Monday, December 31, 2012

ABC (Anak Bangsa Cemerlang)

Assalamu'alaikum ~

pheww ! hari ni baru ada mood balik mau update ni blog.. hee :D
Last sudah kan.. huhu, esok balik skul udah.. T_T

28 - 30 december ada kursus motivasi ABC <Anak bangsa Cemerlang>
Anjuran FOKUS Training and Consultancy dan kerjasama Rumah Yayasan As-sakinah.
Selama 3 hari 2 malam kursus ni berlangsung.. bestt tidak terkata.. kanak2 comel2 pun ikut kursus ni.. hihi.. kesian fascy2 mau urus kanak2 riang.. ^^

Siapa sangka, Pihak FOKUS akan datang p SMKA Tun Datu Mustapha, menganjurkan kursus free of charge ! Jauh tue perjalanan dari semenanjung datang ke Sabah ^^ alhamdulillah..
Bersyukur dan bertuah sangat2 :)
Kursus ini lain daripada yang lain..
sebelum kita ingin menjadi Cemerlang, kita perlu lulus asas fardhu Ain.. sekiranya Asas pun belum lulus.. macam mana kita mau jadi seorang yang Mumtaz? betul tak?
Alhamdulillah, saya lulus !! hihi

Sekiranya kita ingin berubah.. Jangan lah mengatakan kita AKAN berubah, tetapi, ucapkanlah.. Saya MESTI berubah , insyaAllah :D

kumpulan Angry Bird (putra) & Girl-girl (putri) bagi peserta yang berumur 13 hingga 17 tahun..
kumpulan PowerRangers(boy2) & Sweety(girl2) yang berumur tahun 1 hingga 6..

Banyak aktiviti yang dijalankan.. susah lah kalau mau list kat sini.. hihi
I like lagu Ummiku Sayang..

Aku sayang ummi, ummiku sayan ummi, sayang-sayang ummi, ummiku sayang  ;)



:: Sebenarnya saya belum lagi packing barang .. jadi, izinkanlah saya mengundur diri awal2.. huhu

Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini.. InsyaAllah ~

SPM!!!! here I come..

Tirai 2012 akan berlabuh tidak lama lagi.. 2013 makin hampir..


Thursday, December 27, 2012

Brunei + seminar @ kursus

assalamu'alaikum ;)

beberapa hari lepas..  p Brunei , alhamdulillah.. dapat lihat sesuatu yang baru, yang kurang berada di tanah air<Sabah>.. hihi, iaitu, tulisan jawi di mana-mana jua anda berada.. hihi

contoh :

selain itu, ada banyak masjid di merata tempat.. ;) subhanallah !
k.. malas saya mau berceloteh panjang sangat tentang Brunei..  sebab..
Sa bilang macam d KK, ada di KK, sa bilang macam di KK ~ hee xD

*********
tadi, budak-budak form1 baru datang mendaftar.. c akmal, my adik pun p mendaftar.. hoho
habis jak mendaftarkan adik, mau balik p pejabat, lepak2 di bawah aircond xD <sekarang kan musim sejukk di luar negara :D>
PKHEM panggil, then bagi manila kad, cutter dan selotape.. Kena suruh bagi dengan fascy untuk seminar@kursus esok kat tingkat paling atas.. mula-mula, fikirkan , bagi manila kad trus boleh undur diri.. sekali... Kena suruh lekatkan terus.. aduhh ! apa boleh buat.. tolong lah .. Tingkap tue belum ada langsir.. so, nanti kalau pancarkan slide, silau.. nda nampak pla kan? jadi, lekatkan manila kad tue kat tingkap.. Hasilnya--> comel.. Biru + Pink.. ;)

Kursus ni, mula2 saya nda mau kut bhaaa ~ tapi-tapi.. oleh kerana saya dan seorang sahabat, Habibah, telah menghulurkan tangan membantu.. hihi.. so, ikutlah :D
Kesian bha saya.. cutter tue kan ~ balik2 ter'cut'2 tangan saya.. huhu.. bibah pula mengamalkan safety first.. chewahh ~
Fascy dia diimport dari semenanjung, dah tue.. FREE OF CAS<betulkah tue ejaan? hihi>
Sayang pula kalau nda ikutkan? <REZEKI JANGAN DITOLAK !!>

Time saya buat kerja, time tue lah kena ambil gambar.. kalau ambil gambar dari jauh nda pa lah.. ini, dia fokus betul2 bhaa di muka.. Mau ambil gambar candit lah konon, muka yang tengah khusyuk dan teliti sangat buat kerja :)

Semoga saya dapat memperoleh manfaat melalui kursus ini , In Shaa Allah :D

Wallahualam ..



