Tuesday, November 27, 2012

Operate !

Assalamualaikum ~
hew. hew. hew. 
pada Jumaat lepas (23/11/2012)
I had a small operation on my right eyes..
It only took less than half an hour..

Sakit?
Tak pun.. sebab, Doktor kasi bius lah ! :)

time sampai di Hospital..
ok, the situation was absolutely different from Monday..
One of my sweet memory to remember.. ececeh~
Kan, Friday, so.. only had a few patient there.

 Tadaa ~ !
Pirate in the Hospital.. Teehee :D

Banyak ouh makanan yang saya pantang..
huhu.. Antaranya :
- Telur (Wantan ada telur ! Nasi Goreng Pataya! ohmai~)
-See Food? I mean Seafood :p
-SAMBAL !!!!  (My favourite) huhu 

Semoga mata ini cepat sembuh ..
Dalam Sabar ku Temui Keindahan..
InsyaAllah.. 


Wednesday, November 21, 2012

Redha jika ini ketentuan Ilahi

Assalamualaikum wbt ..
entah kenapa.. entah mengapa..
tiba2 terdetik dalam hati ingin buka balik message2 lama..
baca semula message yg pernah dihantar ..
banyak message yang best2 yg mw disalin..
sudah sediakan buku khas untuk message2..

saat abah bawa ke kedai handphone untuk melihat edisi keluaran terbaru..
handphone sekarang semakin canggih..
wifi selama ni ok jk.. smpai lah suatu hari sekitar bulan Oktober..
ia tiba2 mati dan tk hidup2 lagi..

alang2 dh sampai kedai.. minta tolong servis..
org kedai tue dah pesan..
"ini perlu suntik ubat lo.. kasi hilang semua virus dlm handfon."
tanpa berfikir panjang, sy cuma cakap ok..

Malang tidak berbau..
setelah beberapa minit berlalu..
wifi telah hidup kembali..
Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi..
Namun.. apakan daya..
message2 yang sekian lama telah dihimpun...
hilang sekelip mata sahaja...
saat itu hati rasa sebak..
air mata hanya bertakung di tubir mata..

huhu.. semua data handphone mmg hilang..
bersih sebersihnya..
handphone seakan2 baru..
perlu install semula application..
itu tak kesah sgt..
tapi.. Message?? huhu :'(

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun..
Tabah lah wahai hati..
Redha jika ini ketentuan Ilahi..
mungkin ini merupakan salah satu jalan yang Allah kurniakan untuk hambaNya yang dalam proses Penghijrahan ke arah yang lebih Baik..
In Syaa Allah Taala :)

Monday, November 19, 2012

Syukran !

Assalamualaikum wbt ..
Hari ini ambil result UPSR..
Alhamdulillah, adik saya dapat 3A 2B .. kira ok lah tue..

Pelajar STPM start exam hari ni, manakala student SPM ambil paper PSI(Pendidikan Syariah Islamiah) untuk SMKA.. klau SMK, tak tahu pla. mungkin PAI(Pendidikan Agama Islam) ..

Hari ini, saya ada appoinment check mata di Eye Clinic HQE (Hospital Queen Elizabeth) ..
Kelmarin abah ada bawa p HQE untuk kenal pasti mana satu Eye Clinic supaya tk sesat lah hari ni..
Ada kawan saya, dia cakap dia akan datang. In Syaa Allah .. Kalau tiada halangan.. Untuk temankan saya dan bagi kata2 semangat.. hihi..
Di bangunan Kecemasan tue ada tulisan Wad Mata. so, I thought it was the Eye Clinic.
Rupa2nya, bukan pula ! adui !

My abah ada temuduga di IPG.. I mean.. Abah saya yang tukang temu duga org yang datang mau menemu duga.. (apa bha saya merepek ni?)
so, my uncle yang hantar pi HQE ..
This morning, my friend call me.. I'm kind of shock lah.. Dia tanya " Di Klinik Pakar ka?"
I said "no, di bangunan kecemasan" .. Takkan lah dia datang? Jeng, jeng, jeng ..
I ask " Koe datang ka? kalau ya, d mna sudah" .. tak lama lepas tue.. nampak sudah dia..
In black and white outfit.. hihi
Ya Allah... Tak sangka.. betul2 juga dia datang. Naik bas.. kesian2..

