Monday, December 12, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 5

* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi
  • Part 5 ..
HARI silih berganti , latihan demi latihan kami lakukan sebagai persediaan untuk persembahan yang bakal menjelang tidak lama lagi . Aku mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Mula-mula hafal skrip rasa susah. Dah lama kemudian, senang je nak ingat sebab hari-hari dok ulang benda yang sama. Sama lah macam kehidupan seharian kita, kalau kita selalu melakukan perbuatan yang baik, pasti ia akan menjadi satu amalan pada diri kita.

Waktu latihan tenang je hati ni , tapi bila tinggal sehari lagi , aku mulai berasa resah . Ingin sahaja aku menarik diri saat-saat akhir ini . Tapi aku tidak boleh menjadi pengecut! Aku harus beranikan diri dan anggap sahaja ia sebagai satu pengalaman yang baru . Think positif Ana! Debaran semakin terasa apabila persembahan yang ditunggu-tunggu akan berlangsung sebentar lagi . Segala skrip yang telah dihafal dulu aku mulai lupa satu persatu. Oh tidak !

"Ana , mu ok ka?" Aku melihat Masyitah dan mencuba untuk tersenyum.
"Mestilah ! "
"Ambo rasa lah, mu dan Aniq makin rapat lah." Aku hanya tersenyum.

Ada betul juga kata-kata Masyitah . Selama sebulan kami melakukan latihan bersama, aku semakin rapat dengan Aniq. Kami saling bergurau, ketawa bersama. Kadang-kadang, aku juga melihat reaksi Ashraf melihat kami berdua. Adakah dia ...

"Ana ! Nak mula doh ni ."

>>>>>>>>>>>>

TEPUKAN gemuruh diberikan oleh para penonton setelah selesai sahaja persembahan . Aku sendiri berasa gembira kerana aku telah memberikan persembahan yang cukup baik sebentar tadi . Sebelum kami beredar ke belakang pesta , aku dan Aniq bertentangan mata seketika. Namun segera dialihkan kerana takut berlakunya zina mata . Spontan juga bibirku beristighfar . Aku berasa sungguh malu , kalau boleh aku tak nak lagi bertembung dengan Aniq lagi. Aku berasa malu yang teramat sangat!

"Hihi.. Ana, Bestnye tadi. Padan sangat lah mu dengan Aniq. Macam pasangan bahagia, serasi bersama gitu. " Masyitah mengusik aku . Aku tersenyum kecil .
"Syitah ni.. jangan lah cakap cam tue.. Ana malulah ."
"Eseh .. Tadikan .. Ambo rasa macam realiti je , nasib ambo dapat watak jadi teman mu juga. Senang sikit nak lakonkan ."
"Hmm.. yelah tu , Ana rasa macam dalam fantasi aje . Tak mungkin perkara tadi tue berlaku dalam hidup Ana ."Aku tak nak berharap sangat.
"Mu sedar tak tadi ayat dialog Aniq lain dari skrip yang selalu kita berlatih?"
"Mungkin dia lupa skrip kot, sebab itu lah dia ubah . Kenapa?"

Mestilah aku sedar! Aku yang selalu berada di hadapan dia, dah hafal dah skrip aku dan dia. Tapi, tadi.. Lain sikit.

"Ambo raso lah kan, Aniq pun ada feeling kat Ana lah."
"Kenapa pula Syitah cakap cam tue?" Pipiku mula merona kemerahan .
"Ehh...Malulah tu. Tadi kan, cara dia express ayat dialog dia tue, penuh dengan perasaan. Berbeza sungguh dengan waktu latihan. Dia macam betul-betul luahkan perasaan dia."
"Ish ! Syitah ni . Jangan cakap gitulah, Ana tak nak perasan sendirilah . Nanti Ana tepuk sebelah tangan pula."
"Tepuk sebelah tangan apa pula. Mesti berbunyi jugalah. Takkan mu masih lagi minat kat Ashraf?"

Aku terdiam. Ashraf? Tentu tidak ! Aku .. sudah lama membuang perasaan minatku terhadapnya. Sekarang yang ada cuma perasaan kagum terhadap dirinya dan tidak lebih dari itu.

"Ambo gurau je lah. Tapi, ambo harap mu dengan Aniq dapat bersama lah. hihi"
"Syitah!" Aku memukul lembut lengannya.

Terdengar bunyi tepukan tangan. Semua mata mula tertumpu ke arahnya.

"Tahniah ! Kamu semua telah memberikan persembahan yang sangat baik !" Terukir senyuman di bibir Ashraf.
"Persembahan ni tak akan berjaya tanpa dua merpati sejoli tu." Suara sumbang mana lagi ni? Mereka pun pasangkan aku dengan Aniq?
"Betul tu. Persembahan 'No Couple Before Nikah' tak akan berjaya tanpa hero dan heroin kita."Ashraf turut menyokong kata-kata mereka.

Aku segera melihat reaksi muka Ashraf. Dia tersenyum. Dia pun setuju? Dia sebagai abang Aniq dah pun bagi lampu hijau. Astaghfirullahalazim, apa aku merepek ni? Mana Aniq ni? Takkan aku aje seorang kena usikan mereka semua ni?

"Hah... Dah datang pun hero kita." Aniq baru datang? Dia dari mana?
"Maaf lambat. Ini rakaman persembahan kita tadi. Nasib ada minta tolong rakamkan." Aniq membawa kamera digital dan menyambungkan di laptop.
"Kecil sangat lah tu laptop tu. " terdengar suara rungutan.
"Bawa bersabar lah. Saya nak sambung kat LCD lah ni. "

Semua ahli BADAR tidak sabar untuk melihat persembahan "No Couple Before Nikah". Aku merasa malu ingin melihat semula persembahan tadi. Kalau boleh aku tak nak ingat langsung!

* * * * * * * * * * * * * * * * * *


No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^