Thursday, December 20, 2012

Result PMR

assalamualaikum wbt..

hari ini 20.12.2012, waahh , cantiknya tarikh ni.. hihi ;)

kelmarin 19hb kan? adik2 PMR ambil result, dengan hati yang berdebar-debar rasanya.. cewahh ;)
Tahun lalu alhamdulillah, I'm the one of straight A's student, tand tahun ni pula, ada juga adik2 yang dapat straight A's result.. Last year, 3 orang dapat straight 9 A, and 2 orang sahaja yang dapat 8A 1B.. tapi tahun ni ada peningkatan sikit, 8A dah jadi 3 orang.. kalau tahun lalu pelajar putra paling tinggi pun dapat 7A, tapi tahun ni ada 2 orang pelajar putra yang berjaya mendapat 9A. Mabrukk !!

Selalunya, abah saya yang tukang ambil result kat PPD, and bagi result dgn pelajar PMR. But, tahun ni, abah p KL, umi ada majlis pentauliahan kastam kat AKMAL (akademi kastam Malaysia).. So, tugas menyerahkan result, abah serahkan kepada PK1 @ pen. kan. pentadbiran :)

Ramai yang tanya, saya di mana?
saya kat rumah lah yesterday...
form 3 yang mau ambil result, senior2 dan yang dah lepasan pula yang nervous =.=
dorang tanya macam mana lah result budak2 tue? How should I know. sebab I memang tak tau pun !
nasib baik, Pk1 ada bagi sikit information dengan abah.. so abah pun bagirau lah laporan yang diterima.. tapi belum lengkap.. Bila saya bagitau dengan kawan saya yang turut dapat 9A last year, yang tahun ni pun 3 orang juga yang dapat 9A, dengan evil laugh nya dia berkat, "kita memecahkan tradisi, dan dorang mewarisi kita. Harap2 tahun depan, calon yang dapat 9A tue bertambah lah kan.."
saya fikir2 ada betul juga cakap dia tue.. lagipun, tahun depan last dah kita dengar perkataan PMR, kalau dulu SRP, tukar p PMR, last2 tiada sudah PMR..

tahun lalu kami berjaya menaikkan prestasi sekolah dengan pencapaina hanya 1 orang sahaja yang gagal subjek arab.. dan yang lain, semuanya lulus.. tapi.. tahun ni.. ramai yang hangkang Arab.. huhu
apa boleh buat lah kan?
kepada adik2 yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang, jangan lah cepat sangat berputus asa.. walaupun result PMR tak gempak, you still have SPM yang menanti.. kan?
Your journey still long.. don't give up. Never ! :)

huhu, talk about SPM, nervous sekarang ni.. next year I pula yang ambil SPM.. tinggal 10 hari jak lagi !! Ya Allah . . .
the time past too fast..

that's all, thank you.

Jazakumullah khair ;)

Wednesday, December 19, 2012

Ma'alim Fi At-Thariq ?


Some of my friend asked me before.. 

Why I choose Ma'alim Fi At-Thariq as my blogger name? 

Why I didn't choose Mylife story, Mylovely blog or whatsoever..

The answer is..

I love this name.. and the meaning is also good, Petunjuk Sepanjang Jalan..
Although my blog tak lah banyak sangat petunjuknya pun.. it's just a name for my blog.. I try to share some information about Islam, in the same time.. I share about my own story.. 

Well, My Name is Balqis Nabilah HADI.. 
You already know about it? Ouh.. okay, never mind. hihi ^^
HADI comes from the word HUDA, or HIDAYAH.. and so on.. 
which means.. GUIDE.. or in malay is Petunjuk..

see? Berkait rapat juga kan? 

actually, that's not the reason I choose this name(Ma'alim Fi At-Thariq) for my blog .. I suddenly thought about it.. It across my mind when I started to type this entry..

If you search in Google, Ma'alim Fi At-Thariq (known, in English, as Milestones or Signposts on the Path)  is a book written by Egyptian Sayyid Qutb (1906-1966) in 1964 . 

