Saturday, December 10, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 2


* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi

  • PART 2 ..
ANAQAH QAISARA BINTI HUSNI , nama yang cukup indah yang diberikan oleh abi dan umi . Mempunyai abang kembar yang tua 10 tahun dariku , Amar Faruq dan Amir Furqan . Kedua-dua mereka juga lepasan Al-Azhar dan telah pun berumahtangga . Hanya tinggal aku sahaja yang menemani abi dan umi . Hubungan aku dan kedua-dua abangku tidaklah rapat , mungkin kerana jarak umur yang memisahkan . Hal ini membuatkan aku mengambil keputusan untuk mengambil abang angkat . Aku juga tidak mengetahui bagaimana aku boleh menjadi adik angkat kepada Ketua BADAR iaitu Ashraf Haikal .


Adiknya iaitu Aniq Haidar suka mengusik aku setiap kali kami berdua terserempak .
"Akhi.. ukhti .. hihi" aku rasa amat geram dengan Aniq .
"Awak ni kenapa ? Ana gitau nanti kat abang awak ." aku melepaskan geram tanpa melihat wajahnya .
"Abang saya aje ? Bukan abang kita dua ke ? hihi " Geram ! Geram ! Aku hanya mendiamkan diri .

Itulah perangai Aniq ketika tahun pertama , aku tidak benci pada dia, cuma geram . Masyitah selalu mengingatkan , "Jangan terlalu menyayangi seseorang , mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kita benci ; Jangan terlalu membenci seseorang , mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kita sayang."
Sekarang , aku mulai minat dengan Aniq . Aku sendiri merasa pelik , mengapa aku boleh TERminat dengan Aniq . Adakah kerana perangainya yang sudah berubah menjadi lebih matang ?

Dulu , aku mungkin tidak percaya ketika Aniq berbicara mengenai cita-citanya yang ingin menjadi seorang ustaz .
Dia tidak menunjukkan ciri-ciri seorang ustaz langsung ! Perangai seperti kebudak-budakan , seperti belum matang . Namun, lihat saja sekarang , perwatakannya memang seperti Imam Muda . Imam Muda Asyraf sudah ada , Imam Muda Aniq bakal tiba . hihi
Ketika aku berjalan menuju ke asrama , ada satu suara memanggilku .

"Ana , Ana ... "

Aku menoleh ke belakang . Aniq ? Aku mengawal perasaan aku yangmulai tidak keruan .

"Ya? Kenapa ? Ada mesyuarat tergempar ke ? "

Aku sengaja membuat lawak menghilangkan rasa gugup diriku.
Aniq tersenyum kecil . Aniq senyum?! Dah lama wajah tersebut tidak menguntumkan senyuman .

"Tidak . Bukan itu yang saya ingin bagitau Ana , erm .. Ana tahu abang Ashraf dah balik ? " Aku mengangguk . Dah lama dia tak ejek aku , kali ni.. Aniq ejek ke tak ?
"Hmm.. Baguslah tu . Erm , lepas ni , dia akan datang ke UIA untuk bantu kita ."

Aku bagaikan tidak percaya apa yang telah dituturkan oleh Aniq. Aku tidak berani menatap wajahnya. Ashraf nak datang UIA ? Buat apa? Sampai bila? Banyak persoalan yang bermain di minda , dan Aniq menjawab persoalan tersebut dengan jawapan.

" Mesti Ana hairan kan?" aku mengangguk lagi. Sejak bila aku jadi pendiam ni?
" Sebelum kita konvoi nanti , kita akan buat satu persembahan . Sebab itulah abang Ashraf datang nak tolong kita. "
" Urm , semua pelajar last sem atau ahli BADAR je ?"
" Ahli BADAR sahaja . Erm , malam ni lepas Isyak, kita akan adakan satu perjumpaan . Abang Ashraf turut terlibat sama . " Aku tersenyum kelat . Ashraf pun ada ? Aku tak tahu macam mana perasaanku sekarang . Ianya bercampur baur . Gembira, tak percaya , semuanya ada .
" Ana pasti gembira kan ? Dapat jumpa balik abang Ashraf? "
" Erk .. takde lah .. biasa-biasa aje . " Apa aku cakap ni ?
" Yeke ? Ana tak rindu abang Ashraf ? "

Aku nak jawab apa?? Aku rindu ka dengan Ashraf ?? Aku rindu nak bergurau dengan kau Aniq ! Astaghfirullahalazim .. Apa aku cakap ni ?

" Aniq , malam kita sambung . InsyaAllah . Langit macam nak hujan aje ."
" Owh , baiklah . Saya pun ada kerja lagi nak buat ni . Assalamualaikum. " kami mula membuka langkah ke arah yang bertentangan . Aku segera menoleh kebelakang dan hanya menjawab salamnya perlahan .

Tudung labuhku menari-nari mengikut rentak hembusan angin. Aku mempercepatkan langkahku menuju ke asrama , hari nak hujan !

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


1 comment:

  1. assalamualaikum..dagi kah smbungan nye?he..cam siok bca yg original punye..he..

    ReplyDelete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^