Saturday, May 17, 2014

Segalanya bermula di sini

Assalamualaikum =) 

Rasanya belum terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan  para guru yang telah mendidik diriku semenjak kecil sehinggalah kini.. Jasamu berbillion, zillion, trillion bahkan infiniti !! Ia tidak mampu diungkapkan betapa besarnya jasa seorang guru. Ibu bapa adalah guru kita di rumah, cikgu pula guru kita di sekolah, dan para jurulatih merupakan guruku sewaktu di PLKN Tanaki.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik =D

Baiklah.

  


Alhamdulillah, 10 Mei yang lalu telah pun keluar result UPU; Keputusan yang selama ini ditunggu-tunggu setelah sekian lama *ayat poyo :p oleh warga 96 Generation ..

Ada yang berjaya mendapat tawaran ada yang tidak .
Kepada yang tidak berjaya, teruskan berikhtiar mungkin dengan cara membuat e-rayuan ?

Kepada yang berjaya mendapat tawaran program pengajian yang sememangnya diminati dan amat sebati dalam jiwa raga, TAHNIAH diucapkan . Namun ada sesetengah pihak yang apabila mendapat keputusan UPU, mindanya direct berkata, "Baiklah, matrik memanggil." ataupun "Baiklah, terus kekal menjadi pelajar pra-u."

Situasi sebelum keluarnya keputusan UPU, para 96 Generation berada dalam dilema.
Mungkin mereka tersepit antara Matrikulasi, Pra-U, ataupun IPG .

Saya .. turut terlibat sama. Dilema mencengkam jiwa. Feeling.

Sepenuh hatinya mengharap bebeno mendapat bidang pergigian sama ada Asasi di UIA ataupun Tamhidi di USIM . At the end, dua-dua pun nda dapat . Heh

Sebelum keluarnya keputusan UPU, saya sempat bergurau dengan seorang sahabat,


"Seandainya saya mendapat Pengajian Islam (Dakwah) di UNISZA, mungkin impian dan harapan yang selama ini saya bina ingin menjadi seorang doktor gigi akan hancur musnah sekelip mata. Namun, saya tetap akan mendapat gelaran 'Doktor'. "

Sahabat saya pelik, "Maksud?"

Saya menguraikan kekusutan di mindanya dengan memberikan jawapan,
"Meskipun saya tidak mampu menjadi seorang doktor gigi, saya tetap akan menjadi seorang doktor. Doktor apa? ... Doktor pengubat hati Ummah... "

Apabila keputusan UPU keluar..
Alangkah terkejutnya saya apabila gurauan itu menjadi kenyataan.

Tapi.. Entahlah..
Mungkin hati saya masih membara semangat berkobar-kobar ingin menjadi seorang doktor gigi.
Kenapa ? Err .. Saya pun tidak tahu. Tak mampu berikan jawapan yang pasti.
Saya kurang yakin dengan diri adakah mampu mengangkat pelajaran sains... Sudahlah pengajian di tahap yang lebih tinggi menggunakan Bahasa Inggeris. Walhal semasa di sekolah menengah dahulu, mulai dari tingkatan 4 kami sudah mulai menjalani PNP dalam Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sains dan Matematik .

Dan akhirnya, saya telah membuat keputusan di mana selama ini saya menafikan kewujudannya kerana terlalu ingin menunggu ketibaan UPU, iaitu dengan memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dalam bidang Sains.

Dalam entri sebelum ini, saya menyatakan harapan dan angan-angan apabila menjejakkan kaki di KML .. Boleh bertemu semula dengan kawan satu sekolah, kawan PLKN, kawan yang sekian lama terpisah.. aiseh.. Dan kini, ia akan menjadi satu kenyataan.


Benarlah, kita merancang, Allah jua merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.
He know the best for us .

Macam kes PLKN lah, dulu saya memang tak teringin or tak pernah terlintas dalam fikiran pun nak masuk PLKN. Memang berharap sangat-sangat agar tidak terpilih masuk PLKN sebab dimomokkan dengan pelbagai cerita negatif tentang PLKN . Akhirnya? Hehe.. PLKN  was so exciting!! I love those memories and moments there. How I wish I can turn back time and go back to the past. XD

Plot cerita semakin menarik .. *ehh? takdelah.. gurau. teehee =)

 
 
Nak dipendekkan menjadi ringkasan cerita..
Apabila selesai sahaja pendaftaran online...
Weeee~ Fuhh. Happy sangat. Sangat... Dapat penempatan bilik paling 'rendah' ..
Tapi, lets positif thinking laa, bergerak banyak, makan pun boleh banyak-banyak lah kan? hihihi 



 


 Baiklah, matrik . I'm ready. Insya-Allah .
Teringat pesan seorang rakan,
"Ingat, Matrik bukan macam TDM.. Perlu usaha lebih, jangan malas-malas."

Jyeahh ! Sokong =)


 

Mohon doa kalian. Semoga segalanya dipermudahkan.
Maafkan saya andai ada tersilap kata dalam penulisan penaipan kali ini.


Senyum =)

4 comments:

  1. Babaii Balqis , Take care di sana dengan Kawan yang lain Also yaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Hihi, akhirnya cik ninie dpt komen :)
      tengss , akan disampaikan pesan anda , insya-Allah.
      anda jugee, take care ye. All the best and gudlak ! Fi hifzillah ^^

      Delete
  2. balqis chaiyo-2 !! jaga diri untk kamu semuaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyo" jugee utk miss Thiaa Sabdin.. Mu jage diri leklok ea kat negeri org.. Ganu kitee ~ all the best.. Nanti akan dismpaikan , insya-Allah :)

      Delete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^