Friday, November 21, 2014

Precious Experience

Assalamu'alaikum wbt..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!

Allah, lama sudah tidak update blog ni.. tersangat-sangat lama dibiarkan usang, berkarat dan berdebu. Hasrat hati mau menaip entri baru itu sentiasa ada, tapi ada jak halangan. Hmm.. La baksa, anggaplah ini sebagai entri terbaru untuk tahun yang baru.

Ehh? Tahun baru? Still 2014 kot.
Ehem.. Kan kita dah masuk tahun 1436 H ? hehe

Baiklah, straight to the main topic.
Bismillah..

Precious experience? Mende yang berharga sangat tu??


Alhamdulillah, saya jadi salah seorang fasilitator untuk Kem 2-in-1 Tingkatan 4 SMKA Tun Datu Mustapha. Pengalaman yang amat.amat.amat berharga buat diri saya. Dapat jumpa adik2 junior dan saling berkongsi ilmu. Perlu ada give and take dalam situasi sebegini. Kalau kita sahaja ingin mentarbiyah orang, kita pula yang akan dahagakan tarbiyah. Sedikit sebanyak, mereka ada mengajar saya sesuatu perkara yang baru.

Time kawan offerkan tugas menjadi fasilitator untuk pelajar form 4 TDM, I was sooooooo happy and excited. Alhamdulillah, dapat keizinan dari umi and abah. Pastu, sengaja pula tanya budak form 4 ada apa2 aktiviti terdekat and so on.. Seriously, I missed them so badly. Tapi, tak pasti sama ada dorang rindu sama kaka senior yang garang ni atau nda. Ceh :p

Mula2 tu, I thought kem ni berlangsung di Hutan Lipur Kawang(HLK). Terdetik dalam hati, oh..ok, tempat wajib bagi tdm.. Apa2 kem mesti di HLK. Then, risau sudah.. Kalau pelajar tinggal dalam khemah, fasi tinggal di mana? Maybe di astaka. Husnudzon jaklah. Haha

Kenangan time form 3 dulu ..
Bila contact dengan cigu Asnimah.. Rupanya bukan di HLK, tapi di Masindung Resort. Baru dibuka, beratap biru, di siring jalan.. Ok, tahu sudah. Haha.. Kalau dulu time otw balik Keningau selalu nampak tempat program ni masih dalam pembinaan. Ohyeah! Tempat baru, suasana baru.


Sampai di tempat program around 9 lebih dari Keningau. Then, briefing dengan para fasilitator. Jam 10 rombongan dari TDM dah mai dah !! Segan kot, tutup muka guna sweater. Kih3.. Kononnya takmau budak junior nampak. But, cigu Asnimah banyak minta tolong. Maka, daku gagahkan diri berhadapan dengan mereka. Perkataan pertama yang saya dengar, "KAK BALQIS!!" 
Tu diaaa~ Senyum =) Watlek watpis.




Kumpulan yang saya handle, الطالبات شريفات (Pelajar2 Perempuan yang Mulia)
Motto : TERUS DAN MENCUBA.


Mereka ni memang superb! Saya mengaku yang sememangnya saya kenal dengan dorang, tapi hanya sekadar luaran. Alhamdulillah, saya dapat lihat bakat yang mereka tonjolkan dalam diri. Aiseh.. Melalui pelbagai slot LDK, kerjasama antara mereka itu luar biasa. Banyak idea yang mereka curahkan dan kongsi bersama. Dalam slot "Siapakah yang bersalah?", kami mengupaskan isu LGBT yang kini hangat dibicarakan. Kematangan mereka dalam mengupas isu tersebut membuatkan saya terlupa seketika yang mereka ni sebenarnya baru Tingkatan 4 !! Amazing!! 


Feedback dari rakan fasilitator yang lain, ahli kumpulan mereka pun hebat-hebat belaka. Such a good improvement guys! 

Lebih banyak kamu memberi, lebih banyak yang kamu akan terima.

Aktiviti explorace hanya mempunyai 5 checkpoint. Kelima-lima checkpoint menyampaikan modul yang berbeza. Memandangkan saya jaga checkpoint kelima, so.. saya kongsikan modul yang kami sampaikan iaitu berkaitan dengan Niat

Andai kata kita belajar hanya kerana ingin mendapatkan A or pointer yang tinggi, atau pun hanya sekadar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam sijil.. Niat kita telah pun terpesong. Maka, ilmu yang kita perolehi cukup hanya berguna sekadar waktu exam sahaja. Ilmu yang kita perolehi ni, ibarat kita celupkan dua jari kita ke dalam lautan, apabila kita mengangkat kedua-dua jari tersebut, air yang ada pada jari kita itulah ukuran ilmu yang kita miliki.. Walhal ilmu Allah terbentang luas seluas lautan. Maka, perbaiki niat. Kita mempelajari ilmu kerana apa? Untuk mencapai redha Allah. Tiada guna kita mendapat keputusan yang cemerlang tapi tidak mendapat redhaNya. Tiada guna kita mendapat keputusan yang cemerlang tapi kita tidak mempraktikkannya. Bayangkan, setelah kita berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang, dan pada saat itulah Allah menarik nyawa kita, ataupun saat itu jugalah berlakunya kiamat.. Adakah keputusan cemerlang kita itu mampu membantu kita kalau ilmu yang kita pelajari hanyalah sekadar teori dan kita tidak amalkan dan mempraktikkan ilmu tersebut? Renungkan lah wahai sahabat :)

3 hari 2 malam bagi kakak, tidak cukup untuk melepaskan rindu dengan kalian. Cewah~
Saling berkongsi pendapat malah ada sesi curahan hati. hoho *gurau ^^
Apa-apa pun masalah yang kamu hadapi, cuba selesaikan dengan sebaik mungkin. Kamu mempunyai misi yang cerah. Teruskan usaha! Make some changes in the future, InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan kalian ;) 

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitu lah sifat manusia. walaupun menjalani program yang sama, tapi dari segi penerimaan itu berbeza-beza. Ambillah yang baik, tinggalkan yang buruk. Kami tidak mengharapkan perubahan 100% atau yang mendadak, 1% sudah memadai. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap tingkah yang mengguris hati dan sanubari para junior sekalian..Walaupun sekejap, tapi ianya tetap pengalaman yang amat bermakna bagi diri ini. That's all. 

Waktu cuti semakin berkurang.
Bakal kembali ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) untuk meneruskan pengajian Semester kedua. 
Doakan supaya saya mendapat keputusan PSPM yang cemerlang. Aamiin~ :D

Adios!
Mohon maaf dan memaafkan.