Friday, December 13, 2013

A tons of memory

Assalamu'alaikum wbt :)
 
Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita nyawa hari ini. Syukur2.. ^_^
 
 Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku
 
 
Haa... mau tanya sikitt, sepa ada tengok Rancangan mimbar Pencetus Ummah?
Hee :D  just asking.. Best kan?
sepa2 yang belum pernah tengok tu, .. Jangan risau.. Dun wori,,..
Nanti ada juga siaran ulangan di Astro Oasis..
Isnin - Rabu ada Serambi Pencetus Ummah, tentang persediaan mereka untuk membentangkan tazkirah berdasarkan tajuk yang diberi..
Kalau mau tengok siaran langsung, pada hari Khamis, jam 9.00 malam di Astro Oasis..
In shaa Allah anda akan perolehi manfaat.. mungkin tidak banyak, asalkan ada, walaupun sedikit ^_^
Saya kagum dengan semua Peserta PU ni,, ayat Quran dan Hadis smooth jak keluar dari mulut dorang.. Lembut jak lidah dorang mengalunkan bacaan suci Al-Quran dan hadis..
Subhanallah~ Tabikk!! ;)
Minggu lepas dorang kena bagi tajuk tazkirah berdasarkan lagu..
Minggu nih pula berdasarkan Filem.. Alhamdulillah,, best2.. hhe :D

"Wanita memang lumrahnya suka akan perhiasan.. berhias itu dibenarkan asal tidak tabarujj dan hanya berhias apabila bersama dengan suami."-Ust Kazim Elias

"Dakwah itu hanya menyentuh, bukan menyinggung hati dan merendahkan orang lain."- Ustazah Rubiah
 

 A tons of memory
 
 
Orait.. direct terus untuk tajuk entri kali ini..
Satu tan dengan memori? hihihi
Rasanya.. lebih dari 1 tan memori kalau dikumpulkan.. :')
 
Alhamdulillah, I'd ended my SPM examination on 3 Disember, last Paper was Arab..
Kami ada set jam loceng, tepat2 jam 12.30, .. KRINGGGGG~!!
hihi.. rasa macam.. nda percaya jak.. It was UNBELIEVABLE!!! 0.o
Heyy! Saya ni dah habis SPM? Saya ni budak lepasan SPM? Saya bukan lagi budak sekolah menengah? Saya nda payah pakai uniform sekolah lagi? Saya.. and.. saya.. blablabla~
Excited? Delighted? heh. YES, but in the same time.. SEDIH pisah dengan kawan2.. :'(
It's a common things happen to a teenage girl just like ME , hihihi ^^


And now, I just need to wait for the result been announced on March 2014.
pehhh!! Gementar kot. Perasaan gemuruh tue macam timbul everytime when I think about my result.. Ntah ok ka tidak.. Just hope for the best..
Like I had said before : "Do the best, let Allah do the rest. What you need to do is just PRAY"
In shaa Allah, I'll achieve a flying colours result and become a Dentist.. Aameen Ya Rabb ! ;)
Batch 96 TDM will achieve at least 7A and above, biiznillah. Yes, we can! ^_^





Lupa mau bagitau...
Lepas kami dah habis exam kan.. malam tu.. we had a small dinner for the last time together at Borneo Paradise.. Malam tue lah last kami bersama, last kami naik bas TDM beramai2.. huhu



 
silau~
 
Jamuan Majlis Perpisahan Pelajar Ting.5 2013
sedihnyaaa~

Huruf nih dah bertukar tuan..
Huruf 'B' dengan saya, Huruf 'Q' dengan Habibah ^_^
Miss u so~ much.much.much.. :')


Kata orang,.. Kenangan bersama kawan-kawan time sekolah menengah akan meninggalkan kenangan yang amat mendalam dalam diri seseorang. Betulkah tue?
Deep in my heart, I agree with it. u_u
Every second, minute, hour, day, week, month, year and every MOMENT with them..
I'll remember it forever.. Dalam banyak2 kenangan yang tersemat dalam ingatan,..
ofcourse akan terselit perkara suka dan duka..
Tapi, perkara yang pahit akan menjadi manis apabila masing2 mengucapkan perkataan MAAF..
A simple word, SORRY, pun boleh men'cayaQ'kan kemarahan dan kebencian tau!!

