Sunday, March 30, 2014

Pergi dengan paksaan, pulang dengan tangisan :')

Assalamualaikum wbt ~ :)
Pheww.. last post about PLKN on 4 January, the day I went to Kem PLKN Tanaki, Tambunan.
Sebenarnya, ada break for 4 days sempena cuti CNY.. tapi, tulah.. sibuk menghadiri majlis orang kawen.kawen.kawen. Makan sepuas-puasnyaaaa! HAHA
Teda masa mau update blog yang terchentaaa. hee ^_^

 Let us start from the beginning =)

4 Januari 2014, 1001 perasaan bercampur baur ya know!
Perasaan keter-PAKSA-an tue menjalar dalam diri.. Grr.. I hate this feeling...
Actually, saya sepatutnya melapor diri di Balai Polis Beaufort, and naik bas PLKN. Tapi, bila difikirkan balik.. Keningau-Beaufort.. Derrrr~ Jauh gilaaa! 0.o
That's why, saya ikut rombongan keluarga jak :D hehe
3.20PM, I arrived at Kem PLKN Tanaki...
Maka, bermulalah hidupku sebagai Pelatih wirawati kem PLKN Tanaki..


Time tue.. Rasa macam.. Ehh? UNBELIEVABLE!
First2 sampai, mendaftar di Dewan Raflesia, Nampak sudah ada pelatih2 lain dari Ranau.. Saya sorang jak dari Keningau..
Oleh kerana saya malassss sgt.sgt. buat medical check up time cuti, dorang suruh sy timbang berat and ukur ketinggian, untuk mendapatkan BMI. Okkkayyy! 48kg, 155cm. BMI : 20. NORMAL.
Heh. Beratnyaa??? -,-
Camna juga.. semalam, lepaskan nafsu makan. PIZZA HUT mariii~
Then, sebelum bertolak, makan tengahari dulu, isi perut.. and, natural call didn't call me yet. sebab tulah berat.. hihihi <Alasan boleh terima ka? :p >
ukur baju, seluar, dan kasut untuk mendapatkan saiz yang ideal.. ceh3
time kena cek beg oleh Jurulatih, dorg tanya saya dari sekolah mana?
"SMKA Tun datu Mustapha."
"Oke. Set. Ngam. Koe jadi calon ajk surau. " ERK! oke, calon..

Tup.tup.
Dilantik menjadi penghuluwati surau.
I didn't ask for it.
For your information, selepas saya menjejakkan kaki masuk ke dalam kem Tanaki.. saya tanam satu azam dalam diri; I want to be an ordinary trainee. Pelatih biasa yang langsung tidak dipandang. Because.. I'm tired. Memikul amanah itu bukan mudah. I just want to rest. Enjoy my life with a lot of activities in PLKN and being happy with new friendsss.
Tapi, harapan itu punah, musnah sekelip mata. Heh.
And, menjadi rutin harian.. I will shout "Wirawati muslim~ KUMPUL."
Sampailah satu hari, seorang cigu yang baik hati telah meminjamkan wisel untuk memudahkan tugas saya. Just blow the wisel, and wait for them to gather.

Saya Kompeni Bravo, Empayar Biru ;)
Tinggal di blok 5, Dorm campur dengan kompeni lain..
Alpha Bravo Charlie Delta bersatu hati dan bekerjasama..
And.. Blok kami merupakan blok terbaik :D
Okay, let us proceed to another chapter.

There's tooo many activities. Indoor and outdoor.
Dalam kelas, banyak modul yang dapat dipelajari, semua berkaitan tentang diri dan masa hadapan yang bakal dihadapi. Setapak, demi setapak, melangkah maju ke hadapan. Ada beberapa aktiviti yang membawa kita ke alam kanak-kanak semula. Tapi, itu nda penting. Pengalaman dan ilmu itu yang perlu disematkan dalam diri.