I never read this ook before.. But my friend did.. He told me about this book.. He read it when he joined an usrah held by some brothers from UMS..
He used Ma'alim At-Thariq as his facebook name. And now, he changed it..
You will never found him.. hihi ;)

Cerita ini bermula tahun lalu.. 
Saya baru berjinak-jinak nak buat blog.. Tengah buntu mau pilih nama apa untuk blog ni.. tetibe nampak fb dia, tertarik pula dengan nama dia.. so, tanya lah.. blablabla.. last2, nama blog saya pun Ma'alim Fi At-Thariq seperti yang anda dapat lihat sekarang :) 

Sir pernah tanya, "Who have a blog?"
malu laa nak angkat tangan.. tapi, kawan sebelah saya ni tolong angkatkan tangan saya.. aduhh !
Then, sir pun tanya, "What's your blog's name?"
Ya Allah! Maluuuuu sangat2 nak gitau.. sebab, pemilik nama FB tue satu kelas dengan saya.. Although dia dah tukar nama, some of classmates mesti masih ingat kan?
dengan tergagap-gagap saya jawab pertanyaan sir..
"Ma..Ma.. Ma'alim Fi At-Thariq"
Dia dah mula tunduk dah.. Then start ada suara sumbang...
"eits..eits..ehem! ehem!"

okay. The End for the story.

You already know about the chronology of my blog's name..
That's all..


Sincerely by admin of Ma'alim Fi At-Thariq : QisNadi

Jazakumullah Khairan Kathiran..
Ukhuwah Fillah Abadan Abada ~


Thursday, December 13, 2012

Preparation trip to Brunei


Assalamu'alaikum wbt ..

Saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang sedang melawat ke blog saya yang tidak lah seberapa ini. Terima kasih saya ucapkan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Terpulanglah kamu mau percaya atau nda, saya betul-betul ikhlas ni.

ok. stop guna ayat skema. ;)

Tajuk english, entri pla bahasa malay.. 
Maknanya, saya akan menggunakan bahasa rojak..hihi 

Pada 20-25 Disember, saya akan ikut satu trip p Brunei yang turut disertai oleh beberapa orang guru bersama keluarga dorang and beberapa staff pekerja SMKA Tun Datu Mustapha.

Baru ayat permulaan tue.. hihi

nak dijadikan ceritalah kan, hari ni iaitu 13 Disember, ada beberapa orang imigresen datang p skul untuk membuat pasport , cop jari, bagi gambar, ic and so on...

tadi naik p bangunan lama TDM di atas bukit.. huhu,, penatt~ terpaksa mendaki bukit.. adik pla bawa berlumba, siapa duluan yang sampai.. <last2, dua-dua semput, time sampai di ats.. hihi> inilah padahnya kalau time cuti hanya tahu tidur, makan, online, blogging, texting, tengok tv dan sewaktu dengannya.. <dan juga housekeeping, I kan seorang suri rumah yang berjaya!! hihi> lamaaa sudah rasanya saya tidak excercise.. berat badan pun mungkin naik sudah..<m u n g k i n sahaja :D

tadi time ukur tinggi.. aduh ! kenapa saya p-e-n-d-e-k ???
156cm jak ni.. aduhh.. >.<
adik saya pula 162cm.. How come dia boleh jadi tinggi dalam sekelip mata???

 2010
2011

and now.. 2012

huhu, sodey den.. nevermind laa ~
kalau saya tinggi, kesian pula my future husband nanti.. hahaa ! :D

that's all I want to share.. hihi
Wallahualam..


Wednesday, December 12, 2012

Saya CEMBURU

Assalamu'alaikum wbt ..

Today : 121212
28 Muharram 1434H

Ada baby yang lahir hari ni ka? hihi <santekk nanti nih nombor IC dia.. apa lagi kalau dia tue orang Sabah.. nanti nombor IC dia begini 121212-12-****> :D

Kalau saya TERkeluar slang SABAHAN, jangan marah ahh ~ I'm true Sabahan and I'm Proud.. 
Tapi kad-danG-kad-danG pandai TERsemenanJ juga.. keluar slang Kedah lah, kece Kelate tibe2.. berbangsa Dusun nGa sia tia pandai mmb0ros dusun.. hihi, paalingg bkin maluu ~ bisa kurapak Brunei sikit-sikit.. <nanti sia p Brunei Darussalam, In shaa Allah

oke. oke. stop
berkenaan tajuk entry, kenapa lagi tiba-tiba jak mau cemburu ni? 