Oleh kerana hari ni raaaamaii sangat patiens,,
Doktor tak dapat operate my eye today..
Terpaksa datang balik untuk appoinment kali kedua pada hari Jumaat(23/11/12)

Thanks a lot ! Syukran Jazzilan ! Terima kasih sangat2 .. I'm happy today .. 
I am very, very, happy . 
Today is a sweet moment for me..

Astaghfirullah.. saudara ku di Gaza sedang berjuang di jalan Allah.. saya pula sempat lagi lalai dengan duniawi... Astaghfirullahal'azim . . . 
:'(



Sunday, November 18, 2012

Demi Masa

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.
Lima sebelum Lima

1.Muda sebelum Tua 
 2.Kaya sebelum Miskin
  3.Sihat sebelum Sakit
 4.Lapang sebelum Sempit
5.Hidup sebelum Mati


A: Enjoy sementara muda, hidup masih panjang lagi, dah tua nanti taubatlah...

B: Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi...
entah esok lusa Izrail datang menjemput...

A: Exams tu susah, kena constant study, wat papers work...etc...etc...


B: Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada jadual untuk diikut, kalau ajal....
entah bila siapa pun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...

A: Have fun on your birthday. Panggil kekawan dan sedara mara..berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

B: Setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian.. setahun lagi diberi peluang untuk beramal,bertaubat...

A: Kerja mesti sungguh-sngguh.. beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat-lazat...
baru puas hati!!

B: Ye ker puas hati?? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus??

A: Successful people have a good time management, ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo....dll.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di tempat-tempat hiburan.. baru orang boleh respect!!

B: Setiap manusia hanya dapat 24 jam dalam sehari, tapi.....ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari? Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan atau setahun?

Wallahu a'lam.. Muhasabah diri

19hb Nov (5 Muharram 1434H)

Assalamualaikum ..
esok, adik2 darjah 6 akan ambil result UPSR kan?
hihi, good luck ! semoga semuanya mendapat keputusan yang cemerlang..
aamiin ..

Special dedication to my lil brother..
Bila saya tanya apa perasaan dia sekrang?
"Well, cam besa jak. wuhoo ! nda sabar mau jumpa kawan2."

huh? Itu jak? langsung nda berdebar ka?
Ok. Pelik.

Esok juga, saya ada apooinment mata di HQE.
Ada nanah di bawah kelopak mata ni..
since last year...
Tahun lepas sudah pun keluarkan nanah..
Tapi, ada balik.. hmm..

Cuba lah ada seseorang temankan saya esok. 
chewah.. hihi.. :)
I wish you will be there tomorrow..
aitss .. cukup2..

ma'asalamah.. 

4 Muharram 1434H

Saturday, November 17, 2012

Bebaskan Palestin




La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

Friday, November 16, 2012

Say Alhamdulillah on everything ..

Assalamualaikum wbt ..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Say Alhamdulillah on everything ..

Always appreciate everything that you have.
There is always someone out there who wishes that had what you have.

Pray for Palestin my dear friend..
Doa daripada Ustaz Zaharuddin:

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ون
ُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Aamiin Ya Rabbal Alaminn ..


Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum wbt .. :)


Countdown !! tak lama lagi masuk dah tahun baru..
1434 Hijrah ..

Pejam. Celik. Pejam. Celik.
Nda sangka sudah masuk tahun baru. 
Azam baru? 
Azam lama pun entah sudah tertunai ka belum.. 

hmm .. Hijrah ?


Hijrah.
Move on.
What's Past is Past.

Don't forget to read :



M3salamah ! :)

♥ Warna-Warna Kegemaran Baginda Rasul ♥


Salam 'alaykum :D

Apakah warna-warna kegemaran Baginda Rasul ?

 ---> Annas bin Malik meriwayatkan 

“Warna yang paling disukai oleh Rasulullah adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Rasulullah pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran." 


--->Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata :

 “Yang amat disukai oleh Rasulullah ialah warna putih.” 


 --->Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan:

 “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.” 


---> Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata:

 “Aku pernah melihat Rasulullah memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…” 


 --> Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya :

 “Pernah Rasulullah berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.” 


 ---> Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata :

 “Pernah Rasulullah keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.” 


 ---> Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat :

 “Rasulullah menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”

♥ Jom Kita Amal ツ ♥

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat.

اللهم صل على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم تسليما

Alhamdulillah.. 
Blog ini, memenuhi kriteria warna kesukaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

 :)


12 MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

Assalamualaikum wbt :)


12 Makanan Kegemaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم


1. Barli – Baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan.

2. Kurma - Rasulullah bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin – Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah  sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu – Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah bersabda, “Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.

7. Susu - Rasulullah bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Makanan yang Rasulullah suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah bersabda, “Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru”.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam

surah Al Mukminun ayat 52:  “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.”

 Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru:

 “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? 
(HR. Muslim)

 Jom Kita Amal 

Tuesday, November 13, 2012

Isbir ya Qalbi.. Isbir..

Assalamualaikum wbt..
Muhasabah diri, sentiasa mengingati Allah..

Jari jemari terpanggil untuk menari2 di atas keyboard ini..
menekan huruf2 yang tertera..
selepas membaca satu entri..


Mengapa harus ada tohmahan dan cacian yang diberi kepada seseorang yang ingin menyampaikan dakwah?
 Kerana itulah DUGAAN yang ingin diberikan kepada manusia yang bergelar Hamba kepada Allah..
Tidak semestinya perkara baik yang kita lakukan itu akan disukai oleh orang,
dan tidak mustahil juga perkara buruk yang kita tinggalkan itu akan membuatkan orang semakin menjauh dari kita, kerana apa?

Allah ingin menguji kita.

Manusia tidak pernah ada MASALAH..
Hanya ada DUGAAN.. 
Setiap DUGAAN yang menimpa adalah satu UJIAN, tanda Allah Kasih pada hambaNya..
supaya manusia INGAT untuk berbual padaNya..

Oleh itu.. Bersabarlah wahai hati..
Biar hina di mata manusia,
Asalkan mulia pada pandangan Allah..
InsyaAllah Taala :)
Wallahualam..



Saturday, November 10, 2012

Kundasang Trip 4IRIS

Assalamualaikum  :)

Pada 08/11/12 ..
Berjalan2 bersama rakan kelas 4IRIS ..
Sweeeet mem0ry :)

Ini adalah hasil daripada usaha kawan yang beriya-iya sangat mau berjalan dengan kawan2 sekelas.. Yelah, kami jeles lah..
sebagai pelajar kelas sains.. kami rasa macam terpinggir oleh kawan2 kelas Eko & Akaun..
dorang ada buat juga lawatan sambil belajar di Lahad Datu.. menginap 3 hari 2 malam di Agase ..
Tapi, tahun ni, dorang tak dapat jalan..
oleh kerana lawatan kami ni hanya sehari.. Pengetua, PKHEM.. benarkan kami jalan..
walaupun Jabatan belum lagi bagi balasan .. hihi
Alhamdulillah..

Kerja kami asyik2 bergambar. bergambar. bergambar. hihi
Dalam kertas kerja rancang mau pergi Desa Dairy Farm & Ladang strawberry..
skali, bas singgah baaanyak tempat..
Tamu a.k.a Pasar, Kundasang park, Desa Dairy Farm, Kundasang War Memorial, Restoran , Masjid, CP..
eitsss.. japp2.. CP bukan di Kundasang..
CP tue kat KK lah.. singgah sebentar sebelum balik sekolah.. hihi

sebelum begerak jauh, singgah jap Petronas..
dalam perjalann nanti susah mau cari tandas.. hihi
oleh kerana kami minta duit dari dewan makan makanan dari Sarapan sampai supper.. so kami ni, belum sarapan.. huhu..
lapaarrr.. jadi singgah membeli..
Ada orang belanja makan Solero ;)
ngam betul timing dia belanja .. sudah lah aircond sejukk, makan aiskrim pla =.=

Time di Tamu, kami bergambar , ngam2 ada 0mputeh ..
Join bergambar dengan kami.. Tup2, perempuan English tue pegang tangan salah sorang putra kami. weeheee ~

Time bas mau jalan p destinasi seterusnya, ada pla 3 org putra tertinggal.. singgah tandas.. adeiy

Time di Kundasang Park, kami nda masuk.. just bergambar di luar jak..

