Friday, November 21, 2014

Precious Experience

Assalamu'alaikum wbt..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!

Allah, lama sudah tidak update blog ni.. tersangat-sangat lama dibiarkan usang, berkarat dan berdebu. Hasrat hati mau menaip entri baru itu sentiasa ada, tapi ada jak halangan. Hmm.. La baksa, anggaplah ini sebagai entri terbaru untuk tahun yang baru.

Ehh? Tahun baru? Still 2014 kot.
Ehem.. Kan kita dah masuk tahun 1436 H ? hehe

Baiklah, straight to the main topic.
Bismillah..

Precious experience? Mende yang berharga sangat tu??


Alhamdulillah, saya jadi salah seorang fasilitator untuk Kem 2-in-1 Tingkatan 4 SMKA Tun Datu Mustapha. Pengalaman yang amat.amat.amat berharga buat diri saya. Dapat jumpa adik2 junior dan saling berkongsi ilmu. Perlu ada give and take dalam situasi sebegini. Kalau kita sahaja ingin mentarbiyah orang, kita pula yang akan dahagakan tarbiyah. Sedikit sebanyak, mereka ada mengajar saya sesuatu perkara yang baru.

Time kawan offerkan tugas menjadi fasilitator untuk pelajar form 4 TDM, I was sooooooo happy and excited. Alhamdulillah, dapat keizinan dari umi and abah. Pastu, sengaja pula tanya budak form 4 ada apa2 aktiviti terdekat and so on.. Seriously, I missed them so badly. Tapi, tak pasti sama ada dorang rindu sama kaka senior yang garang ni atau nda. Ceh :p

Mula2 tu, I thought kem ni berlangsung di Hutan Lipur Kawang(HLK). Terdetik dalam hati, oh..ok, tempat wajib bagi tdm.. Apa2 kem mesti di HLK. Then, risau sudah.. Kalau pelajar tinggal dalam khemah, fasi tinggal di mana? Maybe di astaka. Husnudzon jaklah. Haha

Kenangan time form 3 dulu ..
Bila contact dengan cigu Asnimah.. Rupanya bukan di HLK, tapi di Masindung Resort. Baru dibuka, beratap biru, di siring jalan.. Ok, tahu sudah. Haha.. Kalau dulu time otw balik Keningau selalu nampak tempat program ni masih dalam pembinaan. Ohyeah! Tempat baru, suasana baru.


Sampai di tempat program around 9 lebih dari Keningau. Then, briefing dengan para fasilitator. Jam 10 rombongan dari TDM dah mai dah !! Segan kot, tutup muka guna sweater. Kih3.. Kononnya takmau budak junior nampak. But, cigu Asnimah banyak minta tolong. Maka, daku gagahkan diri berhadapan dengan mereka. Perkataan pertama yang saya dengar, "KAK BALQIS!!" 
Tu diaaa~ Senyum =) Watlek watpis.




Kumpulan yang saya handle, الطالبات شريفات (Pelajar2 Perempuan yang Mulia)
Motto : TERUS DAN MENCUBA.


Mereka ni memang superb! Saya mengaku yang sememangnya saya kenal dengan dorang, tapi hanya sekadar luaran. Alhamdulillah, saya dapat lihat bakat yang mereka tonjolkan dalam diri. Aiseh.. Melalui pelbagai slot LDK, kerjasama antara mereka itu luar biasa. Banyak idea yang mereka curahkan dan kongsi bersama. Dalam slot "Siapakah yang bersalah?", kami mengupaskan isu LGBT yang kini hangat dibicarakan. Kematangan mereka dalam mengupas isu tersebut membuatkan saya terlupa seketika yang mereka ni sebenarnya baru Tingkatan 4 !! Amazing!! 


Feedback dari rakan fasilitator yang lain, ahli kumpulan mereka pun hebat-hebat belaka. Such a good improvement guys! 

Lebih banyak kamu memberi, lebih banyak yang kamu akan terima.