Sebenarnya... Dan sebenarnyaa~ <lagu Yuna tiba2 =.='>
saya jealous bhaa ~ kalau saya lawat-lawat  blog orang lain kann.. Comel, cute, adorable<apa lagi?>.. huhu,, Blog saya ni simple jak.. puaaass sudah saya try mau kasi ubah, tapi nda campin.. ada sesiapa yang boleh tolong saya ka?? kalau tiada orang yang sudi tolong.. nda pa laa.. saya tetapp bersyukur dengan keadaan blog saya yang serba Hijau ni.. nda cute nda pa.. sebab tuan dia pun nda kiut sangat, hihi..
Major saya update blog guna m0bile jak.. tue yang pandai te-bida ejaan huruf.. hihi 


:: itu jak yang saya cemburu sebenarnya.. cemburu dengan blog orang lain.. hmmm ~

UIK!
kamu yang mengunjungi blog saya.. kamu datang dan pergi begitu sajaa ~ cuba lah tinggal jejak kamu.. hihi
taip jak pa2 di Chatbox tue.. boleh bha kann ?? Arigat0u ..



Tuesday, December 11, 2012

Fitrah Manusia

Marah? Sedih? Gembira?
Itu memang fitrah seorang manusia. Kan ?
o0pss.. Lupa. 

Assalamu'alaikum wbt ~ :D

Cakap pasal lupa, itu pun fitrah seorang manusia. hihi
Insan diciptakan sebaik-baik kejadian, tetapi tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad saw. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Manusia juga akan sering bertembung dengan masalah dan ujian. 
Semua itu... Siapa yang tentukan?
ALLAH SWT :D

Look inside yourselves, such a perfect order, hiding in yourselves, running in your veins.
What about anger, love and pain, and all the things you're feeling...
Can you touch them with your hand? 
Allah.. You created everything, we belong to you. Forever we Thank You.
-Maher Zain

Bercakap tentang fitrah.. Cinta .. juga fitrah kan?
Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul. Cinta kepada ibubapa. Cinta sesama saudara Islam.
Bagaimana pula dengan cinta kepada seseorang yang berlainan jantina dengan kita?
Ianya tidak salah. Cuma kita perlu menanamkan niat bercinta untuk mendapatkan redha Ilahi. Satu sahaja caranya, iaitu dengan bernikah. Namun, pada usia yang masih muda pasti sahaja ia amat sukar.

Hmm..Sebenarnya saya pun belum banyak sangat ilmu.. hihi
 Usia pun masih setahun jagung.. 
saya juga seorang manusia yang biasa, yang turut mempunyai hati dan perasaan.

Rindu? Pun fitrah manusia juga.. :)
Sekiranya kita rindu seseorang.. 
Kita akan sebut2 nama orang tersebut, call, text, jumpa face to face dan sebagainya.. kan?
TAPI.. Sekiranya kita rindukan Allah..
Kita akan tunaikan solat, tidak cukup dengan solat fardhu, ditambah lagi dengan solat sunat. (Rindu sangat2 ni dengan Allah..) Zikrullah sentiasa meniti di bibir.. Kita buka Kitabullah iaitu Al-Quran. Kita berdoa memohon hanya pada Allah. 
In Shaa Allah, kita akan turut bertemu dengan seseorang yang rindukan Allah.
Sekiranya orang yang kita sayangi itu boleh melupakan Allah, apatah lagi kita, hanya seorang hamba yang biasa.. Take note !

Banyak sangatlaa fitrah manusia.. kan, kan, kan..?

Kalau saya mau jelaskan di sini.. hmm.. nanti panjang berjela-jela pla ni entry .. hihi

Wallahualam ~

Oh, wahai bakal 'Cikguku' . .. . .
Usah terlalu cepat MELAMARKU,
Persiapkan dirimu dengan ILMU AGAMA,
Kerana aku ingin menjadi STUDENT PERTAMAMU,
Walaupun  kamu tidak bekerja sebagai seorang GURU ;D

Wednesday, December 5, 2012

Allah Bless U ;)

assalamualaikum ..  :D
Peace be upon to all of you. Yes, you !

