Saturday, May 18, 2013

Sabar dan Syukur




Sabar ...
setiap manusia boleh bersabar, tapi bila sudah sampai satu tahap.. BOOM!!

Begitu juga seperti saya..
Salahkah saya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi?
Kenapa harus membenci kepada kebenaran?
Akhir zaman, akhir zaman. Perangai manusia menjadi semakin pelik.
Selalu diberi peringatan, kenapa tak pernah mengambil pengajaran?
Orang tegur demi kebaikan, tapi dipandang serong pula.

Kehidupan di SMKA, dikelilingi semua pelajar Islam, kadangkala memberikan lebih banyak cabaran. Mereka ini sudah tahu hukum dan kenal aurat mereka dari mana hingga ke mana. Tapi, bab aurat itu jugalah mereka selalu memandang enteng. Stokin dan maksum bagaikan sebati dah dalam diri pelajar muslimah. Tapi, itu jugalah mereka malas mau pakai. Tudung yang dulunya labuh, digunting menjadi tudung 3 segi. Apa bezanya SMKA dengan SMK? Di SMK pun ada juga pelajar yang memakai tudung labuh, dan lebih labuh daripada pelajar SMKA. Tidakkah mereka merasa malu?

Satu lagi, penggunaan telefon bimbit telah diharamkan untuk pelajar di sekolah. Bukan saya yang buat peraturan tu, guru2 pun selalu bagi peringatan, tapi bagai mencurah air ke daun keladi. Bukannya dorang mau dengar. Bila buat spotcek &telefon dorang kena rampas, mulalah membenci dan anti pengawas. Jam 1 pagi, rasanya timing untuk tidur, bukannya berhubby, honey, sayang, cyunk, baby, love u, miss u. Pagi2, lambat bangun Subuh, di kelas mengantuk. Sebab apa? Salah dorang sendiri sebab tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Malaslah saya mau berceloteh panjang sangat.
Saya hanya mampu bersabar dengan semua ini. Ianya hanya ujian yang kecil sahaja. Ini baru kehidupan dalam sekolah. Nanti keluar jumpa dengan masyarakat, lebih banyak ujian yang bakal saya tempuh.

Kadangkala saya rasa kesian dengan orang yang bencikan saya kerana tanggungjawab yang saya jalankan. Kenapa tidak face to face jak dengan saya dan luahkan segala-galanya. Tiada manusia yang sempurna. Saya juga pernah buat kesilapan. Apa salahnya, kamu menegur kesilapan saya? Sekurang-kurangnya saya akan sedar dan cuba memperbaiki diri saya. Sebeum saya menegur orang, saya perlu cerminkan diri saya dulu. Layakkah diri saya untuk menegur orang lain walhal saya sendiri melakukan kesilapan? Saya labuhkan tudung saya kerana saya sedar tudung saya tidaklah selabuh mana. Tapi, hampa. Tudung mereka semakin pendek. Pelik. Saya bukan nak ujub, riak atau meninggikan diri, saya cuma ingin mengubah diri menjadi lebih baik. Ingin bersama-sama mengajak orang lain berubah menjadi baik. Itu sahaja. Saya tidak sempurna, begitu juga dengan anda. Takkan kita perlu tunggu seseorang yang itu menjadi sempurna baru layak menegur dan memberi nasihat sesama manusia ? Kalau begitu, nescaya tidak akan ada orang yang akan berpesan-pesan, saling nasihat-menasihati .

Dalam senarai nama Badan Pengawas, nama saya dipadam. Saya nda marah, jauh sekali kecewa dengan tindakan mereka, bahkan saya sedih dan kesian. Kenapa mereka short minded sangat? Mungkin itu sahaja cara mereka untuk menunjukkan yang mereka bencikan saya. Ndapalah.. Walaupun ada yang membenci, tapi ada juga yang menyayangi dan memberikan sokongan tanpa kita sedari. Sebab itulah kita perlu bersyukur. Alhamdulillah ^^


Jika entri saya kali ini ada menyakitkan hati sesiapa yang membacanya, saya mohon ampun dan maaf. Tidak pernah terlintas dalam hati saya untuk menyakitkan hati manusia. Hubungan dengan Allah dijaga, hubungan sesama manusia pun perlu dijaga juga :) HabluminAllah, Habluminannas ^^

 Minggu depan masih ada 3 paper lagi yang menunggu ---> Biology, Chemistry, Additional Mathematic. Chaiyo.Chaiyo! Bittaufiq Wannajah ^^
Setkan semula di minda, hadir ke sekolah untuk menimba ilmu, belum masanya lagi untuk bercintan cintun. Semoga dengan usaha, doa dan tawakal, saya akan mendapat keputusan SPM yang cemerlang. InsyaAllah Taala. =)




Sekian.
Ukhwah Fillah ^^ 



2 comments:

  1. assalamualaikum .. QisNaDi.. :)
    alhamdulillah.. sabar dan syukur.. tohmahan dari orang.. kita terima dengan aty yang terbukaa.. in shaa allah.. sentiasa dapat muhasabah diri kan :) hee.. stay strong sahabat.. allah bersamamu.. jangan peduli cakap orang.. just jadi diri kita kay ^^ emm.. kita hanya penyeru.. pemberi hidayah hanyalah Allah.. jadi, kita hanya mampu untuk bimbing.. sama ada d terima atau tidak.. ituu semua allah menentukan.. so,, Chill BalQis :) innallaha ma'ana :D semoga d permudahkan urusan.. gud lark SPM !

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam ukhti Fatin Nur Athirah ^^
      InsyaAllah.. syukran Jazzilan, jazakillah khairan kathiran ukhti :)
      la ba'sa, jalan dakwah ini mmg banyak cabaran dan ujian.. kita perlu bersabar, sesungguhnya Allah rindu untuk mndengar luahan hati hambaNya.. Innallaha ma'a assobirin..
      terima kasih sekali lagi ya sohabati.. good luck SPM jugee~ fi hifzillah :)

      Delete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^