Saturday, July 13, 2013

Kau yang ku Rindu

 

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

 "Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna
- Harapan Ramadhan by Manbai ft Raihan

4 Ramadhan 1434H
Alhamdulillah Allah memberikan kesempatan kepada diriku untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.. Alhamdulillah, masih bernyawa.. ^_^

YA! Saya rindu sangat.sangat. dengan RAMADHAN. Sudahlah setahun sekali jak dapat bertemu dengan Ramadhan... huu ~ u_u
 
Haa.. sini saya ada something mau share..
 
10 kesalahan paling Hit ketika Ramadhan.
  • Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
  • Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.  
  • Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.
  •  Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!
  •  Membazar hingga membazir.
- lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.
  • Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal
  • Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!
  • Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending , sebab tak solat. Ayoyo!
  • Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.
  • Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
 
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa . ⭐
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!

BAYANGKAN ..
Tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita..

Berapa ramai yg meninggal dunia sebelum sempat bertemu dengan Ramadhan tahun ini, adakah Ramadhan mereka pada tahun lalu adalah yang terbaik bagi diri mereka?

Bersama2 muhasabah diri, ..
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas, In Shaa Allah. ^^
#mengingati MATI itu sunat ;)
 
ustazah saya pesan :
Al-Quran ibarat kekasih hati yang kuat merajuk,
sehari kamu tak baca Quran, payah lidah nak sebut..
 
Di sini, saya pula mau tinggalkan pesanan, ;)
  • JOM KHATAM AL-QURAN . ^_^
 
Memaafkan dan memohon maaf itu indah.
Maafkan saya jika ada silap dan salah, terkasar bahasa, atau terguris hati anda ketika membaca entri saya ini.
Asif jiddan.