Wednesday, December 14, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 8 Last

* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi
  • Part 8 ..

MUTIARA jernih di pipiku dikesat oleh jari Aniq. Aku tersentak. 
"Kenapa Ana nangis?" soal Aniq. 
"Sedih lah cerita ni. Tapi happy ending juga." Aku sendiri pun hairan kenapa aku menangis. 
"Dah tu, napa nangis? Tak comel dah bucu-bucu abang ni." Aniq mencubit pipiku.
"Ouh..Abang cubit pipi Ana ye.. Ana pun nak cubit pipi tomey-tomey. Alala,kiutnye~" Aku pun tak nak lepaskan peluang.
Aku mengusap-usap pipiku selepas aktiviti cubit-mencubit pipi antara aku dan Aniq sebentar tadi. 

"Sakit ke?" Aku menutup kedua-dua pipiku. 
"Sakit sangat." Aku melihat pipinya kemerah-merahan. Aku cubit sampai macam tu sekali? 
"Meh abang tengok jap." Dia menarik tanganku. 
"Muka sayang dah macam pakai blusher lah . Cantik." Aku segera tunduk. Aku merasa sangat-sangat malu mendengar pujian dari seorang suami. 
"Abang suka makan apa?" segeraku ubah topik perbualan.
"Ouh... nak mulakan sesi bertaaruf lah ni. Abang suka makan... Kari ikan. " Kari? Aku belum lagi pernah masak kari, maklum lah abah dan mak langsung tak makan kari. Takpe, nanti minta ajar kat umi. hihi.
"Kepala ikan atau ekor ikan?" 
"Mestilah ekor ikan.." 
"Abang ni peliklah. Tak pernah Ana dengar kari ekor ikan yang ada kari kepala ikan." aku ketawa kecil. 
"Kalau makan kepala ikan nanti jadi pelupa, Ana buatlah resipi baru. Resepi Chef Anaqah dan Aniq." 
"Tak lawa lah. Resepi Chef Qaisara dan Haidar. Lawa !" 
"Suka nama tue?" aku mengangguk. Aku nak panggil dia Haidar lah ! 
"Kalau Ana panggil abang Haidar, boleh?" 
"Boleh aje sayang." Haidar mengusap lembut tanganku. 
"Abang Haidar..." Aku meletakkan kepalaku di bahunya. 
" Hmm?" 
"Ada orang lain yang panggil abang Haidar tak selain Ana?" 
"Erm... Takde. Ana sorang je.. Eh ! Ada lah." Perasaan cemburuku tiba-tiba muncul. 
"Siapa?"

 "HAIDAR!" 
"Haa.. umi dah panggil dah. Jom !" 
"Ish ! Abang sengaja nak kenakan Ana ye!" 
"Hihi.. jangan lah marah . Nanti tak cute bucu-bucu abang ni." Uwaa! Haidar buat aku rasa geram ! tapi bukan geram pasal apa pun, geram sayang. hihi 

 Selesai makan, sempat juga aku berbual-bual dengan umi tentang cara-cara masak makanan kegemaran suamiku, kari ikan. Adiknya iaitu Atiqah banyak memberitahu tentang perangai Haidar kalau di rumah . Haidar hanya melihat aku dan Atiqah yang berbual rancak.

"Iqa, giliran abang lah yang berbual dengan kakak baru kamu tu." Aku dan Atiqah saling berpandangan sebelum ketawa bersama. 
"Akak pergi lah dengan abang Aniq tu. Ouh ya, lupa saye nak gitau akak, abang Aniq ni kuat merajuk." 
"Siapa cakap?" Haidar tidak puas hati. Atiqah hanya ketawa melihat reaksi Aniq. 

Haidar menggenggam tanganku hingga ke bilik. Kami duduk di sofa tempat kami tengok cerita Debu Kasih Suci sebentar tadi.
"Ouh.. Abang ni kuat merajuk." aku sengaja mengusik Haidar. 
"Taklah." 
"Alala.. tomey-tomey dah majuk dah.." 
"Nak kena cubit lagi ke bucu-bucu abang ni?" aku memeggang pipiku sambil menggeleng.
"Masih ingat lagu cerita tadi?" Haidar menanyaku. 
"Masih. Bisikan Nurani. Kenapa?" 