It's been awhile since I updated my blog. hew. hew. hew.
I feel so bored this year holiday. Do you have the same feeling? For me, last year was so interesting. maybe because I have many friend to text, or chat in Facebook and i have my sister to joke around.
This year, ..it's seems different to me.  Yes, I still have friends to text and chat on Facebook. The amount of my friends also increases, because junior student added me. Sometimes I felt annoyed with some junior attitude who were very, very, very annoying ! Am I to cruel? They ask me this and that. Urggh ! If I didn't have mood on that time, I wouldn't reply at all their message. And my sister also has going abroad went to Egypt continuing her studies in Al-Azhar, cairo.
Time moves smoothly..
Next year.. only 26 days more..
Good Bye 2012.. you leave me with so many sweet and bitter memory for me to remember..

By the way, this year i become a fully housewife.. LOL
I'm not married yet.. haha
okay, correction, housegirl :)
I've cook for my brother and I. Only two of us in this house. Spinach, spinach,spinach.
Will we be the next Popeye ? hihi
everyday I only cook vegetables although we are not vegetarian. teehee :D
Last week I fried chicken, fish, nugget, sausage.
so this week we only eat vegetable :)
makanan seimbang kan :p

That's all for today entry ..
May Allah Bless U ..

I am falling in love with a person who make me falling in love with ALLAH.. Thanks to you!


okay, I dah start merepek =.=
apa2 pun, tahun depan giliran saya pula yang SPM, ohmaii! !

Saturday, December 1, 2012

December ~

Back to December ..

oOpss.. Assalamu'alaikum wbt.. :)

huhu, masa berlalu amat cepat..
kini hanya tinggal 31 hari sebelum Open school !
Back to school on 1st January 2013..
and I'm one of the SPM candidates..
hew. hew. hew. :(

result tahun ni pun low semacam..
chit-chat dengan salah sorang student TUNAS.. dapat 7A.. dan dia ckp result biasa-biasa jak !! ohmai ... Result saya pun nda begitu campin bha..
A pun berapa ekor jak.. haha ! nda.. sy bukan mau ketawa.. sebenarnya mau nangis.. sedih ni...huhuhu :'(

Yesterday is history. Today is Fact. Tomorrow is mistery.

haha.. buat kata2 sendiri ..

Hope today gonna be better than Yesterday. There is no tomorrow, because when it comes to tomorrow, it is actually today .=.= merapu!

If you are hoping without any gain to worth it, your hope is nothing !
oleh itu.. jika ingin mencapai sesuatu.. jangan hanya sekadar meniti di bibir. Realisasikannya dengan usaha !
In syaa Allah :D

Tuesday, November 27, 2012

Operate !

Assalamualaikum ~
hew. hew. hew. 
pada Jumaat lepas (23/11/2012)
I had a small operation on my right eyes..
It only took less than half an hour..

Sakit?
Tak pun.. sebab, Doktor kasi bius lah ! :)

time sampai di Hospital..
ok, the situation was absolutely different from Monday..
One of my sweet memory to remember.. ececeh~
Kan, Friday, so.. only had a few patient there.

 Tadaa ~ !
Pirate in the Hospital.. Teehee :D

Banyak ouh makanan yang saya pantang..
huhu.. Antaranya :
- Telur (Wantan ada telur ! Nasi Goreng Pataya! ohmai~)
-See Food? I mean Seafood :p
-SAMBAL !!!!  (My favourite) huhu 

Semoga mata ini cepat sembuh ..
Dalam Sabar ku Temui Keindahan..
InsyaAllah.. 


Wednesday, November 21, 2012

Redha jika ini ketentuan Ilahi

Assalamualaikum wbt ..
entah kenapa.. entah mengapa..
tiba2 terdetik dalam hati ingin buka balik message2 lama..
baca semula message yg pernah dihantar ..
banyak message yang best2 yg mw disalin..
sudah sediakan buku khas untuk message2..

saat abah bawa ke kedai handphone untuk melihat edisi keluaran terbaru..
handphone sekarang semakin canggih..
wifi selama ni ok jk.. smpai lah suatu hari sekitar bulan Oktober..
ia tiba2 mati dan tk hidup2 lagi..

alang2 dh sampai kedai.. minta tolong servis..
org kedai tue dah pesan..
"ini perlu suntik ubat lo.. kasi hilang semua virus dlm handfon."
tanpa berfikir panjang, sy cuma cakap ok..

