Saturday, May 12, 2012

Satu per Satu ..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih mengurniakan nyawa kepada diri ini, untuk ku dapat menghirup udara segar, melakukan ibadah kepadaNya, dapat lagi jari jemariku menaip huruf2 di keyboard, dapat lagi para pengunjung blog ku membaca entri yang di'post' ..


oke2.... takmau berceloteh panjang2,, terus straight kepada tajuk entri kali ni, iaitu Satu per Satu .. Satu per satu ni bukan one over one equal to one..  < naaah,, habis kita ! ni mesti pengaruh exam yang kuat.. paperr mathmod yang k.o ! oh tidak .. ! >


Satu per satu masalah yang berlaku .. kenapa??  
Adakah ini salah satu ujian daripada Allah untuk menguji kesabaran dan tahap keimanan hambaNya? 
Stress exam ? 
Itu bukanlah masalah yang besar sangat .. tidak setanding dengan masalah yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat .. 


Ada satu story yang nak dikongsi ,,
kes kecurian yang berlaku dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa.. Negara kita pula yang dikatakan negara Islam yang 'terlebih Islam' <majaz> tidak pula menjalankan hukuman berlandaskan Islam.. Majoritinya tidak menyokong hukuman hudud dijalankan di negara kita.. Kenapa? masih dalam tanda tanya lagi ni..
< atas ni cuma pendahuluan ayat.. ish ! terpengaruh dgn esei BM pla >


oke2.. ceritanya begini.. <baru nak mula cerita.. hihi>
Kes kecurian semakin menjadi2 dalam asrama.. sy pun turut jadi mangsa curi.. huhu.. sabar2..
time saya and friends mau turun dari adrama, terserempaklah dengan halaqah(bulatan) yang dibuat oleh kakak form 5 .. terdengarlah jeritan suaraa ~ 


"kalau iya pun dorang mau tegur, bukan begini bah cara dia. Kesian tue budak. Dia pun manusia, ada perasaan. " saya masih lagi dalam keadaan yang blur. What happen ni??


"kenapa ni? kenapa dengan tu budak? "


"budak tue kedapatan dia mencuri. " SHOCK !


"Siapa ? "


"Fulanah bt Fulan " tergamam lagi. Tak percaya ! baru semalam dia tegur saya, baca Quran bersama2..


Kami tidak mahu masuk campur, terus beredar dari tempat tu. 


Di surau, ada Mesyuarat tergempar lah katakan. Budak itu dipanggil buat kali kedua, saya sebenarnya malas mau campur tangan dalam hal ni. Tapi rasa ingin tahu dalam diri tue kuat. So stay kejap lah <konon> .. time budak tue kena tanya, "kenapa mencuri? ada yang suruh koe mencuri kah ? " budak tue menganggukkan kepalanya. Ya Allah ! Menyirap darah ~


walaupun dia dimarahi ditengking dipukul < kami tidak kejam sangat oke ! pukul tidak sakit, tiada luka, tiada kecederaan. LANGSUNG ! >  airmatanya tetap tidak mengalir. 
kami berpakat2 lah baca surah Yaasin dan bagi budak tue minum air Yaasin, tapii.... no Effect .
budak tue bukan setakat mencuri, tapi juga menipu. Di asrama dia sudah kena tanya, berapa duit belanja yang dia guna dan jawapan dia RM15/sebulan. Tapi di surau dia cakpa RM15/seminggu, last2 RM15/sehari. Hah ?!!


oke, budak ni ... haishh ... susah mau cakap lah..
esoknya, ayah kepada budak tue datang. Oke, kami kena interview ramai2.
Kami cite lerrr pe yang berlaku last night . cite cite cite.. oke, bapa dia seorang guru, berkata, 
"Kamu pandai2 buat peraturan sendiri. saya akan laporkan perkara ni kepada warden, PKHEM dan Pengetua. "


bukan nya teruk sangat pun budak tue kami keronyok < macam kejam pla cakap keronyok.. hihi> ! dia masih sihat, boleh berjalan bercakap beribadat bla bla bla... Last2 selepas dibodek, pakcik tue mengatakan, "ok, kes ni selesai. Saya tidak akan kacau kamu kerana kamu ada exam besok. "


SELESAI ? betul kah ?
Time orang tengah khusyuk jawab exam, pakcik ni tetibe je datang ! haiya ! kacau konsentrasi lah !! semua sudah mula bermain mata, macam cacing kepanasan.. menjadi tak tentu arah time jawab paper. huhu
Lepas habis exam, on the way turun surau, berkumpul lah kami bersama2 berkongsi perasaan time jawab exam.. Gerenti ! pakcik tue nak mengadu dengan PKHEM. Tapi, buat pa nak takut. berani kerana benar, takut kerana salah bha! Kami buat perkara yang betul, anak dia yang buat salah.


Time Prep malam, sekali lagi pakcik itu datang. Dia cakap, dia sudah buat laporan polis . . . . . .
Dia mendapati ada kesan lebam di badan anak dia. LEBAM JAK OK !
dia minta nama siapa2 yang ada menyentuh anak dia. aduii.. pacik2, salam pun touch !
saya tak sentuh anak dia, so TERLEPAS . Pacik tue cakap nama tue untuk jadi bukti yang dorang ni minta maaf dengan anak dia. Rupa2nya untuk diberi pada piak polis. Sudahlah dorang masukkan sekali tandatangan dan Kad pengenalan.. Payah2 !


Keesokan harinya, pakcik tu datang lagi. Kali ni sebab kawan2 budak tue meminggirkan dia dan mengejeknya sebagai pencuri. Mungkin perbuatan dorang tu salah < kami sebagai senior dah tegur> tapi, takkan pakcik tue nak lapor dengan cikgu pula? dah kenyataan anak dia tue pencuri... oh DUNIA2.. hari2 nampak muka pakcik tue....


Muncullah angin yang membawa khabar mengatakan mereka bakal digantung. Mood nak belajar untuk exam serta merta hilang. Walaupun saya tidak terlibat dalam sntuh menyentuh pukul memukul ni, tapi, SAHABAT ! Masalah kawan, masalah saya juga. Saya turt dapat merasakan gelodak jiwa mereka yang ketakutan kerisauan terhadap tindakan apa yang bakal mereka perolehi.  banyak desas desus yang diterima mengatakan, GANTUNG asrama.....


Selepas selesai melakukan perbicaran <ada mahkamah pula di sekolah. HEBAT !>
mereka diputuskan mendapat surat amaran dan tidak digantung. Alhamdulillah.. Jadikan pengajaran dalam diri.. 
budak tue pun dapat surat amaran juga.. hurm...
beberapa kawan saya yang berjawatan sebagai pengawas dan menjadi harapan untuk menjadi ketua pengawas, terpaksa dilucutkan jawatannya. T_T


end of story.


Walau apapun yang berlaku, bersabarlah . Sesungguhnya ujian ini Allah turunkan kepada kita untuk menguji tahap kesabaran hambaNya dan menunjukkan bahwa Dia mengasihi dan menyayangi hambaNya. Bersama2 lah kita menjadi hambaNya yang bertaqwa . Amin 





AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
 

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


Sama2 kita amalkannya. InsyaAllah =)
Sekian.
Salam ukhuwah










Sekian. Salam ukhuwah.


No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^