Monday, August 20, 2012

Ramadan pergi, Syawal menjelma

Assalamualaikum semua :)
Bulan Syawal telah tiba, menggantikan bulan Ramadan ..

Bagaimana dengan bulan Ramadan tahun ini?
adakah dimanfaatkan dengan sebaiknya?
adakah banyak amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan?
adakah berjaya mengkhatamkan Al-Quran?
adakah anda menghidupkan ibadah waktu malam?
Sahabat ketika sepertiga malam di kala teman2 lain lena dibuai mimpi ialah ::
Qiyamullail. sahabat karibnya pula ialah, Tahajud, Hajat, Tasbih dll

Atau.. bulan Ramadan dibiarkan berlalu begitu sahaja.. tanpa sebarang amalan yang menambahkan pahala berganda?
Muhasabah..
Semoga kita dapat bertemu Ramadan yang seterusnya.. InsyaAllah

Syawal..
setelah sebulan kita mengawal nafsu lapar dahaga,
jangan pula kita balas dendam di bulan ini dengan membantai semua makanan di rumah orang yang kita ziarah..
makan tue biarlah berpada2.. jangan lah berlebih2an..
Hidupkan amalan ziarah menziarahi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim..

khas untuk kanak2 ::
jgn asyik minta duit raya ja.. kalau mau duit, p cari kerja.. hahah..

ada lagi.. Jangan lupa puasa sunat 6 pada bulan Syawal  :))
yang perlu ganti tue, ganti lah duluan ye.. barulah puasa sunat 6 .. :)

Taqaballallahu minkum,
salm aidilfitri, maaf zahir batin,
moga selamat dunia akhirat..

No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^