When saying about, "Last sudah kita sama2 ni.."
Rasa.. sebak dan pilu.. haiyuu -,- emosional betoii laa~
Sana laa tue kami mula snap2 banyak gambar.. hihi
terus.. sanalah banyak buat perkara yang sowt2 menghilangkan bosan.. hehe
menari jamilah<tarian dia macam senaman panaskan badan jak>, terjun kolah<ooh, aktiviti digemari.. berenang ramai2 macam di swimming pool, hihi>, ada lagi satu aktiviti yang nda dapat dilaksanakan dengan jayanya... iaitu, menarik ekor monyet.. hihiihih
And we were also had a Jungle tracking .. ehh? Jungle tracking laa sgt.. hoho
Kami naik pgey bangunan atas.. pehh! Hutan belantara sudah jadinyaa...
Padahal.. di sana laa dulu tempat kami belajar, bermain, makan, everything we do it TOGETHER!!
Teruskan, di hujung blok bangunan, bahagian makmal, atau lebih dikenali sebagai Long Pasia, heh, kenapa? sebab.. blok tue merupakan blok yang terletak paaalinggg hujung di pelosok bumi TDM ni.. hihih, di situ ada batu besar.. Haa.. Dan di sanalah tempat kami lepak time hujung minggu... Di sana, boleh nampak Gunung Kinabalu..
Every weekend, sudah menjadi lumrah bagi kami stay2 dulu sekejaapp di surau after Subuh, berguling2 sana sini.. hoho
pas tue, jam 6.30, asalkan sebelum jam 7 pagi.. haa, barulah kami bersiap2 pgey dewan makan.. Alasan nda mau awal p makan, sebab... malas mau berbaris panjang.. hihi ^_^
Terus, tante pun marah kalau kami lambat.. tapi kami akan buat muka dua pusen :D hehe
Tapi... yalah.. itu semua hanya tinggal kenangan..
Jauh kau pergi meninggalkan diriku~ Aatch..! hihi


haa.. bangunan yang tinggal tue, blok pentadbiran.. alaa, sebaris dengan bilik kuliah, bilik UBK, bilik guru dll.. Nampak marmar hijau tue? itu lah bekas tapak pusat sumber..

ok, gambar nih pula kami sedang menuju ke makmal paling belakang tuh.. dah jadi hutan rimba kan?
blok kayu , makmal sains dan dewan tertutup roboh dah..


gambar nih tym bulan Mac 2013
gambar nih tym bulan Disember 2013
tangga nih, masih ingat? inilah tangga menuju ke asrama..  :D


Ini pula tapak aspuri dan aspura.. Kosong sekosongnyaaa~
turun bukit..
 <lawa pula posing kami.. satu saff memanjang ^_^>
 
 

 Ini dewan tertutup.. Gambar ni saya ambil tym bulan Mac 2013.. Time kami naik baru2 nih (Disember) teda sudah blok kelas a.k.a dewan tertutup..

 
haa... Bas TDM yang tercintaaa~
Koe tunggu kami k? In shaa Allah, ..
tahun depan kami akan naik koe lagi untuk terima anugerah ramai2 di Likas.. ^_^
 
Lepas penat berjalan, it's time to eat~ hhe :D
 
Teman..
Betapa pilunya hati, menghadapi perpisahan ini..
Pahit manis perjuangan, telah kita rasa bersama..
Semoga Allah meredhai, Persahabatan dan perpisahan ini..
Teruskan perjuangan.
#Doa Perpisahan-Brothers
 
 Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga..
 meskipun kini kita terpisah demi kasihnya..
Namun cebisan kenangan kita,
 sentiasa bermain di bayangan mata,
detik waktu yang berlalu..
 menjadi memori kau dan aku..
#Cebisan Kenangan-Amar
 
Bukankah hati kita telah lama menyatu?
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi..
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya..
Hapus air mata meski kita akan terpisah..
Selamat jalan teman, tetaplah berjuang,
semoga kita akan bertemu kembali,
kenang masa indah kita,
Sebiru hari ini...
#Sebiru Hari Ini-Edcoustic
 
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini..
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih..
Biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin..
Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir..
Dan aku masih di sini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku..
Dan aku terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali..
#Sahabat-Devotees 
 
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat..
 Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah..
Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya insyaAllah..
#Seiring Sehaluan-UNIC
 
 
Pheww! Penat ouh menaip... <padahal kopi dan pasta jak lirik dari internet, hihi>
List lagu yang amat memberi makna dalam diri.. Tsk.. Tsk.. T_T
Entri Sebelum ini, saya sudah selitkan lagu Bingkisan Rindu-FarEast...

Macam susah betul mau percaya ni.. Kelmarin masih lagi bergelar kanak2 Ribena, masih lagi berada di peringkat setahun jagung.. Erk! hihi,,
Selama 5 tahun bersama, hidup membesar di asrama.. Banyak mendidik erti berdikari dan mengajar kami makna kasih sayang dan di situ jualah kami menyulam ukhuwah..
Sekarang, kami semakin meningkat remaja. Menjadi semakin matang dalam menempuhi cabaran hidup yang melanda. Walaupun ia agak sukar untuk menghadapi kenyataan.. Tapi, kita sebagai hambaNya perlu terima dengan hati yang lapang..
Masa tidak akan berputar kembali, bahkan masa akan terus berjalan tanpa henti.. Sehinggalah, suatu masa nanti, kita semua kembali kepadaNya ..
Kami perlu bersedia untuk menempuh dengan dunia luar yang lebih banyak dugaan ..
Lebih ramai orang yang kami akan jumpa, maka lebih banyaklah ragam yang akan ditemui..
Lepas nih.. teda lah lagi makan free.. hehe :D


