Friday, December 13, 2013

A tons of memory

Assalamu'alaikum wbt :)
 
Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita nyawa hari ini. Syukur2.. ^_^
 
 Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku
 
 
Haa... mau tanya sikitt, sepa ada tengok Rancangan mimbar Pencetus Ummah?
Hee :D  just asking.. Best kan?
sepa2 yang belum pernah tengok tu, .. Jangan risau.. Dun wori,,..
Nanti ada juga siaran ulangan di Astro Oasis..
Isnin - Rabu ada Serambi Pencetus Ummah, tentang persediaan mereka untuk membentangkan tazkirah berdasarkan tajuk yang diberi..
Kalau mau tengok siaran langsung, pada hari Khamis, jam 9.00 malam di Astro Oasis..
In shaa Allah anda akan perolehi manfaat.. mungkin tidak banyak, asalkan ada, walaupun sedikit ^_^
Saya kagum dengan semua Peserta PU ni,, ayat Quran dan Hadis smooth jak keluar dari mulut dorang.. Lembut jak lidah dorang mengalunkan bacaan suci Al-Quran dan hadis..
Subhanallah~ Tabikk!! ;)
Minggu lepas dorang kena bagi tajuk tazkirah berdasarkan lagu..
Minggu nih pula berdasarkan Filem.. Alhamdulillah,, best2.. hhe :D

"Wanita memang lumrahnya suka akan perhiasan.. berhias itu dibenarkan asal tidak tabarujj dan hanya berhias apabila bersama dengan suami."-Ust Kazim Elias

"Dakwah itu hanya menyentuh, bukan menyinggung hati dan merendahkan orang lain."- Ustazah Rubiah
 

 A tons of memory
 
 
Orait.. direct terus untuk tajuk entri kali ini..
Satu tan dengan memori? hihihi
Rasanya.. lebih dari 1 tan memori kalau dikumpulkan.. :')
 
Alhamdulillah, I'd ended my SPM examination on 3 Disember, last Paper was Arab..
Kami ada set jam loceng, tepat2 jam 12.30, .. KRINGGGGG~!!
hihi.. rasa macam.. nda percaya jak.. It was UNBELIEVABLE!!! 0.o
Heyy! Saya ni dah habis SPM? Saya ni budak lepasan SPM? Saya bukan lagi budak sekolah menengah? Saya nda payah pakai uniform sekolah lagi? Saya.. and.. saya.. blablabla~
Excited? Delighted? heh. YES, but in the same time.. SEDIH pisah dengan kawan2.. :'(
It's a common things happen to a teenage girl just like ME , hihihi ^^


And now, I just need to wait for the result been announced on March 2014.
pehhh!! Gementar kot. Perasaan gemuruh tue macam timbul everytime when I think about my result.. Ntah ok ka tidak.. Just hope for the best..
Like I had said before : "Do the best, let Allah do the rest. What you need to do is just PRAY"
In shaa Allah, I'll achieve a flying colours result and become a Dentist.. Aameen Ya Rabb ! ;)
Batch 96 TDM will achieve at least 7A and above, biiznillah. Yes, we can! ^_^





Lupa mau bagitau...
Lepas kami dah habis exam kan.. malam tu.. we had a small dinner for the last time together at Borneo Paradise.. Malam tue lah last kami bersama, last kami naik bas TDM beramai2.. huhu



 
silau~
 
Jamuan Majlis Perpisahan Pelajar Ting.5 2013
sedihnyaaa~

Huruf nih dah bertukar tuan..
Huruf 'B' dengan saya, Huruf 'Q' dengan Habibah ^_^
Miss u so~ much.much.much.. :')


Kata orang,.. Kenangan bersama kawan-kawan time sekolah menengah akan meninggalkan kenangan yang amat mendalam dalam diri seseorang. Betulkah tue?
Deep in my heart, I agree with it. u_u
Every second, minute, hour, day, week, month, year and every MOMENT with them..
I'll remember it forever.. Dalam banyak2 kenangan yang tersemat dalam ingatan,..
ofcourse akan terselit perkara suka dan duka..
Tapi, perkara yang pahit akan menjadi manis apabila masing2 mengucapkan perkataan MAAF..
A simple word, SORRY, pun boleh men'cayaQ'kan kemarahan dan kebencian tau!!

