Sunday, December 11, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 3

* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi
  • PART 3 ..
SELESAI sahaja menunaikan solat Isyak secara berjemaah , ramai yang masih lagi berada di Masjid . Ada yang menunaikan solat sunat Rawatib, ada yang membaca al-Quran , ada yang mulai berpusu-pusu balik ke asrama untuk belajar . Ahli BADAR berduyun-duyun menuju ke tempat perjumpaan yang dilakukan di Bilik Kuliah I . Aku baru sahaja selesai menunaikan solat sunat Rawatib , bermohon pada ALLAH agar menenangkan hati yang berada dalam keadaan gundah-gulana. Masyitah sudah menunggu aku di luar Masjid untuk bersama-sama pergi perjumpaan BADAR . Aku merasa hairan , mengapa hatiku ini berasa tidak tenang . Adakah kerana kedatangan Ashraf ? Aku tidak mau fikir tentang dirinya !

Setelah selesai memakai stokin , aku segera mendapatkan Masyitah .

"Asif ,dah lama tunggu ? "
"Takpe lah . Ambo tak kesah . Asalkan sekarang kita kena cepat pergi perjumpaan , manalah tau abe mu doh sampey . " Aku menyiku Masyitah .
"Ada-ada aje lah Syitah ni ."

Suasana dalam Bilik Kuliah I bagaikan keadaan di sebuah pasar . Semuanya berbual tentang gosip-gosip semasa, dimana musliminnya berbual tentang bola manakala muslimahnya berbual tentang fesyen tudung terkini . Aku dan Masyitah hanya menggeleng kepala . Suasana yang tadinya hingar-bingar bertukar menjadi senyap .

"Kena tukar gi mode Silent ke ? " soal Masyitah .

Aku hanya berdiam diri. Perasaanku bertukar menjadi tidak keruan . Apakah maksud perasaanku ini ? Adakah Ashraf dah sampai ? Kepalaku menjadi serabut penuh dengan persoalan tentang diriku . Aku dapat mendengar suara muslimah di sebelah, di belakang dan di depan membisik-bisik nama Ashraf .

"Abang Ashraf dah sampai lah . Rindunye aku dengan senior kite tue ."
"Abang Ashraf masih lagi kacak lah !"
"Siapa lah isteri abang Ashraf ek ? Mesti bertuah kan ?"
"Isy.. korang dah lupe ke? Kak Aisyah senior kite tahun lalu ? "

Aku tak mahu dengar!

"Assalamualaikum .. "Salam dibalas serentak .

Suara tu !Suara yang telah lama tidak didengari . Kelihatan Aniq memeluk Ashraf , mungkin melepaskan rindu setelah lama tidak bertemu . Ashraf mula memberi sepatah dua kata . Namun aku langsung tidak mendengar apa yang disampaikan . Fikiranku kosong ! Melayang entah ke mana ...

"Ehem .. Dah terubat ke rindu ? Ubat dah ada dah .." Aku tersentak !Sejak bila Aniq berdiri di sebelah tempat dudukku ? Dan ... Apa maksud dia, dah terubat rindu? Ubat?

"Takde lah .. Kenapa? Cemburu ke ? " Kenapa aku tanya begitu ?!
"Cemburu ? Taklah .. Buat apa nak cemburu .. dengan bakal kakak ipar ... " Aniq berlalu pergi .

Bakal kakak ipar ?! Bukan akulah ! Kak Aisyah bakal kakak ipar kau !Aku tak nak jadi bakal kakak ipar kau !! Aku nak jadi ... isteri kau Aniq ! Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir .

"Eh.. Ana , mu ni kenapa ? " Aku segera menyeka air mataku .
"Takde lah Syitah .. Masuk habuk tadi ." Masyitah memandangku .
"Mu jangan tipu lah.. Kenapa ?"
"Nantilah .." Masyitah hanya mengangguk .

Pandangan aku tertumpu kepada Ashraf .

"Kamu akan buat satu persembahan . Dan ..semuanya terlibat . " Kedengaran keluhan daripada ahli-ahli BADAR . Aku juga tidak terkecuali . Aku paling tidak suka berada di hadapan khalayak ramai . Nak jadi guru , tapi takut kalau kat hadapan ramai orang .

"Baiklah .. begini ,yang junior mungkin tidak akan terlibat. Bagi peluang kepada Senior dulu . Dan , AJK tertinggi tidak ada yang terkecuali !" Alahaii .. Aku nak jadi junior balik !!

"Hihi .. Ana, nampaknya Ashraf nak kenakan mu nie .." Aku pandang Masyitah ..
"Macam juga .." Jawabku pendek .
"Dia dah tahu yang mu ni gabra kalau depan orang ramai ."
"Tapi .. time Ana ikut Kem Bestari Solat ajar murid-murid tahun1 dan 2 kat SK Seremban Jaya 2 , best tau ! Mula-mula agak kekok sikit nak mulakan kelas . Last-last , ok juga . "
"Budak-budak .. biasalah .. Tapi yang ni lain Ana ..."
"Takpe lah .. Ana nak juga timba pengalaman .. hihi"
"Ana ..Ashraf tengok mu lah .." Aku tak percaya . Aku pandang Ashraf , dia senyum !
"Hah.. dia senyum lagi .."

Mataku beralih ke arah Aniq , air mukanya serius sahaja . Hilang senyuman di bibirnya . Kenapa? Hmm ..

* * * * * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^