Sunday, September 29, 2013

Exam is Around the Corner

Assalamu'alaikum ~ wink.wink.
39 days left to go ~
TOINK!
Peace! Stay calm & steady bhaa.
Perkampungan Ilmu SPM

Alhamdulillah, baru jak habis Perkampungan Ilmu SPM, bertempat di Arena Belia, Kepayan.
heh. Mula2 tue nda tau di mana lah Arena Belia ni, kena cakap tempat tidur di asrama. alaaa.. asrama juga ka? sana lah imagine mengharapkan sesuatu yang maybe imposible, mau ada aircond kunun.. kuang3
bila junior tanya kami punya program ni di mana, just cakap "kat hotel yang ber'aircond'." hihi
and, GUESS WHAT ? 
betul2 ada aircond bhaaa.. weeee~
tempat kami tue bersebelahan jak dengan 'saudara' iaitu perkuburan Islam, jadi.. pegawai sana tue nasihatkan agar kami ni jagalah volume suara kami ni.. jangan terlampau excited sampai terjerit2 nda ingat dunia.. hee :D

program ni cuma 3 hari jak, rasa macam nda syiok sangat.. belum puas lagi mau menimba ilmu yang lebih mendalam daripada guru. sebab, time nilah waktu untuk kami korek rahsia and tips dari guru2. hihi
SPM candidates 2013, :D

ADDMATH, salah satu subjek killer; bagi saya lah. but, Alhamduillah, saya lulus. ^_^ markah tue, atas pagar jaklah, nyawa2 ikan orang bilang. huhu
hanya 8 orang sahaja yang lulus addmath, termasuk saya ler.. so, cikgu pilih kami seramai 8 orang ni utk jadi guru muda a.k.a mentor kepada kengkawan yang lain.  
sambil2 kita mengajar orang lain, kita dapat juga manfaatnya, bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. <eseh.. sempat lagi masukkan peribahasa. nak ayat gramatis ler tue..hihi>

MATHMODE.
Adakah anda menyukainya?
hihi.. time form 3 tue kira ranking top juga lah kalau matematik ni. tapi bila sudah naik form 4 tue, makin luas pula pembahagian dia. mindset saya terus berubah terhadap Mathmode yang dahulunya pernah menjadi subjek yang sangat dicintai, sampai pernah bercita-cita mahu jadi guru Matematik. <Amboiii~>
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar kawan2 lain, kefahaman saya terhadap mathmode semakin mendalam. Macam jatuh cinta balik dengan subjek ni.. hihihi
cikgu bagikan kepercayaan kepada saya untuk membantu kawan2 lain yang agak lemah dalam subjek ni. dalam kumpulan saya tue ada 5 orang. dorang gelar saya ni 'Umi'.. wahahaha
semasa dalam proses mengajar orang ni, kita perlu bersabar, dan terangkan secara perlahan-lahan. step by step. mungkin soalan tue dia kurang faham dengan cara pengajaran kita. Kita cuba bagi contoh soalan lain. Ajar biarlah ikhlas dan tanamkan dalam hati, kita mahu dia turut bersama-sama mencapai kejayaan! InsyaAllah :D
Memanglah pada mulanya tue, banyak soalan bertubi-tubi macam peluru dorang tanya. dah saya terangkan gini dengan sorang, yang sorang lagi tanya benda yang sama.
Ohh, saya dapat merasakan perasaan seorang guru berhadapan dengan pelajar yang mempunyai pelbagai jenis ragam. Penat.


Menyampaikan ilmu itu ibarat dakwah :D

Hurm?
Betulkan? 
Dalam kita menyampaikan ilmu mengajar orang ain, dalam hati ni berbisik ingin melihat mereka turut sama berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kita kongsikan ilmu dengan mereka supaya mereka mudah faham dan senang untuk menjawab soalan time exam nanti.