Aktiviti explorace hanya mempunyai 5 checkpoint. Kelima-lima checkpoint menyampaikan modul yang berbeza. Memandangkan saya jaga checkpoint kelima, so.. saya kongsikan modul yang kami sampaikan iaitu berkaitan dengan Niat

Andai kata kita belajar hanya kerana ingin mendapatkan A or pointer yang tinggi, atau pun hanya sekadar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam sijil.. Niat kita telah pun terpesong. Maka, ilmu yang kita perolehi cukup hanya berguna sekadar waktu exam sahaja. Ilmu yang kita perolehi ni, ibarat kita celupkan dua jari kita ke dalam lautan, apabila kita mengangkat kedua-dua jari tersebut, air yang ada pada jari kita itulah ukuran ilmu yang kita miliki.. Walhal ilmu Allah terbentang luas seluas lautan. Maka, perbaiki niat. Kita mempelajari ilmu kerana apa? Untuk mencapai redha Allah. Tiada guna kita mendapat keputusan yang cemerlang tapi tidak mendapat redhaNya. Tiada guna kita mendapat keputusan yang cemerlang tapi kita tidak mempraktikkannya. Bayangkan, setelah kita berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang, dan pada saat itulah Allah menarik nyawa kita, ataupun saat itu jugalah berlakunya kiamat.. Adakah keputusan cemerlang kita itu mampu membantu kita kalau ilmu yang kita pelajari hanyalah sekadar teori dan kita tidak amalkan dan mempraktikkan ilmu tersebut? Renungkan lah wahai sahabat :)

3 hari 2 malam bagi kakak, tidak cukup untuk melepaskan rindu dengan kalian. Cewah~
Saling berkongsi pendapat malah ada sesi curahan hati. hoho *gurau ^^
Apa-apa pun masalah yang kamu hadapi, cuba selesaikan dengan sebaik mungkin. Kamu mempunyai misi yang cerah. Teruskan usaha! Make some changes in the future, InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan kalian ;) 

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitu lah sifat manusia. walaupun menjalani program yang sama, tapi dari segi penerimaan itu berbeza-beza. Ambillah yang baik, tinggalkan yang buruk. Kami tidak mengharapkan perubahan 100% atau yang mendadak, 1% sudah memadai. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap tingkah yang mengguris hati dan sanubari para junior sekalian..Walaupun sekejap, tapi ianya tetap pengalaman yang amat bermakna bagi diri ini. That's all. 

Waktu cuti semakin berkurang.
Bakal kembali ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) untuk meneruskan pengajian Semester kedua. 
Doakan supaya saya mendapat keputusan PSPM yang cemerlang. Aamiin~ :D

Adios!
Mohon maaf dan memaafkan.

Sunday, June 29, 2014

Yang dirindui..




Assalamua'alaikum ~
1 Ramadan 1435 H. Alhamdulillah :D

Masih diberi ruang dan peluang untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadan; bulan yang mulia, dijanjikan amal ibadah diberikan pahala berganda. Selamat menunaikan Rukun Islam yang ketiga. =)


 Haipp !! No. No. No.
Kita perlu bersemangat dan BERTENAGA semasa bulan Ramadan.
Para sahabat pada zaman Rasulullah dahulu berperang pada bulan Ramadan tau !!
Istilah PUASA, sinonimnya adalah LEMAH... Itu adalah tanggapan yang SALAH!
Perbaiki semula niat sahabat-sahabat ;)


Perbanyakkanlah ibadah, moga istiqamah walaupun bulan ramadan dah berakhir nanti :)


Andai dapat khatamkan Al-Quran sepanjang bulan ramadan, Alhamdulillah. :D
Tapi baca biarlah dengan penuh penghayatan, hayati maksud setiap ayat yang dibaca.
Walaupun anda berjaya mengkhatamkan al-Quran, tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya, maka perbuatan itu hanyalah sia-sia. Bacalah dengan tartil, sebutan tajwid yang betul. Bukannya dengan tergopoh-gapah , main redah jak hanya kerana ingin menghabiskan bacaan Al-Quran.
Get it? :)
Plan For Ramadan
  • Plan, not to finish the Quran in 30 days.. But to understand what you read.
  • Plan, not to attend sumptuous grand iftar parties.. But to attend more prayers in masjid.
  • Plan, not to rest all day since you are on fasting.. But to carry on every activity that you otherwise would, with a smile on your face.
  • Plan, not to show the nonmuslims how 'weak' you get during Ramadan.. But to show them how 'strong' your faith in Allah.
  • Plan, not to eat too much untill your stomach full at iftar.. But to share your food with your neighbours and poor as well.
  • Plan, not just to give charity.. Bu to give charity secretly without anyone knowledge. It has a better reward than showing off.
  • Plan, not only to be a good muslim in Ramadan.. But to continue it thru the other months too.
  • Plan, not only for this Ramadan.. But for your life in the hereafter.