I have a buddy, Celesty Xin, from Tenom. My buddy, my dormate - Dorm 5.

*I'm sorry, I took your picture without your permission.
Please forgive me? 

Congrates to her!! Got straight 8As in her SPM. Proud to be your buddy dear =)
We shared a lot of things, we have the same ambition and dream; to be a DENTIST. In shaa Allah.

Di luar kelas pula, aktiviti kawad kaki yang sememangnya WAJIB :p , riadah, dan aktiviti lasak yang best gila-gila, termasuk menembak, flying fox, etc..
Every morning.. menjadi rutin harian, take a bath before Subuh.. Brrrr~ Kesejukan menyucuk sampai ke tulang! Suhu air tue maybe setaraf dengan takat beku, 0 dc.. hihi
PT pagi, kira kekuatan, nyanyian lagu negaraku dan lagu Khidmat Negara, bacaan ikrar, and lastly bacaan doa.

*Funny Moment*
Dulu, time darjah 6, I heard lagu Khidmat Negara di tv, siap dgn video clip dia, yang dorang menyanyi dalam hutan dan ada sungai. Ingat? I monologue, "Dila nda mau masuk plkn, nda minat."

But who am I to change the destiny? heh.
Saya merupakan BEKAS pelatih kem PLKN Tanaki, Tambunan. I can't believe myself manage to finish 73 days in Tanaki camp PLKN. Alhamdulillah. :')

Oke, habis iklan. Sambung cerita..
Penghulu wira berasal dari semenanjung manakala penghuluwati pula berasal dari Ranau, Sabah.
Perbezaan dialek jelas terdengar.
Penghulu sebut, "Ketua2 kompeni, lapo! macam huruf R dia tertinggal. Then, some of semenanjungss wira, bergurau dengan tue penghulu,.. "Mu lapor, kami takde makanan nak bagi"
keh3.. Penghuluwati pula, dengan R yang pekat,  "Ketua2 kompeni, lapoRR."

Kami siap ada yell *Tepuk-tepuk penghulu
Rapat tumit. Rapat tangan. Terus pandang depan. -wajib sebut before penghulu lapor kekuatan pelatih dengan jurulatih.. hihihi :D

PPSB (Program Penghayatan Sastera dan Budaya)

"Wakil dari wirawati untuk tampil ke atas pentas."
Cigu suruh saya naik pentas. Ehh? Apa mau buat di atas pentas..? *blur*
So, bagi jaklah sajak spontan. apa yang terlintas di minda, direct cakap..
Last2, dengan jasa baik Cigu Ali Amat Anas, dia pinjamkan karya beliau untuk saya mendeklamasikan
sajak. Then, cikgu Arni pilih saya untuk wakil persendirian mendeklamasikan sajak. Sebenarnya, bukan saya, ada sorang wira, Ashraf, tapi.. entah kenapa, cikgu suruh saya ganti pula. Hee :D Asif. Walaupun nda menang, pengalaman itu lebih berharga. ^_^

Tajuk :
Anak Jiran Tionghua =)

Menembak, piung! piung! 


Mau buat pengakuan ni, saya first time naik bas plkn. HAHA ;p
Kami merantau p Kota Belud. Wee ~ Mengimbau banyak kenangan ni.. huhu
Teringat kenangan time NKI(Nadwah Kepemimpinan Islam) di Kampung Tambulion, Kota Belud. Program Lawatan sambil belajar di Kundasang dengan kawan sekelas 4IRIS, lalu jalan yang sama.. Berhenti di petronas yang sama. HAHA :D grr, saya rinduu~ :'(

 oke, baris dulu ^_^
 Muka eksaited mau menembak =D
Mula-mula dengar, 30 butir peluru?? Banyak nyaaa~
Sekali.. Lepas habis menembak.. Ehh? Habis sudah.. alaaa.. nda puas.. mau tembak lagi!!
Mau lagi! Mau lagi! *lompat-lompat* Ehh... hanya gurauan. hee n_n
Apa-apa pun, alhamdulillah.. sekurang-kurangnya, saya pernah mencuba :D

Kenangan :')

Modul kenegaraan..