Di Desa Dairy Farm lah paaaalingg banyak bergambar. Sebab itu memang hala tuju kami yang sebenar.. New Zealand Malaysia lah konon2nya .. :D
lompatan tidak menjadi.. hihi

ok.ok. Cukup.. Terlebih banyak pla gambar ni .. hehe
Asalkan, Baju kami lawa.. Warna Hijau. Hijau Indah.. haha (keluar tajuk sudah ni)

Kundasang War Memorial
main tapuk2 di tiang.. hihi

Lepas penat2 bergambar tue, singgah jap p makan..
Cuaca kat Kundasang kan sejukkk.. so, kami pakat2 makan Soto..
sebenarnya, ramai yang kelaparan.. mau minta yang goreng2. tapi tukang masak pla takdak..
harga soto RM5.50 !! cekik darah !
so, kami putri semua tak order minuman.. jimat lah katakan.. hihi
putra pla kaya yang teramat sangat, order minuman.. hihi.. tengok lah time bayar nanti..KOTOH! :D

And then, Kami singgah solat di masjid.. Subhanallah .. Sejuk nya air dia..
Kalau tinggal di sana, mesti kulit pun jadi putih.. hihi
Kami pun jamak Zohor dan Asar ..

Time on the way balik, semua tidur.. Nyaman.. selesa..
Ada yang dengar MP3, (iaitu saya) makin nyenyak tidur..hihi
Buka2 jak mata... dah smpai CP..
singgah lah makan malam.. makan nasi Ayam berharga RM2.50sahaja..
sepanjang perjalanan balik sekolah, tengok cerita Hantu Kapcai.. tapi gantungg...
sampai sekolah.. P surau terusss.. Maghrib & Isyak. barulah naik asrama..

esoknya, hari Jumaat(9/11/12)
PULANG !! huhu.. sedih..
Tahun depan .. saya dah jadi Form 5..
Anyway.. Good Luck SPM kpd calon2 SPM 2012..
Bittaufiq Wannajah !

Wassalam :)



Sunday, November 4, 2012

AMARAN !!



Assalamualaikum Ukhti & Akhi sekalian ..:)

Rasa2nya, gambar telah menunjukan semuanya.. kan ?
Berdasarkan gambar, sesiapa yang baca semestinya akan faham ..
sebab, ia disampaikan menggunakan bahasa yang mudah..
tidak ada tersirat , tersurat dll ..

Ini petikan kata2 si Pelukis (Encik Rusydi)

Kalau budak tu buat cara budak ya, budak. 

Budak-budak zaman Sahabat Nabi SAW dan 3 zaman terbaik dulu kecik-kecik dah 30 juz al-Quran. Budak-budak zaman sekarang, al-Quran pun al-Fatihah belum tentu betul bacaan. Ada yang tak reti baca lagi pun ada. Solat pun entah ke mana. Ilmu fardhu 'ain, haram nak ambil tahu dengan serius. Tu pun masa nak exam aje lah baru nak baca.

Ada hati nak kahwin?

Couple konon. 

Kerja tak ada, duit mak ayah, nak couple. Memalukan. Kau tak malu 
ke dengan diri sendiri?

"Papa..papa..mama..mama.." Umur baru 14,15, 16. Nak I tampa u nak bagi sedar sikit. Nak harapkan mak ayah tegur, lambat lagi lah. Siap usik-usik lagi, "Adik dah ada boifren ke kat sekolah? Bagitaulah abah..." Hik hik hik Abah gelak-gelak dengan Mama. Bagi sokongan. Dengan abah-mama patut kena tampo.



hihi .. Memang terbaiklah, kan ?

Wahai Remaja di luar sana,

Perbaikilah Akhlakmu, Agamamu, Imanmu..

Jangan dok sibuk dengan duniawi ..

kejarlah ukhrawi ..



Ya Allah.. Aku melepaskan cinta manusia..

Demi menggapai KasihMu Ilahi ..

Aamiin Ya Rabb .. 



Wallahualam ~