Friday, January 2, 2015

Kun Fayakun

Bismillah, Alhamdulillah! Masih dikurniakan nyawa...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..

Terasa hambar meninggalkan 2014 yang penuh dengan mehnah yang menimpa Malaysia. 
In shaa Allah, semua yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. KUN FAYAKUN.
Mari sama-sama kita mentadabbur kalam suci Allah, surah Yaasiin, ayat 82, 
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi. "

Kesenangan yang datang tak akan selamanya,
Begitulah selepas susah ada kesenangan.
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan..
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan..
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...
Ujian adalah Tarbiyyah dari Allah..
Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya..

Yang di atas ni petikan lirik dari lagu nasyid yang bertajuk Kehidupan.

People may say, 
"Tahun baru dah weyh! Azam aku sama dengan azam aku tahun lepas." 
"New year, new me."

I saw some post said, "Tahun baru kita 1 Muharram, bukan 1 Januari."
I'm totally AGREE! 😄👍✔✔✔
"Sambutan tahun baru masihi disambut gilang gemilang walhal tahun baru hijri disambut hambar. Guane tu?"

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Semalam.. malam ambang tahun baru disambut dengan majlis Malam Cinta Rasul yang bertempat di Dataran Labuan. Syukur sangat! Atleast tidaklah melakukan benda yang sia-sia. Malam di mana kerohanian itu diisi penuh! Kenyang! Beramai-ramai selawat ke atas Nabi Muhammad SAW =) Yang paling eksaited dengar, time ramai-ramai pengunjung yang hadir mengalunkan Qasidah Ya Hanana. Fuhhh~ 
Dengan serentak sebut ALLAH ! Ya Hanana~
We're counting days.. Tak sabar menanti 12 Rabiulawal(3 Jan). Maulid Nabi.
Sollu 'ala nabi! Allahumma solli 'ala Muhammad ^^

Terlalu banyak perkara yang ingin dicoret ditaip dalam blog serba hijauku ini. Tapi apakan daya, kekangan masa dannnnnnnn wifi KML yang suka main tapuk-tapuk orang sabah bilang, atau dari Kamus DBP, bermaksud main sorok-sorok... hmm.. but tonight baik hati sungguh line wifi ni.. Hee 😁
Sekarang ni, WeChat sebagai pengganti.. Tapi, nda berapa siuk jugalah, nda dapat taip esei panjang2 macam blog nii.. hihi,,

Saya suka edit gambar, then letak ayat Quran or just some simple quotes and share it.
But, yeah.. wifi kml betapuk lagi. Server failure -,- So.. rasanya sambung guna handphone jaklah. Masalahnya, susah mau letakkan gambar. Asyik² failed download picture. Sabo jelah.

3 Januari ni juga Sahabat Al-Irfaan akan mengadakan Rehlah Perdana di Pantai Pancur Hitam. Tersebar rumours mengatakan angin, ribut dll.. in shaa Allah, semuanya baik² saja. Hasbunallah Wa ni'mal Wakil. Kun Fayakun 😄

10 Januari join perarakan Maulidur Rasul peringkat WP Labuan.

26 Januari Ujian Pertengahan Semester 2 (UPS 2)

30 Januari, Jeng³.... Cuti seminggu ~
Nanti saya try update lagi di rumah. Ada wifi 😁 in shaa Allah jika Allah izinkan.

Fighting.💪
Tinggal 4 bulan lagi berada di KML.
Hargailah masa yang ada.
Belajar sungguh²! Study smart, don't study hard.
Biar penat, asal berbaloi. Usah menyesal di kemudian hari.

Sekian, itu sahaja untuk entri kali ni.
Mohon maaf dan memaafkan.
Asif andai ada salah dan silap.

Allahumma solli 'ala Muhammad.
Adious!

1 comment:

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^