Saya ikut pertandingan Bahas Ala Parlimen.
First time ikut debat melayu, pehhhh! Senang jak menggoreng ayat.. hahah
Berlainan sikit dengan debate competition, grammar vocabulary tunggang langgang.. =p
Tajuk usul kami "Wawasan 2020 : tidak akan tercapai"
Dan kami, Bravo, sebagai pembangkang akan menolak dengan sebulat suara bahawa Wawasan 2020 : AKAN tercapai berdasarkan hujah-hujah yang telah ditempa menjadi lontaran idea yang bernas! 
Cewahhh~ Ayat pidato dulu kala.. hihihi
Ashraf , Balqis , dan Wasidah wakil kompeni Bravo berjaya menumpaskan kompeni Delta dari pihak kerajaan untuk bertemu kompeni Charlie pada FINAL nanti.
Tapi, time final, saya dan Wasidah bersepakat untuk mengundur diri dan memberi peluang kepada 2 orang jejaka bravo yang lain iaitu Faiz dan Shafiq untuk berganding bahu dengan Ashraf. 
Usul yang dibawa pada pusingan final adalah, "Masa Depan Perpaduan : di tangan Remaja"
Kali ni, Bravo sebagai pihak Kerajaan sekali lagi berjaya menumpaskan kompeni Charlie. 
Alhamdulillah ^_^


Blood Donation Day!!

Weee~ Mau.mau.mau.
Time cuti CNY(Chinese New Year) .. ada tanya umi..
umi cakap, "Dermalah. Tapi kena cek dulu tue.. dila layak ka nda untuk menderma." Okkayy!!
The days come.. without surat kebenaran, hanya melalui kebenaran lisan.. =)
JL cakap, "Siapa yang menderma hari ni, dapat hadiah istimewa.. Kamu boleh dapat handfon awal."
Jyeahh!!! Dapat hanfon awal, >.< Excited!
tapi.tapi.tapi..... Saya perasan sesuatu..
Lengan baju dibuka, Doktor lelaki yang urus pelatih. JENG3...
CANCEL automatically!
Biarlaaa. Hanfon dapat lambat pun, I DON'T CARE. Hmpph! :/
Apa yang penting? Aurat terjaga. hee :D

 Muka-muka yang melakukan amalan mulia =)

Khidmat Komuniti 

8 Mac, Khidmat Komuniti di kampong seberang dengan kem. haha
Senam tari 1Malaysia, Gotong royong bersihkan kawasan balai raya and padang.. Banyak permainan, tapi.. saya hanya sekadar tukang sorak. hihi




Kawad Kaki

11 Mac, Pertandingan kawad kaki.
Saya tukang koman. Erk! Flashback kenangan time jadi koman untuk KRS putri last year.. hihi
Some of non muslim wore tudung. Chumil :3 Although Bravo nda menang, .. Berlatih bersama kompeni, berusaha bersama-sama.. kenangan pahit manis itu yang akan selalu dalam ingatan.. :')




Biru vs Hijau..
haha..
Kenangan. kenangan...

"Pelatih wirawati terbaik Kem PLKN Tanaki, Tambunan, Kumpulan 1, siri 11/2014 ialah, 
wirawati Balqis Nabilah Hadi Bt Haidon Hadi. 
Prinsip hidup : Langkah pertama merupakan permulaan bagi suatu kejayaan."