When saying about, "Last sudah kita sama2 ni.."
Rasa.. sebak dan pilu.. haiyuu -,- emosional betoii laa~
Sana laa tue kami mula snap2 banyak gambar.. hihi
terus.. sanalah banyak buat perkara yang sowt2 menghilangkan bosan.. hehe
menari jamilah<tarian dia macam senaman panaskan badan jak>, terjun kolah<ooh, aktiviti digemari.. berenang ramai2 macam di swimming pool, hihi>, ada lagi satu aktiviti yang nda dapat dilaksanakan dengan jayanya... iaitu, menarik ekor monyet.. hihiihih
And we were also had a Jungle tracking .. ehh? Jungle tracking laa sgt.. hoho
Kami naik pgey bangunan atas.. pehh! Hutan belantara sudah jadinyaa...
Padahal.. di sana laa dulu tempat kami belajar, bermain, makan, everything we do it TOGETHER!!
Teruskan, di hujung blok bangunan, bahagian makmal, atau lebih dikenali sebagai Long Pasia, heh, kenapa? sebab.. blok tue merupakan blok yang terletak paaalinggg hujung di pelosok bumi TDM ni.. hihih, di situ ada batu besar.. Haa.. Dan di sanalah tempat kami lepak time hujung minggu... Di sana, boleh nampak Gunung Kinabalu..
Every weekend, sudah menjadi lumrah bagi kami stay2 dulu sekejaapp di surau after Subuh, berguling2 sana sini.. hoho
pas tue, jam 6.30, asalkan sebelum jam 7 pagi.. haa, barulah kami bersiap2 pgey dewan makan.. Alasan nda mau awal p makan, sebab... malas mau berbaris panjang.. hihi ^_^
Terus, tante pun marah kalau kami lambat.. tapi kami akan buat muka dua pusen :D hehe
Tapi... yalah.. itu semua hanya tinggal kenangan..
Jauh kau pergi meninggalkan diriku~ Aatch..! hihi


haa.. bangunan yang tinggal tue, blok pentadbiran.. alaa, sebaris dengan bilik kuliah, bilik UBK, bilik guru dll.. Nampak marmar hijau tue? itu lah bekas tapak pusat sumber..

ok, gambar nih pula kami sedang menuju ke makmal paling belakang tuh.. dah jadi hutan rimba kan?
blok kayu , makmal sains dan dewan tertutup roboh dah..


gambar nih tym bulan Mac 2013
gambar nih tym bulan Disember 2013
tangga nih, masih ingat? inilah tangga menuju ke asrama..  :D


Ini pula tapak aspuri dan aspura.. Kosong sekosongnyaaa~
turun bukit..
 <lawa pula posing kami.. satu saff memanjang ^_^>
 
 

 Ini dewan tertutup.. Gambar ni saya ambil tym bulan Mac 2013.. Time kami naik baru2 nih (Disember) teda sudah blok kelas a.k.a dewan tertutup..

 
haa... Bas TDM yang tercintaaa~
Koe tunggu kami k? In shaa Allah, ..
tahun depan kami akan naik koe lagi untuk terima anugerah ramai2 di Likas.. ^_^
 
Lepas penat berjalan, it's time to eat~ hhe :D
 
Teman..
Betapa pilunya hati, menghadapi perpisahan ini..
Pahit manis perjuangan, telah kita rasa bersama..
Semoga Allah meredhai, Persahabatan dan perpisahan ini..
Teruskan perjuangan.
#Doa Perpisahan-Brothers
 
 Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga..
 meskipun kini kita terpisah demi kasihnya..
Namun cebisan kenangan kita,
 sentiasa bermain di bayangan mata,
detik waktu yang berlalu..
 menjadi memori kau dan aku..
#Cebisan Kenangan-Amar
 
Bukankah hati kita telah lama menyatu?
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi..
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya..
Hapus air mata meski kita akan terpisah..
Selamat jalan teman, tetaplah berjuang,
semoga kita akan bertemu kembali,
kenang masa indah kita,
Sebiru hari ini...
#Sebiru Hari Ini-Edcoustic
 
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini..
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih..
Biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin..
Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir..
Dan aku masih di sini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku..
Dan aku terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali..
#Sahabat-Devotees 
 
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat..
 Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah..
Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya insyaAllah..
#Seiring Sehaluan-UNIC
 
 
Pheww! Penat ouh menaip... <padahal kopi dan pasta jak lirik dari internet, hihi>
List lagu yang amat memberi makna dalam diri.. Tsk.. Tsk.. T_T
Entri Sebelum ini, saya sudah selitkan lagu Bingkisan Rindu-FarEast...