Apa cer sekarang?
Agak lama tidak update blog.... Pheww..
So far, ok jak. Masih boleh adapt kehidupan di Kolej Matrikulasi Labuan. Serious talk, memang banyak bergerak, maintain kuyussss >.< Sedaya upaya mencuba untuk mengurangkan perbelanjaan makan. Jimat. hihi XD Walaupun agak pack jadual, banyak tutorial, lab report, dll ..  Kelas dirombak dan jadual berubah. Alhamdulillah, kelas kami kekal tidak berubah hanya jadual yang diubah ;) *wink.wink


Kawan-kawan yang lain ada yang balik rumah, bersahur bersama keluarga, bersungkai di KML. hihi
Saya? ouh.. Keningau itu jauh.. cuti 3 hari rasanya tidak berbaloi hanya untuk pulang dan bersahur together with family. Nanti time cuti raya baru balik rumah :)
So.. sekarang ni saya follow cik Habibah Tamrin, orang Labuan.. Join bersahur with her family ^_^
Terfikir-fikir juga macamana mau sahur d KML.. No more dewan makan.. huu~ Berdikari. Berdikari.

Urgh!! =.=

17 Jun lepas, was my birthday. Officially 18 tahun sudah okehh !! Hee
Thanks for all the wishes. Terima kasih. =D 

Baju pepel bertudung hitam, pemilik nama Nurul Adilah Mahadi chow2 sudah dari bumi KML. Chaiyo! Chaiyo! Teruskan langkah untuk mengejar impian agar menjadi kenyataan, IR Adilah. ;)

Ini dua orang PDT, Nurul Asyiqin Mustapha dan yang berspek mata itu Ummi Syahdeena Izzati Saidi. But.. Ekin dapat KTC, Kimanis Training Centre.. Maka, tinggallah Ummi keseorangan sebagai pelajar PDT.. Ekin keluar time second-intake pelajar KML, pertambahan 4 lagi orang pelajar ex-TDM; Habibah, Noor Hafidah, Fauzi Abd. Noor, dan Abu Usamah.

Memang banyak sangat.sangat mau di-update ni. Tapi, masa. masa. MASA!!!

InsyaAllah, nanti jumpa lagi di waktu yang lain ;) Terima kasih kerana sudi pinjamkan mata anda. Selamat menjalani ibadah puasa. Tatkala Syaitan dibelenggu, jangan jadikan diri anda sebagai penggantinya. Maafkan salah dan silap andai ada salah silap diri ini.

Mohan maaf dan memaafkan. Senyum ;)

Saturday, May 17, 2014

Segalanya bermula di sini

Assalamualaikum =) 

Rasanya belum terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan  para guru yang telah mendidik diriku semenjak kecil sehinggalah kini.. Jasamu berbillion, zillion, trillion bahkan infiniti !! Ia tidak mampu diungkapkan betapa besarnya jasa seorang guru. Ibu bapa adalah guru kita di rumah, cikgu pula guru kita di sekolah, dan para jurulatih merupakan guruku sewaktu di PLKN Tanaki.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik =D

Baiklah.

  


Alhamdulillah, 10 Mei yang lalu telah pun keluar result UPU; Keputusan yang selama ini ditunggu-tunggu setelah sekian lama *ayat poyo :p oleh warga 96 Generation ..

Ada yang berjaya mendapat tawaran ada yang tidak .
Kepada yang tidak berjaya, teruskan berikhtiar mungkin dengan cara membuat e-rayuan ?