PLKN
 

Di saat teman-teman lain sudah mulai mengambil lessen memandu, dan ada juga yang sudah mulai bekerja sambilan.. Ingin berdikari lah katakan, .. Di samping mengisi masa lapang..
Saya pula? Mendapat tawaran untuk mengikut Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan..
Bermula 04 Jan 2014 dan berakhir pada 18 Mac 2014..
Alhamdulillah, saya dapat di Kem Tanaki, Tambunan..
Ouh.. dekat saja dengan Keningau...
Dapat elaun lagi tue~ hihi, sebulan RM150 .. oke laa~
Hoho.. dapat lagi makan free selama 3 bulan.. ^_^
makan free saja yang dipikir.. had0ii~
In shaa Allah, lpas habis PLKN, mau jadi guru sambilan atau tut0r ka..Biiznillah,, hihi
Lepas tue mau ambil lesen memandu.. cewaah~ pegang stereng pun nda berani.. -,-
Sebenarnyaa.. Saya terpilih untuk menyertai Program Kepemimpinan anjuran Yayasan Tun Razak selama 2 minggu tahun depan.. Tapi, apakan daya.. Peserta PLKN digalakkan agar tidak mengikuti program ini kerana anda tidak akan diberikan sebarang pengecualian..
Sedihnyaaa~ Kecewa pun ada jugalah.. Tapi, La Tahzan, Innallaha Ma'assobirin.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi, kan? Ramai senior yang pernah ikut PLKN bagi galakan dan suntikan semangat dengan kata2 motivasi.. ececeh :D

Ehem3, 4 Januari tue tarikh yang sangat special buat  insan istimewa ;)
Dialah kembar saya.. hoho,, pada 4 Januari 2014 genaplah umurnya 20 tahun.. dah tua dah~ :D

 



Ngee :D
Dia seorang yang amat ku kagumi..
 Jarang bertemu, tapi hati terasa dekat ^_^
Fi hifzillah~
May Allah Bless You, kak =)

 
 
 
Akhirulkalam..
Jari den dah penat menari di atas keyboard ni.. hehe
Rindu-rindukanlah diriku, sepanjang hari-harimu~ chewah :D
Semoga kita akan berjumpa lagi, in shaa Allah..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca entri yang panjang berjela-jela ini.
 
Walaupun SPM dah habis, keputusan tak keluar lagi..
So, Doakan saya ya? Juga kawan-kawan saya..
In shaa Allah, kami akan mendapat keputusan yang cemerlang.. Aameen Ya Rabb :)
Semoga ukhuwah kita tidak terhenti sampai sini sahaja..
Ma'assalamah~ Take care. =)


Sunday, November 17, 2013

Never turn back, just move on.

Assalamu'alaikum..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar..

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk teruskan hidup sebagai hambaNya di dunia fana ini..first day SPM, 6hb November, ada pelajar SPM yang kembali pada-Nya.. Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun..

BM, BI, PQS, SEJ.. dah lepas..
No need to turn back. Just move forward..
Tapi, tulah.. penyakit pelajar ni, ada perasaan Eager want to know something.. Keinginan untuk mengetahui "betulkah jawapan tadi?" mendorong mereka untuk check jawapan mereka..
Haa.. bila dah tahu jawapan td salah @ betul, mulalah tue rasa frust, tension, and stress..

Umi dan abah selalu pesan, " Nda payah pikir2 yang sudah berlalu.. Fokus untuk paper yang seterusnya."

hurmm.. Tenang lah wahai hati.. Teruskan berdoa pada DIA.
"Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertasku, Lembutkanlah hati pegawai yang terlibat dalam peperiksaan ini, rendahkanlah graf SPM tahun ini, berikanlah daku keputusan yang cemerlang." Ayat sorang cikgu time Mukhayyam Bahasa Arab.

Do the BEST, let Allah do the REST.
Teruskan usaha dengan gigih, buat yang terbaik, tawakal dan berserah pada Allah..

From Julai 2012 till 2 November 2013,
Sekarang? Dah bersara dari jawatan Ketua pelajar. berat tau lepaskan amanah ni. Ingat senang ka? -,-

Budak2 dah balik bercuti.. tinggallah sang senior Form 5 menguasai sekolah..
Sunyi. Sememangnya suasana sebeginilah yang kami inginkan.
But, in the same time.. Rasa rindu pula dengan telatah2 junior yang suka bermain dan bergurau dengan saya.. T_T :')
This year merupakan tahun last sudah bergelar pelajar sekolah menengah, wear school uniform, bersenda gurau dengan kawan2.. Rasa macam baru kelmarin menjejakkan kaki ke sekolah sebagai pelajar form 1. Rinduuuuuuuu. Tersangat rindu. rasa sedih pula mau meninggalkan semua ni.


Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa


Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa



Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu


Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita


Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian


Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu


Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya


Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa


Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu


Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu


I'll miss our momentsssssss together. ^_^
banyak sangat S tue, sebab.. banyak sangat kenangan :'(
Teringat saat.saat kita bersama-sama menimba ilmu tanpa mengenal erti penat dan jemu, demi mencapai kejayaan yang satu. :D ececeh. ayat~
hihi, Amazing betul kita ni. Sanggup contact Era KK kenakan Rozillah utk birthday dia.. Walaupun spoil sebab Rozillah kenal suara c Jay Jay, nda pa bha kan.. Ia tetap kenangan yang happy, indah dan bahagia ^^

Paper yang tinggal, Mathmode(esok) , PSI(Rabu), Addmath(Khamis).
Phys(25/11), Chem(26/11), Bio(27/11), B.Arab (3 Dis)
Go! Go! Chaiyo2!! Bittaufiq Wannajah!

Umi pesan,
"Cool jak, jangan stress.stress." :D

Doakan saya ya? Semoga tenang menghadapi peperiksaan, dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. In Shaa Allah. Allahumma Ameen . ^^

Sekian.


Sunday, September 29, 2013

Exam is Around the Corner

Assalamu'alaikum ~ wink.wink.
39 days left to go ~
TOINK!
Peace! Stay calm & steady bhaa.
Perkampungan Ilmu SPM

Alhamdulillah, baru jak habis Perkampungan Ilmu SPM, bertempat di Arena Belia, Kepayan.
heh. Mula2 tue nda tau di mana lah Arena Belia ni, kena cakap tempat tidur di asrama. alaaa.. asrama juga ka? sana lah imagine mengharapkan sesuatu yang maybe imposible, mau ada aircond kunun.. kuang3
bila junior tanya kami punya program ni di mana, just cakap "kat hotel yang ber'aircond'." hihi
and, GUESS WHAT ? 
betul2 ada aircond bhaaa.. weeee~
tempat kami tue bersebelahan jak dengan 'saudara' iaitu perkuburan Islam, jadi.. pegawai sana tue nasihatkan agar kami ni jagalah volume suara kami ni.. jangan terlampau excited sampai terjerit2 nda ingat dunia.. hee :D

program ni cuma 3 hari jak, rasa macam nda syiok sangat.. belum puas lagi mau menimba ilmu yang lebih mendalam daripada guru. sebab, time nilah waktu untuk kami korek rahsia and tips dari guru2. hihi
SPM candidates 2013, :D

ADDMATH, salah satu subjek killer; bagi saya lah. but, Alhamduillah, saya lulus. ^_^ markah tue, atas pagar jaklah, nyawa2 ikan orang bilang. huhu
hanya 8 orang sahaja yang lulus addmath, termasuk saya ler.. so, cikgu pilih kami seramai 8 orang ni utk jadi guru muda a.k.a mentor kepada kengkawan yang lain.  
sambil2 kita mengajar orang lain, kita dapat juga manfaatnya, bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. <eseh.. sempat lagi masukkan peribahasa. nak ayat gramatis ler tue..hihi>

MATHMODE.
Adakah anda menyukainya?
hihi.. time form 3 tue kira ranking top juga lah kalau matematik ni. tapi bila sudah naik form 4 tue, makin luas pula pembahagian dia. mindset saya terus berubah terhadap Mathmode yang dahulunya pernah menjadi subjek yang sangat dicintai, sampai pernah bercita-cita mahu jadi guru Matematik. <Amboiii~>
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar kawan2 lain, kefahaman saya terhadap mathmode semakin mendalam. Macam jatuh cinta balik dengan subjek ni.. hihihi
cikgu bagikan kepercayaan kepada saya untuk membantu kawan2 lain yang agak lemah dalam subjek ni. dalam kumpulan saya tue ada 5 orang. dorang gelar saya ni 'Umi'.. wahahaha
semasa dalam proses mengajar orang ni, kita perlu bersabar, dan terangkan secara perlahan-lahan. step by step. mungkin soalan tue dia kurang faham dengan cara pengajaran kita. Kita cuba bagi contoh soalan lain. Ajar biarlah ikhlas dan tanamkan dalam hati, kita mahu dia turut bersama-sama mencapai kejayaan! InsyaAllah :D
Memanglah pada mulanya tue, banyak soalan bertubi-tubi macam peluru dorang tanya. dah saya terangkan gini dengan sorang, yang sorang lagi tanya benda yang sama.
Ohh, saya dapat merasakan perasaan seorang guru berhadapan dengan pelajar yang mempunyai pelbagai jenis ragam. Penat.