Macam susah betul mau percaya ni.. Kelmarin masih lagi bergelar kanak2 Ribena, masih lagi berada di peringkat setahun jagung.. Erk! hihi,,
Selama 5 tahun bersama, hidup membesar di asrama.. Banyak mendidik erti berdikari dan mengajar kami makna kasih sayang dan di situ jualah kami menyulam ukhuwah..
Sekarang, kami semakin meningkat remaja. Menjadi semakin matang dalam menempuhi cabaran hidup yang melanda. Walaupun ia agak sukar untuk menghadapi kenyataan.. Tapi, kita sebagai hambaNya perlu terima dengan hati yang lapang..
Masa tidak akan berputar kembali, bahkan masa akan terus berjalan tanpa henti.. Sehinggalah, suatu masa nanti, kita semua kembali kepadaNya ..
Kami perlu bersedia untuk menempuh dengan dunia luar yang lebih banyak dugaan ..
Lebih ramai orang yang kami akan jumpa, maka lebih banyaklah ragam yang akan ditemui..
Lepas nih.. teda lah lagi makan free.. hehe :D


PLKN
 

Di saat teman-teman lain sudah mulai mengambil lessen memandu, dan ada juga yang sudah mulai bekerja sambilan.. Ingin berdikari lah katakan, .. Di samping mengisi masa lapang..
Saya pula? Mendapat tawaran untuk mengikut Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan..
Bermula 04 Jan 2014 dan berakhir pada 18 Mac 2014..
Alhamdulillah, saya dapat di Kem Tanaki, Tambunan..
Ouh.. dekat saja dengan Keningau...
Dapat elaun lagi tue~ hihi, sebulan RM150 .. oke laa~
Hoho.. dapat lagi makan free selama 3 bulan.. ^_^
makan free saja yang dipikir.. had0ii~
In shaa Allah, lpas habis PLKN, mau jadi guru sambilan atau tut0r ka..Biiznillah,, hihi
Lepas tue mau ambil lesen memandu.. cewaah~ pegang stereng pun nda berani.. -,-
Sebenarnyaa.. Saya terpilih untuk menyertai Program Kepemimpinan anjuran Yayasan Tun Razak selama 2 minggu tahun depan.. Tapi, apakan daya.. Peserta PLKN digalakkan agar tidak mengikuti program ini kerana anda tidak akan diberikan sebarang pengecualian..
Sedihnyaaa~ Kecewa pun ada jugalah.. Tapi, La Tahzan, Innallaha Ma'assobirin.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi, kan? Ramai senior yang pernah ikut PLKN bagi galakan dan suntikan semangat dengan kata2 motivasi.. ececeh :D

Ehem3, 4 Januari tue tarikh yang sangat special buat  insan istimewa ;)
Dialah kembar saya.. hoho,, pada 4 Januari 2014 genaplah umurnya 20 tahun.. dah tua dah~ :D

 



Ngee :D
Dia seorang yang amat ku kagumi..
 Jarang bertemu, tapi hati terasa dekat ^_^
Fi hifzillah~
May Allah Bless You, kak =)

 
 
 
Akhirulkalam..
Jari den dah penat menari di atas keyboard ni.. hehe
Rindu-rindukanlah diriku, sepanjang hari-harimu~ chewah :D
Semoga kita akan berjumpa lagi, in shaa Allah..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca entri yang panjang berjela-jela ini.
 
Walaupun SPM dah habis, keputusan tak keluar lagi..
So, Doakan saya ya? Juga kawan-kawan saya..
In shaa Allah, kami akan mendapat keputusan yang cemerlang.. Aameen Ya Rabb :)
Semoga ukhuwah kita tidak terhenti sampai sini sahaja..
Ma'assalamah~ Take care. =)


2 comments:

  1. rsa cam mw nangis jaaa bila ingat blikkkk suma niee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa.. betul2.. :')
      btw, anonym0us ni spa?

      Delete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^