Kepada yang berjaya mendapat tawaran program pengajian yang sememangnya diminati dan amat sebati dalam jiwa raga, TAHNIAH diucapkan . Namun ada sesetengah pihak yang apabila mendapat keputusan UPU, mindanya direct berkata, "Baiklah, matrik memanggil." ataupun "Baiklah, terus kekal menjadi pelajar pra-u."

Situasi sebelum keluarnya keputusan UPU, para 96 Generation berada dalam dilema.
Mungkin mereka tersepit antara Matrikulasi, Pra-U, ataupun IPG .

Saya .. turut terlibat sama. Dilema mencengkam jiwa. Feeling.

Sepenuh hatinya mengharap bebeno mendapat bidang pergigian sama ada Asasi di UIA ataupun Tamhidi di USIM . At the end, dua-dua pun nda dapat . Heh

Sebelum keluarnya keputusan UPU, saya sempat bergurau dengan seorang sahabat,


"Seandainya saya mendapat Pengajian Islam (Dakwah) di UNISZA, mungkin impian dan harapan yang selama ini saya bina ingin menjadi seorang doktor gigi akan hancur musnah sekelip mata. Namun, saya tetap akan mendapat gelaran 'Doktor'. "

Sahabat saya pelik, "Maksud?"

Saya menguraikan kekusutan di mindanya dengan memberikan jawapan,
"Meskipun saya tidak mampu menjadi seorang doktor gigi, saya tetap akan menjadi seorang doktor. Doktor apa? ... Doktor pengubat hati Ummah... "

Apabila keputusan UPU keluar..
Alangkah terkejutnya saya apabila gurauan itu menjadi kenyataan.

Tapi.. Entahlah..
Mungkin hati saya masih membara semangat berkobar-kobar ingin menjadi seorang doktor gigi.
Kenapa ? Err .. Saya pun tidak tahu. Tak mampu berikan jawapan yang pasti.
Saya kurang yakin dengan diri adakah mampu mengangkat pelajaran sains... Sudahlah pengajian di tahap yang lebih tinggi menggunakan Bahasa Inggeris. Walhal semasa di sekolah menengah dahulu, mulai dari tingkatan 4 kami sudah mulai menjalani PNP dalam Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sains dan Matematik .

Dan akhirnya, saya telah membuat keputusan di mana selama ini saya menafikan kewujudannya kerana terlalu ingin menunggu ketibaan UPU, iaitu dengan memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dalam bidang Sains.

Dalam entri sebelum ini, saya menyatakan harapan dan angan-angan apabila menjejakkan kaki di KML .. Boleh bertemu semula dengan kawan satu sekolah, kawan PLKN, kawan yang sekian lama terpisah.. aiseh.. Dan kini, ia akan menjadi satu kenyataan.


Benarlah, kita merancang, Allah jua merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.
He know the best for us .

Macam kes PLKN lah, dulu saya memang tak teringin or tak pernah terlintas dalam fikiran pun nak masuk PLKN. Memang berharap sangat-sangat agar tidak terpilih masuk PLKN sebab dimomokkan dengan pelbagai cerita negatif tentang PLKN . Akhirnya? Hehe.. PLKN  was so exciting!! I love those memories and moments there. How I wish I can turn back time and go back to the past. XD

Plot cerita semakin menarik .. *ehh? takdelah.. gurau. teehee =)

 
 
Nak dipendekkan menjadi ringkasan cerita..
Apabila selesai sahaja pendaftaran online...
Weeee~ Fuhh. Happy sangat. Sangat... Dapat penempatan bilik paling 'rendah' ..
Tapi, lets positif thinking laa, bergerak banyak, makan pun boleh banyak-banyak lah kan? hihihi 



 


 Baiklah, matrik . I'm ready. Insya-Allah .
Teringat pesan seorang rakan,
"Ingat, Matrik bukan macam TDM.. Perlu usaha lebih, jangan malas-malas."

Jyeahh ! Sokong =)


 

Mohon doa kalian. Semoga segalanya dipermudahkan.
Maafkan saya andai ada tersilap kata dalam penulisan penaipan kali ini.


Senyum =)