Menyampaikan ilmu itu ibarat dakwah :D

Hurm?
Betulkan? 
Dalam kita menyampaikan ilmu mengajar orang ain, dalam hati ni berbisik ingin melihat mereka turut sama berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kita kongsikan ilmu dengan mereka supaya mereka mudah faham dan senang untuk menjawab soalan time exam nanti.

Dakwah pula?
Kita menyampaikan sesuatu pengetahuan agama supaya dapat membawa mereka bersama-sama masuk ke Jannah Allah. Sweet, kan? Kita tak mau dorang terus berada dalam lembah kejahilan dan last2 masuk An-Nar. na'uzubillah. Sebagai seorang saudara Islam, kita perlu saling berpesan dan menasihati berkenaan Haq dan Batil. 
Jangan terasa beban memikul amanah ini. 
Kita perlu sentiasa tabah menghadapi segala ujian, kerana itu tanda Allah sayang ;)



Hari tue, kami ada buat perjumpaan dengan junior form 1 & 2. Kawan saya tegur tentang solat. Selalu sangat nampak waktu Asar tue, dorang dah bertenggek di depan pagar asrama mau masuk. Azan pun ntah dengar atau tidak. Bila ajak p surau, dorang buat dek jak pula. 
"Adik2, kamu tahu ka dosa meninggalkan solat Asar itu ibarat kamu meruntuhkan kaabah? bayangkan lah betapa besarnya dosa kamu meninggalkan solat."
Alhamdulillah, selepas kejadian itu, populasi hadir ke surau waktu Asar amat memuaskan. ^_^

"Kami tegur ni untuk bagi peringatan kepada kamu. Jangan kamu anggap, kubur lain-lain, jadi jangan jaga tepi kain orang. Ingat nanti kamu mati kamu masuk sendiri dalam kubur ka? kamu sendiri yang angkat jenazah pergi tanah perkuburan? kamu sendiri yang gali tanah tue? kamu yang mandi, kafankan, solatkan jenazah kamu? Haa.. kepada yang suka melambatkan solat tue, bayangkan bila kamu dah bergelar arwah kelak, nanti Pak imam pula yang sengaja melambatkan solat jenazah untuk kamu."

Terkedu.

Dalam berdakwah ni, kita perlu sentiasa give and take. Kita tak boleh nak kita jak yang betul. Sekali-sekala kita perlu juga mendengar pendapat daripada orang lain. Kita perlu memberikan peluang dan ruang kepada mereka untuk menyuarakan isi hati mereka. At that time, we should be a good listener. Kita tidak boleh menganggap 'we are the best'. Nobody is perfect except His passenger, Muhammad Rasulullah. 


Okay. Let's go back to the main topic.

Exam is Around the Corner

Dub-dab. Dub-dab.
Ginikah bunyi degupan jantung? tetttT! SALAH.
bunyi sebenar , lub-dab. lub-dab. hihi
soalan yang pernah disoal time Mighty-Mind. ^_^

Exam trial dah habis dah.. Exam PPD berhenti di pertengahan jalan. sesetengah pelajar SPM dah tak sanggup menghadapi exam lagi. dorang nak focus on study. adakah pelajar itu termasuk saya? hihi

waaa~ Debaran semakin terasa.
Pelajar UPSR dah habis dah. PMR minggu depan. SPM? Nda lama lagi. -,- 


" Train your mind to see the good in everything.. "

sebab antara rahsia kebahagian itu adalah selalu berfikiran positif. ^_^

Jangan stress2.. Jaga kesihatan, iman yang sedang naik turun tue, cuba maintain kan. Tingkatkan keimanan, rapatkan hubungan dengan Allah. Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal. 

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt - Ibnu Qayyum

All the Best ^^
ok.
selamat menempuh imtihan buat teman2 sekalian.
baca buku, ulangkaji, buat nota, tapi jangan sampai stress..
bittaufiq wannajah. 
Good Luck.
Doakan saya ya? Semoga tenang menghadapi peperiksaan, dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. In Shaa Allah. Allahumma Ameen . ^^

Doakan juga keamanan kepada saudara2 kita ye.

Sollu 'ala nabiy. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad :D


Monday, September 16, 2013

Saya ok, saya dah besar !

Assalamu'alaikum :D

Alhamdulillah, hari ini masih bernyawa. 
16 September, Hari Malaysia, penggabungan antara Tanah Melayu dan Sabah Sarawak. 
Ok. ini bukan entri mengimbau kembali history. Peace :D

So far.. Exam macam mana?

exam.. urm, so far,.. Alhamdulillah, bolehlah. hihi <think POSITIVE>
Exam SPI tinggal satu paper lagi yang perlu ambil iaitu ADDMATH..
Lepas tu, giliran PPD ambil alih untuk memberikan exam kepada calon2 SPM. hurmm..
24 September ada perkampungan ilmu. lebih kurang 5 hari gitu.. so, waktu tu pause sekejap dari exam. habis jak perkampungan ilmu, sambung balik exam PPD.. 
waktu habis exam PPD, hanya tinggal 24 hari lagi untuk menghadapi SPM.

