Wednesday, November 14, 2012

12 MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

Assalamualaikum wbt :)


12 Makanan Kegemaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم


1. Barli – Baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan.

2. Kurma - Rasulullah bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin – Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah  sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu – Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah bersabda, “Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.

7. Susu - Rasulullah bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Makanan yang Rasulullah suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah bersabda, “Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru”.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam

surah Al Mukminun ayat 52:  “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.”

 Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru:

 “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? 
(HR. Muslim)

 Jom Kita Amal 

No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^