Seriously, I'm shocked. I'm the chosen one? 
As I told you earlier.. Lupaa suda?
"For your information, selepas saya menjejakkan kaki masuk ke dalam kem Tanaki.. saya tanam satu azam dalam diri; I want to be an ordinary trainee. Pelatih biasa yang langsung tidak dipandang."
Alhamdulillah.. Praise to Allah. Hadza min fadhli Rabbi. ^^

That's all, hee =D

There's a lot more activitiesssssssssssss. *Hambekk ko! panjang huruf 's'.. hihi
Mana boleh share semua... nanti yang BAKAL menjadi pelatih PLKN tu nda surprise.. hihi
Just enjoy it. I swear, you'll never regret to enter PLKN. It was really exciting!! LOVE IT SO MUCH.
To those yang dapat di Kem PLKN Tanaki, Tambunan.. Beruntunglah kamu..
Cuaca sejuk, nyaman.. Kawasan yang berbukit yang agak mencabar.. and now, Berat badan dah turun, 45kg. Tapi.. time cuti ni asyik-asyik makan, without PT pagi, kawad kaki, nda payah naik turun bukit hanya untuk 2 biji kuih.. KOMFEM!! Berat naiklah balik..
Hmm.. Rinduuuuuuuu~ sangat!!
Apa yang penting, Pergi dengan paksaan, pulang dengan tangisan.

Smile. ^^
Someone told me before..
"FOR THE ENDLESS FRIENDSHIP. Indeed, we will meet again one day. Trust me, if not in this world, thus in the here after. Fi Hifzillah." :')
In shaa Allah, sahabat till Jannah. Yeahh! 

Friday, March 21, 2014

Memorable day :)

20/03/2014

Assalamu'alaikum wbt =) *batuk. Koff. Koff.
Ehh? Baru mau update blog yang dah usang berhabuk bersarang labah-labah bagai?
Hihi.. Sebenarnya, mau update blog ni dengan cerita PLKN.. Tapi, gambar teda.. Hmm, tengah tunggu rakan-rakan tukang ambil gambar tue meng'upload'kan gambar As Soon As Possible ^_^

Haa.. 20 Mac 2014, apa yang berlaku pada tarikh tersebut?
cececeh.. Rakan seperjuangan SPMers sekalian mesti tau. Hee :D
Hari yang bersejarah kepada kami yang bergelar LEPASAN SPM ni.. Macam2 perasaan bercampur baur. Derr, seram sejuk, berdebar jantung macam mau tercabut! hihihi
Takut. Takut. Takut. :/
Nasihat abah : "Hadapilah dengan senyuman. Dila nda boleh buat apa-apa sudah, memang hari ni dila akan dapat keputusan. Terima jak dengan hati terbuka." Tsk. Tsk. Okkkaaayy!

Awal-awal pagi lagi abah bawa p pasar.. beli ikan :)
Beli ikan? ehh?? For what?
Duuuuulu~ pernah janji dengan kawan, sewaktu ambil result nanti, I'll cook curry fish for you :D
Sudah berjanji kan? So, nda boleh mungkir janji..

tadaa~ :D
Ntah sedap ka nda.. Percubaan kali pertama ni!! 
Hope the person will like it.. ;)

Grr.. Belum lagi sampai sekolah, sudah dapat tau result.. aduii -,-
Abah dapat info dari PK1, men buyukkk!! Alaaaa... 
Saya luahkan segala ke-tidak-puas-hati-an dengan abah..
- 6A 5B jak? Eeee.. nda capai target, pengetua mau 7A ke atas.. 
- 4B+? Napa nda alang-alang A-?? 
bla bla bla bla bla bla.............

Dengan tenang abah cakap, 
"Sudah itu jak yang dila mampu. Terima jaklah.. Dila sudah usaha sebaik mungkin. Yang melekat A dan B jak kan? Oklah bah tu, asalkan teda yang gagal. Mungkin Allah tangguhkan dulu kejayaan untuk dila, mungkin nanti di universiti dapat result yang lebih cemerlang?"

Terdiam. 
Astaghfirullahal'azim..
Alhamdulillah. Syukur. Redha.

