Saturday, August 31, 2013

Jangan stress, please?

Assalamualaikum ~ hye !

Welcome September !!

Amboii, tajuk bukan main lagi.. hihihi

Oke. sebelum itu, Selamat Menyambut hari Kemerdekaan. Merdekakan jiwa, akal dan minda, jangan biarkan dirimu dijajah dengan pemikiran serta budaya Barat. ^_^
Sambil.sambil kamu tengah syok menyambut kemerdekaan, jangan lupa doakan saudara kita di Mesir, Syria, Palestin.. Allahuakbar !


Hurmm.. 2 September start suda trial SPM.. kami ada dua kali trial, satu dari SPI, satu lagi dari PPD. Dua2 exam ni clash ! sepatutnya SPI dulu pada, 2/9 - 13/9 .. barulah PPD, 17/9-27/9.
Tapi. Tapi. Tapi... PPD mau kc awal exam.. mau kejar tarikh SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah) .. so, SPI 2/9 - 6/9 subjek BM, BI, MathMode, Sejarah.. 2 minggu seterusnya exam PPD. minggu ke-4 bulan September smbung balik exam dari SPI.. <fening.fening>
whole month diisi dengan exam sahaja. Rindulah cigu2 dengan kami ni.. hihi

Laa.. nda kan lah pasal trial ni jak stress?

No.no.no.

Sebenarnya, itu baru mukadimah. Seperti yang anda maklum, nda lama lagi SPM, minggu depan saya start exam. Tapi, saya masih lagi menyandang jawatan sebagai ketua pelajar ! Itu satu amanah yang amat berat. Tahun lepas, bulan Julai saya telah mulai memegang amanah ini. Tahun ni? entahlah.. 

Rasanya tahun ni kemarahan itu agak surut sedikit berbanding sebelum.sebelum ni.. Sampai ada junior bagi, urm, nasihat? "Kak Balqis, kaka tak boleh ke jadi tegas? Ramai dah pelajar tak ikut peraturan. kenapa kaka diam je? Kaka terlampau berlembut bha. Tue yang dorang nda takut."

"Orang kuat bukanlah orang yang menang berlawan, tetapi yang disebut orang kuat adalah orang yang boleh mengendalikan dirinya pada saat marah." [HR Bukhari & Muslim]

Saya bukanlah suka marah.marah.. pengawas lain kalau nda diarah, nda lah dorang mau bergerak, macam pahat dengan penukul. mau kena tukul dulu barulah berjalan.. Kadang.kadang.. itu punca yang menyebabkan saya stress. nda cukup dengan itu, ada lagi budak.budak<ngeh3.. Form 5 pula saya ni> nda paham bahasa Melayu mungkin.. since awal tahun bagitahu, NO SELUAR CEKAK/seluar fit. And YES, you need to wear SOCKS to cover your leg, I mean your feet. It is also a part of aurat actually. well, faham2 lah sendiri anda berada di mana, kan? SMK Agama. Bukanlah bermakna budak sekolah agama jak perlu tutup aurat dengan sempurna. Tapi, kedegilan umat manusia akhir zaman. Astaghfirullahala'zim.. nda patut. nda patut. :( 

Ada seorang kawan saya, seorang pengawas, mungkin dia pun terlampau geram, over limit sudah had kesabaran dia. So, dia tegur, guna volume suara yang high supaya mereka.mereka itu dapat mendengar dengan jelas. "Kenapa bha kamu mau juga kasi tayang aurat kamu dengan putera? Hilang sudah maruah kamu? mahu bagi free show dengan putera?" Dan saya bagi sedikit penambahan, "..bagi secondhand dengan suami kamu?"
Terdiam.

Tutup aurat bukan kerana peraturan jak, tapi perlulah niat Lillah Ta'ala. Semoga istiqamah mengikut syariat Islam. :) Lagipun, kita hanya menumpang di bumi Allah, oleh itu kita perlulah mengikat perintah-Nya. :D

Saya mau jaga hubungan dengan Allah, juga hubungan sesama manusia. Habluminallah, habluminannas.. kadang kala terlalu mengikut emosi, sehingga melepaskan amarah dalam keadaan diri yang tidak terkawal.. Tetapi, mulut tetap dijaga. Walau keluar bertubi-tubi peluru amarah, saya tidak mengeluarkan kata nista. Semuanya berunsur nasihat. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang ^_^  Maafkan saya. :'(




Haa.. One more thing. Perkara ni pun menjadi salah satu punca saya menjadi agak tertekan.
PLKN ? Hadoiii~

Nda pernah terlintas di fikiran, atau wujud dalam kamus hidup saya. Tapi sekarang, saya perlu redha.. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Ramai yang gitau, it's something FUN! I hope so. Pergi dengan terpaksa, pulang dengan tangisan. In shaa Allah. Belum cuba belum tahu, kan?

 
 
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Semoga esok lebih baik dari hari ini. ;)

Balqis Nabilah Hadi bt Haidon Hadi,
You can do it ! Fight for SPM. BittaufiQ wannajah :D
Ada orang pesan,
"kak Balqis jangan banyak ketawa tau. Kurang-kurangkan ketawa. Takut nanti time SPM, kaka menangis jak."
Erk! Alright. In Shaa Allah. Lagipun, banyak ketawa ni akan menghilangkan ilmu. hihi..yaka?
Ketawa banyak akan menyebabkan hati kita mati. Astaghfirullah..

Ukhwah fillah :)

No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^