Erk!

La ba'sa. Saya ok, saya dah besar. 

hihi. Apabila teringat waktu dulu-dulu kala.. <chewah>
Saya boleh dikira sebagai seorang kanak-kanak cengeng. 
Means, yang kuat merajuk and love to cry. ngeh3 
Susah mau pujuk. Serius.
Time budak-budak, besalah kan, nda kena layan. my abang and kakak2 sekalian always left me behind. ALONE. 
"ok. nda pa. Nda mau kawan, nda mau kawan lah !" ayat femes time kecik. ^_^
"Dila, p lah ikut dorang main." ayat pujukan umi abah, mau kasi sedap hati. heh.
"Nda mau pegi, nda mau pegilah bha." one more time. ayat femes muncul :D

I found some of my childhood days picture in album lama, a few of them gambar saya menangis. mulalah tanya abah, itu-ini-itu-ini.
"Dila suka menangis dulu, abah malas mau pujuk jadi abah ambil gambar dila banyak.banyak. Volume suara dila bukannya makin slow, tapi makin kuat." HAHA

Pernah dulu, abah hantar p Taska Al-Hidayah, time abah mau p ofis, saya nangis. UWAAA
terpaksa abah wait for a while. tapi, oleh kerana perlu kejar ofis hour, abah need to go. Kesian ustazah2 sekalian pujuk saya supaya berhenti menangis. hihi
Kawan-kawan lain happy main game, saya nda mau follow. MERAJUK kan. 
tapi, disebabkan jealous juga nampak dorang semua berkumpul join lah juga akhirnya.

comelnya sayaaaaa ~ >_^


ok. Iklan jak tue.

Masa telah pun berlalu.

And now, I am 17 years old teenagers, not old enough, but those childhood memories make me smile. Kamu pun mesti ada kenangan time budak-budak dulu kan?

Sekarang masih cengeng?

hihi.. masih kah lagi? Maybe, tapi tidaklah terlalu kebudak-budakkan macam dulu lagi. ^_^
Apabila ujian datang melanda, kadangkala terasa ingin mengalir air mata. But, I manage to control it. Sometimes, dia mengalir juga walau tanpa dipinta. :')
And yes, perasaan hendak menangis itu ada. I can't lie.
Tapi, saya perlu kuat. Crying infront of people shows that you are weak.
Allahu Rabbi.

Kadangkala, kita tersenyum, sebenarnya hati kita sedang menangis. Apatah lagi saat hati kita disakiti. Memang kepahitan dan kepedihan itu jelas terasa..
Waktu itu, cuba tahan air mata itu daripada mengalir, dan segera mempercepatkan langkah menuju ke surau. Basahkanlah wajahmu dengan wudhu..
Allah, aku ingin mengadu kepadaMu. Dengarlah rintihan hatiku.
Anda akan merasa lega, selega-leganya. Hati menjadi Lapang, Tenang dan Damai. 
Luahkan lah segalanya kepada yang Maha Pendengar.

Kenangan lama kadangkala sukar untuk dilupakan, 
semestinya kenangan itu bukan semuanya manis-manis belaka.
pasti akan ada terselit sedikit duka kepahitan.
Kenangan itu lah yang mengajar diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Jangan dibuang kenangan itu.
Simpanlah ia, jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman.
Sememangnya kita akan mengharap sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita.
Namun, ketentuan Dia jualah yang terbaik untuk kita.



Hafiz Hamidun, kenal?

Ni kenapa tiba-tiba ni?
hihi, tedaaa.. saja. teringat gelagat seorang adik junior yang tak kenal dengan encik HH.
Malam tue, selepas Prep, naik asrama mau meng'iron' baju untuk dipakai. tengah khusyuk mengiron, sorang budak tanya saya.
"Kak Balqis pulang kah?"
"Ofcourse pulang." hee :D balik rumah dapat hilangkan tekanan di jiwa, dapat tengok muka ahli keluarga, hati menjadi tenang. 
"Haa.. ni mesti mau jumpa boyfriend ni kan." usiknya. sambil tersenyum saya menjawab.
"Manalah kaka dapat jumpa, dapat dengar suara jak." Excited nya budak tue. heh. 
"Siapa kak?"
"Hafiz Hamidun." Amboii.. Macam terlebih pula gurauan saya ni. Why saya cakap dapat dengar suara jak? hihi, sebab.. buka blog saya dapat lah dengar zikir yang menenangkan yang dialun oleh Hafiz Hamidun :D
"Siapa tue kak? Handsome ka?" Kening saya terangkat. Takkan nda kenal pula? Pelik.
"Cuba tanya kawan2 yang lain." Dia tanya semua ahli dalam bilik, and semuanya nda kenal? Last2.. ada juga yang kenal. 
"Kenal, alaa.. yang zikir terapi selalu di Oasis tue. Handsome jugalah."
hihihi, the End.

