Friday, September 11, 2015

Sesungguhnya ia adalah bahasa Syurga

Assalamu'alaikum brothers and sisters..

Masya Allah. lama sungguh nda buka blog. Syukur ada wifi USIM. XD

So, yeah.. April 2015 yang lepas, saya tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan. Alhamdulillah. A lot of stories to share.. But, tulah.. tangan malas menaip kan. Koh koh koh

Sepanjang cuti, jadi fasilitator for a week untuk MPPB KML 15/16, then jadi guru KAFA untuk budak-budak Kampung Padang Tembak, Keningau. That feeling when you able to teach your students to read Iqra and they manage to remember every single words that you had taught them, .. it was AMAZING! :)))))))))

11 Ogos, result UPU keluar.
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai.
Bachelor of Arabic Language And Communication with Honours.
Fakulti Pengajian bahasa Utama.

Alhamdulillah.


Banyak jak saya apply subjek sains dalam upu. But, maybe ini rezeki saya. So, nda perlu pertikai sangat. Ramai sahabat yang lain nda dapat panggilan upu. Bersyukurlah qis.

Kehidupan Sekolah menengah, Matrikulasi dan Universiti memang jauh berbeza. Serious, memang nda sama. Tapi, syukur jugalah, ada kawan dari KML. Nda lah saya alone-alone. Hari Ta'aruf pun 3 hari jak. 2 September start mendaftar sebagai pelajar USIM. So far, so good. Room mate sorang dari Sabah, sorang dari Pahang, sorang dari Selangor. therefore, saya bercakap Sabah jak! Ada geng kan. keh keh keh

Time hari fes kuliah, kelas jam 2 petang. Dengan gigihnya berjalan kaki p fakulti, sebab bas tiada kononnya lah start 1 hingga 5 petang. Tup tup, kelas tiada. Wahahahaha. Exercise kaki jak laaa. So, time lepak di luar kelas menunggu lecturer yang belum berkunjung tiba, mulalah sesi perkenalan. Dorang bergeng bha.. Dari Kelantan, Kedah, Terengganu and so on. Try.try mau join.. Terkuar slang kiyil sa kunun. Lastlast, dorang tanya asal mana, sa jawab lah Sabah.

"Asal xde bunyi macam Sabah pun?" XD


"Oo, asal Sabah, tapi dah lama tinggal kat sini ekk?"
"Membesar kat KL ke?"

Pffftttttttt. >.<

Ok. Ok. Pasni sa cakap Sabah seja. Biarlah kamu. HAHA

Fakulti saya Pengajian Bahasa Utama, but belum ada bangunan. 
So, menumpang kasih di bangunan FPQS. 


Laaaaaaama sudah sa kasi tinggal Arab, segala Nahu, Sorf, Balaghoh dll. Dalam kuliah saya pun, ramai lepasan STAM, STPM.. ramainya yang campin-campin! Berhuhuhu jaklah. -_____-'



Qis, jangan mudah berputus asa. Semangat! Fighting! Yoshhhhhhh~

Tips belajar :

  1. Belajar untuk ilmu, bukan kerana imtihan!
  2. Niat kerana Allah sebab perbuatan tanpa lillahi taala adalah sia-sia
  3. Fokus waktu lecturer mengajar! Jangan main, jangan tengok fon, jangan berbual, dan bermacam-macam lagi jangan... ok? 

Pesanan dari pensyarah Arab kelmarin,
"Bahasa Arab itu indah. Semakin kita mempelajari bahasa Arab, semakin mudah untuk kita memahami dan mendalami Al-Quran. Cintailah Bahasa Arab, bahasa Al-Quran, bahasa Syurga."

Wahai! Macam faham jak apa yang bermain dalm fikiran saya.
Perbaiki niat, Qis. Cintailah bahasa Arab. =)
Jangan manjakan sangat diri tu, baru belajar sikit sudah penat.
No. No. No.

"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
-Imam Syafie


Ikhlaskan hati menerima ilmu, semoga ilmu yang diterima berkat.
Inshaa Allah!

1 comment:

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^