesempatan ini, walaupun banyak sebenarnya benda yang mau dikongsi bersama, tapi.. saya akan ringkaskan dan padatkan benda yang perlu dishare :) InsyaAllah.

Perginya Ramadan, tibanya Syawal.
Anda sedih? Saya juga merasai kesedihan pemergian Ramadan, bulan yang mulia. :'(
wuu~ sebak rasanya di dada, Ramadan pergi meninggalkan kita u_u
InsyaAllah, saya akan menunaikan puasa 6 di bulan Syawal ini ..
mau ubat sikit rindu di hati.. hihihi

Ahlan wasahlan Syawal.
Minal 'aidil wal faizin, Kullu am wa antum bikhair.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Sejujurnya lah kan.. time pagi 1 Syawal... Rasa macam.. "Syawal sudah ka?"
perasaan... macam masih belum ready lagi untuk menerima ketibaan Syawal.
Alhamdulillah, saya terima kenyataan. Syawal adalah bulan yang mulia.
saya turut bersyukur, kerana tahun ini kami sekeluarga menyambut Syawal ^_^
abang dan kakak saya sampai Malaysia dengan selamat.. Alhamdulillah.



Tip-tip Motivasi
Sedang syok2 berjalan p Tambunan, mau ziarah saudara mara kan, beraya ~
Nampak buku motivasi dalam kereta abah.. buku kecik, tapi padat dengan maklumat yang berguna.
buka jak tue buku dan baca tip pertama sampai tip yang terakhir, semua menusuk ke jantung.. semuanya macam tembak tepat2 ke arah diri saya.. huhu
well, saya kan nda lama lagi mau SPM, tapi tulah.. macam nda sedar2 lagi.. masih di awangan -_-
Pengetua dah pesan, entertainment kat rumah nanti, hanya lah BUKU.BUKU.BUKU.
Tapi.. saya buka MUKA BUKU, tengok TV.. Biasalah, musim cuti ni program di TV tue macam2 ada.. kata si ASTRO 0.o
kata-kata ini menyentap jantung saya -->

"Saya mesti tegas dan fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Saya sedar keseronokan adalah punca kelalaian terhadap pelajaran selama ini."

Zapp!
Keseronokan adalah punca kelalaian terhadap pelajaran . . .
Keseronokan adalah punca kelalaian terhadap pelajaran . . .

Ok. Cukup.

Lepas cuti raya nanti ada 2 kali trial.. satu dari PPD, satu lagi dari SPI..
huhu, kenapa lah tak sedar.sedar lagi ni? heran.heran.
pernah lah saya terfikir mau minta keluarga dan kawan2 yg lain tolong bagi kesedaran utk diri saya..
then, terbaca lagi tips ini ::

"Saya sedar bahawa setiap masalah berpunca dari diri saya sendiri, kerana itu saya yang mesti menyelesaikannya."

"Di dalam dunia ini, cuma kita berjaya mengubah diri kita. Kejayaan tercapai apabila kita sedar dan menguasai diri kita."

Ia mirip dengan satu ayat,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu bangsa sehingga bangsa itu mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar Ra'du: 11)

Akhirulkalam,
Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. Apa yang perlu hanyalah berusaha. RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.

Man Jadda wajada :)

Wahai ikhwan dan akhawat sekalian,
dalam kita bergembira , jangan lupa pada saudara kita yang berada di Syria, Palestin..
Doa sahaja yang kita mampu berikan kepada diri mereka.
Kita berjuang dengan musuh (nafsu) dunia, walhal mereka berjuang demi jihad dan Syurga Allah !
Allahu Rabbi :'(

Jika Allah bersamamu, maka jangan takut kepada siapa saja, akan tetapi jika Allah sudah tidak lagi bersamamu, maka siapa lagi yang bisa diharapkan olehmu?
(Hasan al Banna)


Sebab itulah, mereka jadikan ibadah itu sebagai hiburan kepada mereka, biarlah mereka mengisi masa dengan ber'dating' dengan Allah, nanti di Akhirat memberi manfaat kepada mereka.
Kita di sini masih leka, alpa dan lalai dengan kewajipan yang kita perlu tunaikan.
Please.. Sedarkan diri anda itu sebelum terlambat.. :'(
Saya saling berpesan di sini kerana saya sayang kan anda semua..
kita semua kan bersaudara ^_^

Salam ukhuwah, Fi hifzillah wahai pembaca sekalian.
Semoga Allah merahmati dirimu.
Thank you for your time. ^^
Doakan saya, boleh?
Semoga Balqis Nabilah Hadi mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2013. Ameen!

No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^