Malang tidak berbau..
setelah beberapa minit berlalu..
wifi telah hidup kembali..
Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi..
Namun.. apakan daya..
message2 yang sekian lama telah dihimpun...
hilang sekelip mata sahaja...
saat itu hati rasa sebak..
air mata hanya bertakung di tubir mata..

huhu.. semua data handphone mmg hilang..
bersih sebersihnya..
handphone seakan2 baru..
perlu install semula application..
itu tak kesah sgt..
tapi.. Message?? huhu :'(

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun..
Tabah lah wahai hati..
Redha jika ini ketentuan Ilahi..
mungkin ini merupakan salah satu jalan yang Allah kurniakan untuk hambaNya yang dalam proses Penghijrahan ke arah yang lebih Baik..
In Syaa Allah Taala :)

Monday, November 19, 2012

Syukran !

Assalamualaikum wbt ..
Hari ini ambil result UPSR..
Alhamdulillah, adik saya dapat 3A 2B .. kira ok lah tue..

Pelajar STPM start exam hari ni, manakala student SPM ambil paper PSI(Pendidikan Syariah Islamiah) untuk SMKA.. klau SMK, tak tahu pla. mungkin PAI(Pendidikan Agama Islam) ..

Hari ini, saya ada appoinment check mata di Eye Clinic HQE (Hospital Queen Elizabeth) ..
Kelmarin abah ada bawa p HQE untuk kenal pasti mana satu Eye Clinic supaya tk sesat lah hari ni..
Ada kawan saya, dia cakap dia akan datang. In Syaa Allah .. Kalau tiada halangan.. Untuk temankan saya dan bagi kata2 semangat.. hihi..
Di bangunan Kecemasan tue ada tulisan Wad Mata. so, I thought it was the Eye Clinic.
Rupa2nya, bukan pula ! adui !

My abah ada temuduga di IPG.. I mean.. Abah saya yang tukang temu duga org yang datang mau menemu duga.. (apa bha saya merepek ni?)
so, my uncle yang hantar pi HQE ..
This morning, my friend call me.. I'm kind of shock lah.. Dia tanya " Di Klinik Pakar ka?"
I said "no, di bangunan kecemasan" .. Takkan lah dia datang? Jeng, jeng, jeng ..
I ask " Koe datang ka? kalau ya, d mna sudah" .. tak lama lepas tue.. nampak sudah dia..
In black and white outfit.. hihi
Ya Allah... Tak sangka.. betul2 juga dia datang. Naik bas.. kesian2..

Oleh kerana hari ni raaaamaii sangat patiens,,
Doktor tak dapat operate my eye today..
Terpaksa datang balik untuk appoinment kali kedua pada hari Jumaat(23/11/12)

Thanks a lot ! Syukran Jazzilan ! Terima kasih sangat2 .. I'm happy today .. 
I am very, very, happy . 
Today is a sweet moment for me..

Astaghfirullah.. saudara ku di Gaza sedang berjuang di jalan Allah.. saya pula sempat lagi lalai dengan duniawi... Astaghfirullahal'azim . . . 
:'(



Sunday, November 18, 2012

Demi Masa

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.
Lima sebelum Lima

1.Muda sebelum Tua 
 2.Kaya sebelum Miskin
  3.Sihat sebelum Sakit
 4.Lapang sebelum Sempit
5.Hidup sebelum Mati


A: Enjoy sementara muda, hidup masih panjang lagi, dah tua nanti taubatlah...

B: Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi...
entah esok lusa Izrail datang menjemput...

A: Exams tu susah, kena constant study, wat papers work...etc...etc...


B: Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada jadual untuk diikut, kalau ajal....
entah bila siapa pun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...

A: Have fun on your birthday. Panggil kekawan dan sedara mara..berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

B: Setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian.. setahun lagi diberi peluang untuk beramal,bertaubat...

A: Kerja mesti sungguh-sngguh.. beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat-lazat...
baru puas hati!!

B: Ye ker puas hati?? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus??

A: Successful people have a good time management, ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo....dll.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di tempat-tempat hiburan.. baru orang boleh respect!!

B: Setiap manusia hanya dapat 24 jam dalam sehari, tapi.....ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari? Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan atau setahun?