Entri yang campur aduk macam rojak ini, menunjukkan fikiran saya yang kusut.
hihi, jangan marah :)
Semoga bermanfaat. 

Teruskan menghantar peluru doa kita kepada saudara kita di Mesir, Syria, Palestin. Allahuakbar!


Saturday, August 31, 2013

Jangan stress, please?

Assalamualaikum ~ hye !

Welcome September !!

Amboii, tajuk bukan main lagi.. hihihi

Oke. sebelum itu, Selamat Menyambut hari Kemerdekaan. Merdekakan jiwa, akal dan minda, jangan biarkan dirimu dijajah dengan pemikiran serta budaya Barat. ^_^
Sambil.sambil kamu tengah syok menyambut kemerdekaan, jangan lupa doakan saudara kita di Mesir, Syria, Palestin.. Allahuakbar !


Hurmm.. 2 September start suda trial SPM.. kami ada dua kali trial, satu dari SPI, satu lagi dari PPD. Dua2 exam ni clash ! sepatutnya SPI dulu pada, 2/9 - 13/9 .. barulah PPD, 17/9-27/9.
Tapi. Tapi. Tapi... PPD mau kc awal exam.. mau kejar tarikh SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah) .. so, SPI 2/9 - 6/9 subjek BM, BI, MathMode, Sejarah.. 2 minggu seterusnya exam PPD. minggu ke-4 bulan September smbung balik exam dari SPI.. <fening.fening>
whole month diisi dengan exam sahaja. Rindulah cigu2 dengan kami ni.. hihi

Laa.. nda kan lah pasal trial ni jak stress?

No.no.no.

Sebenarnya, itu baru mukadimah. Seperti yang anda maklum, nda lama lagi SPM, minggu depan saya start exam. Tapi, saya masih lagi menyandang jawatan sebagai ketua pelajar ! Itu satu amanah yang amat berat. Tahun lepas, bulan Julai saya telah mulai memegang amanah ini. Tahun ni? entahlah.. 

Rasanya tahun ni kemarahan itu agak surut sedikit berbanding sebelum.sebelum ni.. Sampai ada junior bagi, urm, nasihat? "Kak Balqis, kaka tak boleh ke jadi tegas? Ramai dah pelajar tak ikut peraturan. kenapa kaka diam je? Kaka terlampau berlembut bha. Tue yang dorang nda takut."

"Orang kuat bukanlah orang yang menang berlawan, tetapi yang disebut orang kuat adalah orang yang boleh mengendalikan dirinya pada saat marah." [HR Bukhari & Muslim]

Saya bukanlah suka marah.marah.. pengawas lain kalau nda diarah, nda lah dorang mau bergerak, macam pahat dengan penukul. mau kena tukul dulu barulah berjalan.. Kadang.kadang.. itu punca yang menyebabkan saya stress. nda cukup dengan itu, ada lagi budak.budak<ngeh3.. Form 5 pula saya ni> nda paham bahasa Melayu mungkin.. since awal tahun bagitahu, NO SELUAR CEKAK/seluar fit. And YES, you need to wear SOCKS to cover your leg, I mean your feet. It is also a part of aurat actually. well, faham2 lah sendiri anda berada di mana, kan? SMK Agama. Bukanlah bermakna budak sekolah agama jak perlu tutup aurat dengan sempurna. Tapi, kedegilan umat manusia akhir zaman. Astaghfirullahala'zim.. nda patut. nda patut. :( 

Ada seorang kawan saya, seorang pengawas, mungkin dia pun terlampau geram, over limit sudah had kesabaran dia. So, dia tegur, guna volume suara yang high supaya mereka.mereka itu dapat mendengar dengan jelas. "Kenapa bha kamu mau juga kasi tayang aurat kamu dengan putera? Hilang sudah maruah kamu? mahu bagi free show dengan putera?" Dan saya bagi sedikit penambahan, "..bagi secondhand dengan suami kamu?"
Terdiam.

Tutup aurat bukan kerana peraturan jak, tapi perlulah niat Lillah Ta'ala. Semoga istiqamah mengikut syariat Islam. :) Lagipun, kita hanya menumpang di bumi Allah, oleh itu kita perlulah mengikat perintah-Nya. :D

Saya mau jaga hubungan dengan Allah, juga hubungan sesama manusia. Habluminallah, habluminannas.. kadang kala terlalu mengikut emosi, sehingga melepaskan amarah dalam keadaan diri yang tidak terkawal.. Tetapi, mulut tetap dijaga. Walau keluar bertubi-tubi peluru amarah, saya tidak mengeluarkan kata nista. Semuanya berunsur nasihat. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang ^_^  Maafkan saya. :'(




Haa.. One more thing. Perkara ni pun menjadi salah satu punca saya menjadi agak tertekan.
PLKN ? Hadoiii~

Nda pernah terlintas di fikiran, atau wujud dalam kamus hidup saya. Tapi sekarang, saya perlu redha.. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Ramai yang gitau, it's something FUN! I hope so. Pergi dengan terpaksa, pulang dengan tangisan. In shaa Allah. Belum cuba belum tahu, kan?

