Friday, March 21, 2014

Memorable day :)

20/03/2014

Assalamu'alaikum wbt =) *batuk. Koff. Koff.
Ehh? Baru mau update blog yang dah usang berhabuk bersarang labah-labah bagai?
Hihi.. Sebenarnya, mau update blog ni dengan cerita PLKN.. Tapi, gambar teda.. Hmm, tengah tunggu rakan-rakan tukang ambil gambar tue meng'upload'kan gambar As Soon As Possible ^_^

Haa.. 20 Mac 2014, apa yang berlaku pada tarikh tersebut?
cececeh.. Rakan seperjuangan SPMers sekalian mesti tau. Hee :D
Hari yang bersejarah kepada kami yang bergelar LEPASAN SPM ni.. Macam2 perasaan bercampur baur. Derr, seram sejuk, berdebar jantung macam mau tercabut! hihihi
Takut. Takut. Takut. :/
Nasihat abah : "Hadapilah dengan senyuman. Dila nda boleh buat apa-apa sudah, memang hari ni dila akan dapat keputusan. Terima jak dengan hati terbuka." Tsk. Tsk. Okkkaaayy!

Awal-awal pagi lagi abah bawa p pasar.. beli ikan :)
Beli ikan? ehh?? For what?
Duuuuulu~ pernah janji dengan kawan, sewaktu ambil result nanti, I'll cook curry fish for you :D
Sudah berjanji kan? So, nda boleh mungkir janji..

tadaa~ :D
Ntah sedap ka nda.. Percubaan kali pertama ni!! 
Hope the person will like it.. ;)

Grr.. Belum lagi sampai sekolah, sudah dapat tau result.. aduii -,-
Abah dapat info dari PK1, men buyukkk!! Alaaaa... 
Saya luahkan segala ke-tidak-puas-hati-an dengan abah..
- 6A 5B jak? Eeee.. nda capai target, pengetua mau 7A ke atas.. 
- 4B+? Napa nda alang-alang A-?? 
bla bla bla bla bla bla.............

Dengan tenang abah cakap, 
"Sudah itu jak yang dila mampu. Terima jaklah.. Dila sudah usaha sebaik mungkin. Yang melekat A dan B jak kan? Oklah bah tu, asalkan teda yang gagal. Mungkin Allah tangguhkan dulu kejayaan untuk dila, mungkin nanti di universiti dapat result yang lebih cemerlang?"

Terdiam. 
Astaghfirullahal'azim..
Alhamdulillah. Syukur. Redha.

Sampai sekolah, I'm not nervous anymore. I meet my teachers, and juniors, all of them wish me, CONGRATULATION!! Nahh, result ndalah Havoc mana pun. But, my parents and teachers still proud of me. 

Lupa seketika para junior-junior sekalian *ehh.. kalau cigu BM baca, kompem tak pass! telah pun menginjak dewasa..
Mereka bersalaman sambil bertanya, "Kakak masih ingat kami?"
- OFCOURSE DEAR :')
"Kamu form 3 kan?" dengan muka yang innocent bertanya.
"Ehh.. kak, kami form 4 sudah."

Erk! HAHA :D 
Asif jiddan, muka kamu still baby face bhaaa. macam kanak-kanak ribena, hee :D

Bergerak p bilik mesyuarat, tempat semua form 5 2013 dikumpulkan.. 
Uwaaa~!! Rindunya yang teramat sangat extravaganza pada kalian :')
Tahniah buat sahabat-sahabat, rakan seperjuanganku yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kepada Nurul Adilah yang berjaya merangkul 11 pingat A, Fatin Amanina mendapat 10A, Dayang Moharina pula memperolehi 9A, Congratss!! Kamu telah berjaya memecahkan tembok 7A.. :D
Buat yang tidak seberapa mantap keputusannya, La tahzan, Innallaha ma'ana.
Jangan bersedih. SPM bukan penentuan segala-galanya. Perjalanan kita masih jauh beribu bahkan berjuta, berbillion-trillion batu lagi untuk kita tempuhi.. 

See? 


Tercalon juga dalam top 10 pelajar cemerlang 
SMKA Tun Datu Mustapha. =)

Alhamdulillah, kejayaan ıni kurniaan Allah.
Don't regret with what we get. Don't give up, stay strong, and keep moving on 
Pinjam beberapa kata2 yang membangkitkan semangat, 
"SPM bukan penentuan segalanya, tapi Di sinilah titik permulaan untuk sesuatu kehidupan" 
"Kita bukan mengejar A, tapi kita mengejar Ilmu" 
Walaupun tidak seberapa, 6A 5B sahaja, namun tetap bersyukur dengan hati yang redha. 
Mungkin kejayaan itu Allah tidak memberikan sekaligus, ditangguhkan dahulu, sabarlah duhai hati, Husnudzon please? Thanks to teachers who were teaching me, friends who were supporting me when I was down, and parents who always give me motivation to be strong and Thanks to Allah for giving me this chance; still breathing and alive. Alhamdulillah 


Ini pula petikan kata-kata dari Aiman Azlan yang pernah memperolehi Straight A1 waktu SPM 2007.

Cemerlang SPM tidak menentukan cemerlang universiti. Tidak cemerlang SPM tidak menentukan tidak cemerlang universiti. 

Cemerlang atas kertas pun tiada maknanya jika tidak cemerlang agama dan akhlaq, dan jika tidak memberi manfaat kepada masyarakat. 

Amik result SPM, syukuri apa yang anda dapat, dan move on. Honestly, cemerlang atau tidak, result tu tidak ada maknanya in a few years. 

Jangan kita bangga sangat dengan kecemerlangan yang lalu. Fokus kepada hari ini. Adakah anda cemerlang hari ini? 

Kerana hari ini masih lagi dalam kawalan anda. 

All the best SPM leavers!


Senyum sikit, ngee :D

Sekarang, alahai.. kena pikir mau sambung mana pula..
Can I let my mind to have a rest for a while? 

Tahniah kepada rakan-rakan PLKN yang turut mendapat keputusan yang tip-top! Cayalaaa!
Dirimu tidak pernah dilupakan walau sedetik pun. *cewahhhh ayat :p Bajet.. hihi


Alhamdulillah. 
Rezeki kena belanja KFC. ^_^


Akhirulkalam,
Ukhwah fillah Abadan Abada? *senyum* InsyaAllah.
Semoga persahabatan kita kekal. Jyeahh! =D