Sampai sekolah, I'm not nervous anymore. I meet my teachers, and juniors, all of them wish me, CONGRATULATION!! Nahh, result ndalah Havoc mana pun. But, my parents and teachers still proud of me. 

Lupa seketika para junior-junior sekalian *ehh.. kalau cigu BM baca, kompem tak pass! telah pun menginjak dewasa..
Mereka bersalaman sambil bertanya, "Kakak masih ingat kami?"
- OFCOURSE DEAR :')
"Kamu form 3 kan?" dengan muka yang innocent bertanya.
"Ehh.. kak, kami form 4 sudah."

Erk! HAHA :D 
Asif jiddan, muka kamu still baby face bhaaa. macam kanak-kanak ribena, hee :D

Bergerak p bilik mesyuarat, tempat semua form 5 2013 dikumpulkan.. 
Uwaaa~!! Rindunya yang teramat sangat extravaganza pada kalian :')
Tahniah buat sahabat-sahabat, rakan seperjuanganku yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kepada Nurul Adilah yang berjaya merangkul 11 pingat A, Fatin Amanina mendapat 10A, Dayang Moharina pula memperolehi 9A, Congratss!! Kamu telah berjaya memecahkan tembok 7A.. :D
Buat yang tidak seberapa mantap keputusannya, La tahzan, Innallaha ma'ana.
Jangan bersedih. SPM bukan penentuan segala-galanya. Perjalanan kita masih jauh beribu bahkan berjuta, berbillion-trillion batu lagi untuk kita tempuhi.. 

See? 


Tercalon juga dalam top 10 pelajar cemerlang 
SMKA Tun Datu Mustapha. =)

Alhamdulillah, kejayaan ıni kurniaan Allah.
Don't regret with what we get. Don't give up, stay strong, and keep moving on 
Pinjam beberapa kata2 yang membangkitkan semangat, 
"SPM bukan penentuan segalanya, tapi Di sinilah titik permulaan untuk sesuatu kehidupan" 
"Kita bukan mengejar A, tapi kita mengejar Ilmu" 
Walaupun tidak seberapa, 6A 5B sahaja, namun tetap bersyukur dengan hati yang redha. 
Mungkin kejayaan itu Allah tidak memberikan sekaligus, ditangguhkan dahulu, sabarlah duhai hati, Husnudzon please? Thanks to teachers who were teaching me, friends who were supporting me when I was down, and parents who always give me motivation to be strong and Thanks to Allah for giving me this chance; still breathing and alive. Alhamdulillah 


Ini pula petikan kata-kata dari Aiman Azlan yang pernah memperolehi Straight A1 waktu SPM 2007.

Cemerlang SPM tidak menentukan cemerlang universiti. Tidak cemerlang SPM tidak menentukan tidak cemerlang universiti. 

Cemerlang atas kertas pun tiada maknanya jika tidak cemerlang agama dan akhlaq, dan jika tidak memberi manfaat kepada masyarakat. 

Amik result SPM, syukuri apa yang anda dapat, dan move on. Honestly, cemerlang atau tidak, result tu tidak ada maknanya in a few years. 

Jangan kita bangga sangat dengan kecemerlangan yang lalu. Fokus kepada hari ini. Adakah anda cemerlang hari ini? 

Kerana hari ini masih lagi dalam kawalan anda. 

All the best SPM leavers!


Senyum sikit, ngee :D

Sekarang, alahai.. kena pikir mau sambung mana pula..
Can I let my mind to have a rest for a while? 

Tahniah kepada rakan-rakan PLKN yang turut mendapat keputusan yang tip-top! Cayalaaa!
Dirimu tidak pernah dilupakan walau sedetik pun. *cewahhhh ayat :p Bajet.. hihi


Alhamdulillah. 
Rezeki kena belanja KFC. ^_^


Akhirulkalam,
Ukhwah fillah Abadan Abada? *senyum* InsyaAllah.
Semoga persahabatan kita kekal. Jyeahh! =D