Haidar menutup mataku dan meletakkan kepalaku di bahunya. Aku hanya menurut. Tiba-tiba sahaja dia menyanyikan lagu tersebut. Aku terdiam, hanya mampu mendengar suaranya menyanyi merdu. 

Kejernihan wajahmu sempurna pada pandanganku 
Kau kirana keturunan terpilih disanjung serta dihormati 
Kau permata kesederhanaanmu mengecap kekayaan dunia 
Kau mestika ketaqwaan dirimu Itu yang merantai jiwaku 

"Abang .. Ana sayang Abang!" Haidar tersenyum. 
"Alaa.. itu abang dah lama tau. Abang lagi cinta kat isteri abang tau." Aku turut tersenyum. 
"Ana masih ingat apa yang abang cakap time persembahan kita dulu?" Aku mengangguk. 
"Abang sengaja tukar dialog atau abang lupa?" 
"Sengaja. Abang tak nak cakap awal-awal. Kan No Couple Before Nikah, sekarang dah nikah, boleh lah couple , kan? Abang suka,sayang, cinta,kasih dan rindu padamu wahai isteriku, Anaqah Qaisara." 

Skrip yang sengaja tidak dilafazkan waktu persembahan fantasi. Namun sekarang ini realiti, aku dapat mendengarnya sendiri. 

"Hmm... yelah tu." Tangannya tidak lagi memegang tanganku. 
"Betul lah. Kenapa? Ada yang salah ke?" Serius wajahnya memandangku. 
"Habis tu kenapa tak pegang tangan pun. Kan dah halal?" Aku ketawa sendiri melihat muka Haidar yang serius. 
"Ouh.. sengaja nak sakat abang ye." Pipiku dicubit sekali lagi. Atiqah baru je bagitau yang Haidar tak suka kena sentuh leher dan pinggangnya, dia akan rasa geli. hihi 
"Ana tak nak dah cubit pipi tomey-tomey. Tapi nak sentuh leher pula." Reaksi pantas yang diberikan saat aku menyentuh lehernya. Aku hanya mampu ketawa melihat Haidar menahan rasa geli.
"Ana! Dah lah ! Abang rasa gelilah! Lepas ni abang cubit pipi Ana puas-puas. Geraaaamm ! Dah lah tue .. Ana !" 
"Nak cubit? Kalau dapat." Aku tidak lagi menyentuh lehernya. Aku segera berlari keliling bilik yang tidak lah seberapa luas itu.
"Ouh.. nak men kejar-kejar pula ye. Hiya!" Haidar mula mengejar aku. 
"Ana ! Dah lah, penat dah ni, tadi ketawa sekarang berlari pula. Macam mana abang nak masuk hati sayang ni?" tercungap-cungap Haidar menuturkan kata. 
"Hati Ana dah kena ambil lah." 
"Siapa?" Haidar segera menghentikan lariannya. 
"Aniq Haidar bin Bazli." 
"Ana memang nak kena cubit ni tau." Seakan mendapat kembali semangat, Haidar mengejarku. Aku sengaja menghentikan larian . 
"Dah dapat!" 
"Cubitlah, kata tadi nak cubit." 
"Tak nak dah, sebab abang dah dapat yang lebih penting." 
"Apa?" 
"Hati." Dia mengenyitkan mata. 
Aku tertunduk malu sambil tersenyum, dia mengangkat daguku dan dia juga tersenyum. Alangkah indahnya cinta selepas nikah. Cinta inilah yang aku impikan setelah sekian lama. 

Aniq Haidar
Anaqah Qaisara






























TAMAT

1 comment:

  1. AnonymousJuly 07, 2012

    Tahniah!..jln crita yg menarik,tpi klu kna msukkn babak2 yg sedih skit pastu happy ending lg menarik..hehe...mcm sy bca sinopsis novel pembangun jiwa yg terkenal pun ada..hihi...keep it up!..

    ReplyDelete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^