Wallahu a'lam.. Muhasabah diri

19hb Nov (5 Muharram 1434H)

Assalamualaikum ..
esok, adik2 darjah 6 akan ambil result UPSR kan?
hihi, good luck ! semoga semuanya mendapat keputusan yang cemerlang..
aamiin ..

Special dedication to my lil brother..
Bila saya tanya apa perasaan dia sekrang?
"Well, cam besa jak. wuhoo ! nda sabar mau jumpa kawan2."

huh? Itu jak? langsung nda berdebar ka?
Ok. Pelik.

Esok juga, saya ada apooinment mata di HQE.
Ada nanah di bawah kelopak mata ni..
since last year...
Tahun lepas sudah pun keluarkan nanah..
Tapi, ada balik.. hmm..

Cuba lah ada seseorang temankan saya esok. 
chewah.. hihi.. :)
I wish you will be there tomorrow..
aitss .. cukup2..

ma'asalamah.. 

4 Muharram 1434H

Saturday, November 17, 2012

Bebaskan Palestin




La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

Friday, November 16, 2012

Say Alhamdulillah on everything ..

Assalamualaikum wbt ..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Say Alhamdulillah on everything ..

Always appreciate everything that you have.
There is always someone out there who wishes that had what you have.

Pray for Palestin my dear friend..
Doa daripada Ustaz Zaharuddin:

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ون
ُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Aamiin Ya Rabbal Alaminn ..


Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum wbt .. :)


Countdown !! tak lama lagi masuk dah tahun baru..
1434 Hijrah ..

Pejam. Celik. Pejam. Celik.
Nda sangka sudah masuk tahun baru. 
Azam baru? 
Azam lama pun entah sudah tertunai ka belum.. 

hmm .. Hijrah ?


Hijrah.
Move on.
What's Past is Past.

Don't forget to read :



M3salamah ! :)

♥ Warna-Warna Kegemaran Baginda Rasul ♥


Salam 'alaykum :D

Apakah warna-warna kegemaran Baginda Rasul ?

 ---> Annas bin Malik meriwayatkan 

“Warna yang paling disukai oleh Rasulullah adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Rasulullah pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran." 


--->Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata :

 “Yang amat disukai oleh Rasulullah ialah warna putih.” 


 --->Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan:

 “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.” 


---> Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata:

 “Aku pernah melihat Rasulullah memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…” 


 --> Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya :

 “Pernah Rasulullah berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.” 


 ---> Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata :

 “Pernah Rasulullah keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.” 


 ---> Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat :

 “Rasulullah menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”

♥ Jom Kita Amal ツ ♥

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat.

اللهم صل على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم تسليما

Alhamdulillah.. 
Blog ini, memenuhi kriteria warna kesukaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

 :)


12 MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

Assalamualaikum wbt :)


12 Makanan Kegemaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم


1. Barli – Baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan.

2. Kurma - Rasulullah bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin – Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah  sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu – Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah bersabda, “Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.

7. Susu - Rasulullah bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Makanan yang Rasulullah suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah bersabda, “Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru”.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam

surah Al Mukminun ayat 52:  “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.”

 Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru:

 “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? 
(HR. Muslim)

 Jom Kita Amal 

Tuesday, November 13, 2012

Isbir ya Qalbi.. Isbir..

Assalamualaikum wbt..
Muhasabah diri, sentiasa mengingati Allah..

Jari jemari terpanggil untuk menari2 di atas keyboard ini..
menekan huruf2 yang tertera..
selepas membaca satu entri..


Mengapa harus ada tohmahan dan cacian yang diberi kepada seseorang yang ingin menyampaikan dakwah?
 Kerana itulah DUGAAN yang ingin diberikan kepada manusia yang bergelar Hamba kepada Allah..
Tidak semestinya perkara baik yang kita lakukan itu akan disukai oleh orang,
dan tidak mustahil juga perkara buruk yang kita tinggalkan itu akan membuatkan orang semakin menjauh dari kita, kerana apa?

Allah ingin menguji kita.

Manusia tidak pernah ada MASALAH..
Hanya ada DUGAAN.. 
Setiap DUGAAN yang menimpa adalah satu UJIAN, tanda Allah Kasih pada hambaNya..
supaya manusia INGAT untuk berbual padaNya..

Oleh itu.. Bersabarlah wahai hati..
Biar hina di mata manusia,
Asalkan mulia pada pandangan Allah..
InsyaAllah Taala :)
Wallahualam..