Dakwah pula?
Kita menyampaikan sesuatu pengetahuan agama supaya dapat membawa mereka bersama-sama masuk ke Jannah Allah. Sweet, kan? Kita tak mau dorang terus berada dalam lembah kejahilan dan last2 masuk An-Nar. na'uzubillah. Sebagai seorang saudara Islam, kita perlu saling berpesan dan menasihati berkenaan Haq dan Batil. 
Jangan terasa beban memikul amanah ini. 
Kita perlu sentiasa tabah menghadapi segala ujian, kerana itu tanda Allah sayang ;)



Hari tue, kami ada buat perjumpaan dengan junior form 1 & 2. Kawan saya tegur tentang solat. Selalu sangat nampak waktu Asar tue, dorang dah bertenggek di depan pagar asrama mau masuk. Azan pun ntah dengar atau tidak. Bila ajak p surau, dorang buat dek jak pula. 
"Adik2, kamu tahu ka dosa meninggalkan solat Asar itu ibarat kamu meruntuhkan kaabah? bayangkan lah betapa besarnya dosa kamu meninggalkan solat."
Alhamdulillah, selepas kejadian itu, populasi hadir ke surau waktu Asar amat memuaskan. ^_^

"Kami tegur ni untuk bagi peringatan kepada kamu. Jangan kamu anggap, kubur lain-lain, jadi jangan jaga tepi kain orang. Ingat nanti kamu mati kamu masuk sendiri dalam kubur ka? kamu sendiri yang angkat jenazah pergi tanah perkuburan? kamu sendiri yang gali tanah tue? kamu yang mandi, kafankan, solatkan jenazah kamu? Haa.. kepada yang suka melambatkan solat tue, bayangkan bila kamu dah bergelar arwah kelak, nanti Pak imam pula yang sengaja melambatkan solat jenazah untuk kamu."

Terkedu.

Dalam berdakwah ni, kita perlu sentiasa give and take. Kita tak boleh nak kita jak yang betul. Sekali-sekala kita perlu juga mendengar pendapat daripada orang lain. Kita perlu memberikan peluang dan ruang kepada mereka untuk menyuarakan isi hati mereka. At that time, we should be a good listener. Kita tidak boleh menganggap 'we are the best'. Nobody is perfect except His passenger, Muhammad Rasulullah. 


Okay. Let's go back to the main topic.

Exam is Around the Corner

Dub-dab. Dub-dab.
Ginikah bunyi degupan jantung? tetttT! SALAH.
bunyi sebenar , lub-dab. lub-dab. hihi
soalan yang pernah disoal time Mighty-Mind. ^_^

Exam trial dah habis dah.. Exam PPD berhenti di pertengahan jalan. sesetengah pelajar SPM dah tak sanggup menghadapi exam lagi. dorang nak focus on study. adakah pelajar itu termasuk saya? hihi

waaa~ Debaran semakin terasa.
Pelajar UPSR dah habis dah. PMR minggu depan. SPM? Nda lama lagi. -,- 


" Train your mind to see the good in everything.. "

sebab antara rahsia kebahagian itu adalah selalu berfikiran positif. ^_^

Jangan stress2.. Jaga kesihatan, iman yang sedang naik turun tue, cuba maintain kan. Tingkatkan keimanan, rapatkan hubungan dengan Allah. Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal. 

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt - Ibnu Qayyum

All the Best ^^
ok.
selamat menempuh imtihan buat teman2 sekalian.
baca buku, ulangkaji, buat nota, tapi jangan sampai stress..
bittaufiq wannajah. 
Good Luck.
Doakan saya ya? Semoga tenang menghadapi peperiksaan, dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. In Shaa Allah. Allahumma Ameen . ^^

Doakan juga keamanan kepada saudara2 kita ye.

Sollu 'ala nabiy. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad :D


2 comments:

  1. insya Allah..adik..belajar sungguh2 dan buat yg terbaik utk SPM nanti ya :)

    ReplyDelete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^