 
 
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Semoga esok lebih baik dari hari ini. ;)

Balqis Nabilah Hadi bt Haidon Hadi,
You can do it ! Fight for SPM. BittaufiQ wannajah :D
Ada orang pesan,
"kak Balqis jangan banyak ketawa tau. Kurang-kurangkan ketawa. Takut nanti time SPM, kaka menangis jak."
Erk! Alright. In Shaa Allah. Lagipun, banyak ketawa ni akan menghilangkan ilmu. hihi..yaka?
Ketawa banyak akan menyebabkan hati kita mati. Astaghfirullah..

Ukhwah fillah :)

Thursday, August 15, 2013

Ghurabaa'

Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad ya Kareem.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar!
Tahniah!! Anda telah mendapat pahala walaupun sekejap sahaja wahai sahabat ^^

Assalamu'alaikum :) 
Perkongsian kali ini ialah Ghurabaa'
Hurmm..? Maksud? nda paham? 
Baiklah, Ghurabaa' bermaksud asing. mau tau yang lebih lanjut? :)
jap, jap. Layan dulu lagu ni, berserta grafik yang menarik. In shaa Allah ^^
Erm.. sebelum tue, 'pause' sekejap zikir kat sebelah kanan blog ini.
Harap Hafiz Hamidun nda marah , hihi.

Bismillahirrahmannirrahim . . . .


ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERJAYA ? 
ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERKUASA ? 

Memayungi dua pertiga dunia 

Merentas benua melayari samudera 
Keimanan juga ketaqwaan 
Rahsia mereka capai kejayaan


ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERJAYA  ?
ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERKUASA ?


Memayungi dua pertiga dunia 
Merentas benua melayari samudera 
Keimanan juga ketaqwaan 
Rahsia mereka capai kejayaan 

Bangunlah wahai anak bangsa 
Kita bina kekuatan jiwa 
Tempuh rintangan perjuangan 

GEMILANG GENERASI YANG SILAM 
MEMBAWA ARUS PERUBAHAN 
KEIKHLASAN HATI DAN NURANI 
KETULUSAN JIWA MEREKA BERJUANG 

ADAKAH KAU LUPA 
Sejarah telah mengajar kita 
Budaya islam di serata dunia 
Membina tamadun berjaya 
Merubah mengangkat maruah



Pemuda yang amat mengagumkan, 
Salahudin Al-Ayubi yang mampu merampas semula kota Constantinople dari Rom. Subhanallah! 
Lihatlah dunia sekarang, umat manusia kini telah terkena penyakit Wahn, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Namun bukan semua terkena penyakit tersebut, kerana masih lagi wujud orang yang terasing(Ghuraba).

Bukanlah orang yang asing itu mereka yang terpisah dari negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal.
Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius  dikala manusia sekeliling asyik bermain-main,
dan tetap berjaga ketika manusia sekeliling asyik tidur dengan lenanya,
dan tetap mengikuti jalan lurus di kala manusia dalam kesesatan tanpa arah.

Seorang sahabat berkata,
"Aku melihatmu sebagai orang asing,
di antara ramai orang engkau seorang tanpa teman"
Maka penyair itu berkata,
"Sekali-kali tidak! Bahkan orang banyak itulah yang asing,
sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalan hidupku."

Inilah orang asing tersebut.
Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia di antara manusia.
Tetapi di sisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia.





Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing." (Riwayat Muslim)



Perkongsian atas dasar kasih sesama saudara.
Jangan malu apabila digelar memakai pakaian akhir zaman, bertudung labuh, berjubah mungkin agak pelik di mata mereka,. Tetapi, itulah sebaik-baik pakaian yang mengikut syariat. :)

Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman.

Lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: "
Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. 

Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".

Alhamdulillah, perkongsian tamat di sini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda. :)

Mereka hujani saudara kita(Mesir,Syria, Palestine) dengan peluru,
kita hujani mereka dengan doa.
Doakan KEHANCURAN Syiah, As-sisi dan Yahudi zionis laknat!!
Doakan KEMENANGAN mujahidin2 islam di sana.
Allahumma Ameen!

Info terkini! Masjid Negeri Sabah turut melakukan perhimpunan terhadap kekejaman yang berlaku terhadap saudara kita di Mesir. Sekurang-kurangnya, masih terdapat kesedaran dalam diri mereka, kita pula, bagaimana?

Negeri lain turut terlibat, bukan Sabah jak. Harap maklum :D
Masih ada yang prihatin. Alhamdulillah.