Saturday, December 10, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 1

* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi

  • PART 1 ..
SETELAH selesai membuat assignment , aku ingin segera melelapkan mataku yang terasa amat berat . Lagipun , jam telah menunjukkan pukul 1 pagi . Niatku terbantut seketika tatkala melihat skrin telefon bimbitku bercahaya . Siapa yang text aku malam-malam ni ? Diriku bermonolog . Aku mencapai telefon bimbit dan segera membaca message yang baru diterima.

- Assalam ukhti .. asif sekiranya mssge akhi ini mggu ukhti . Akhi hnya ingin mbritahu , akhi dh tiba kt KLIA .

Mataku terbeliak besar . Akhi Ashraf dah kembali ? Selama 3 tahun dia menyambung pembelajarannya di Universiti Al-Azhar , Cairo , kini dia telah kembali ? Ada senyuman kecil yang terukir di bibirku . Aku ingin menjerit kegirangan , namun aku melihat ke arah teman sebilikku , Masyitah , yang sedang lena dibuai mimpi . Aku berdiam diri . Aku berada dalam dilema . Balas , tidak , balas , tidak ... aku mengambil keputusan untuk tidak membalas . Walau hati ini menjerit-jerit menyuruh aku agar membalas message tersebut . Nanti sahaja aku membalasnya ketika bangun Qiamullail . Aku membaca doa tidur dan segera melelapkan mataku .

Tepat pukul 5 aku terbangun dek terdengar bunyi alarm . Aku turut membangunkan Masyitah untuk bersama-sama mennaikan Qiamullail . Memang dah menjadi rutin harian kami bangun bersama menunaikan Qiamullail .

"Syitah , Syitah , bangun . Qiam sama-sama , jom! " aku membangunkan Masyitah . Dia mengeliat kecil dan menggeleng .
"Ambo ABC . " Aku menggangguk perlahan . Allah Bagi Cuti kat Masyitah , terpaksalah menunaikan Qiam sendiri .

Setelah selesai menunaikan solat Subuh , aku melipat kain telekung dan sejadah . Sekali lagi aku membangunkan Masyitah untuk bersiap ke kuliah .
"Syitah , bangun . Jom gi kuliah . " Masyitah mencelikkan matanya .
"Mu mimpi apa? Hari ni kan cuti . " Aku menepuk dahi dan segera beristighfar .
"Macam mana lah Ana boleh lupa ni . Asif ganggu . Sambung lah tidur ." Masyitah tersenyum .
"Tak nak lah . Tak baik tidur selepas Subuh . Tolak rezeki namanya tu ." Dia menggeliat kecil .
Betul tu , tidak digalakkan tidur selepas Subuh . Terngiang-ngiang di telinga tazkirah yang disampaikan oleh Ketua BADAR , Aniq Haidar iaitu adik kepada abang angkatku , Ashraf Hanif.

"Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiam ."

"Ana , ana ? " Masyitah menegurku. Aku segera beristighfar .
"Kenapa mu ni ? " Aku menggeleng . Baru aku teringat akan message daripada Akhi Ashraf . Aku segera mencapai telefon bimbit dan mula menekan keypad utk membalas message tersebut .
"Mu balas message sapo ? " soal Masyitah .
"Akhi Ashraf ." Aku jawab pendek . Masyitah tidak puas hati , dia bertanya lagi .
"bukan mahal ka hantar message dengan nombor Mesir . 50 sen satu message ." Aku memandang Masyitah , dan mengukirkan senyuman .
"Dia dah tiba kat KLIA semalam . SMS guna nombor celcom , setengah sen satu sms. "
"Oh , lagu tu ..."

- Waalaikumussalam , asif lmbt balas . Selamat kembali ke Malaysia ! =)

Aku memandang kosong ke arah telefon bimbitku , menunggu balasan message . Tidak lama kemudian , telefon bimbitku bercahaya menandakan satu message telah diterima .

- Ukhti hari ni cuti kan ?
- na'am , limaza ?
- tkde , akhi rindukan seseorang ..

Hatiku tiba-tiba berdegup pantas .

- Siapa ?

Aku ketawa sendiri . Masyitah hanya melihatku sambil tersenyum . Faham sangat dengan kerenahku .

- Nama yang sungguh indah bermaksud Permaisuri cantik dan menarik .

Aku terdiam . Adakah dia maksudkan aku ? Anaqah Qaisara . Anaqah membawa erti cantik dan menarik manakala Qaisara membawa maksud permaisuri .

- hmm .. suka berteka-teki .. siapa ?
- Saudari Anaqah Qaisara , bakal menjadi sebahagian daripada keluarga Ustaz Bazli . InsyaAllah .
- Maksud akhi ?
- InsyaAllah akan dihantar rombongan meminang selesai sja ukhti habis semester nti .

MEMINANG ??!!
"Mu kenapa Ana ?"
"Ashraf .. dia kata .. selesai sahaja semester nanti .. ada rombongan meminang .." Tergagap-gagap aku menuturkan kata .
"Alhamdulillah . Baguslah tu . Bukankah Ana turut meminati abang angkat sendiri ? Rupanya Ana tak bertepuk seblah tangan ! " Ya! Memang aku memupuk minat terhadap Ashraf, tapi itu kan kisah 3 tahun yang lalu . Bukankah Kak Aisyah menjadi pilihan hatinya ? itu yang membuatkan aku memendam sahaja perasaanku .
"Syitah .. takkan kamu dah lupa , Kak Aisyah ? Senior kita tahun lalu .."
"Ha'ah lah kan .. Pelik ! "
"Lagipun .. perasaan minat tu dah lama terkubur dah .. semenjak .. "
"Semenjak kebelakangan ni, kan ? Mu dah mulai minat Aniq, kan ? " Aku menganggukkan kepalaku .
"Ana tak tahu mengapa Ana boleh minat kat budak tu .. Ana akui dia dah berubah semenjak dia memimpin BADAR(Badan Kerohanian & Dakwah) .."Masyitah menyampuk ..
"Tahun pertama tue memanglah kita lihat Aniq tue nakal , suka mengusik perempuan . Sekarang kan , dia dah jadi Ketua BADAR , mestilah dia perlu tunjukkan contoh yang baik ."
"Tadi , Ashraf cakap , Ana akan menjadi sebahagian keluarga Ustaz Bazli. Apa maksud dia ? Kak Aisyah macam mana ?"
"Mu tak tanya dia sendiri ? "
"Tak berani .."
"Malu bertanya sesat jalan . Nanti tak pasal-pasal kamu salah anggap pula ."

Aku memegang telefon bimbitku , aku dah tak tahu nak balas apa.

- Akhi , ana undur diri dulu . ada keje skit .. Assalam ..
- ouh, ptut lah. asif ggu, wasalam .

Biarlah ia terus menjadi teka-teki . Aku tak nak sesakkan fikian aku terhadap seorang insan yang bernama lelaki .

"Syitah ! Jom sarapan .. Lapar .. hihi"
"Pulok .. Ngam lah tue .. Lapo beno ambo.."

* * * * * * * * * * * * *

3 comments:

  1. best cetanya... smbung lg nnti k..:)

    ReplyDelete
  2. Hahaha...Alhamdulillah...satu permulaan yang baik...teruskan usaha..baca sampai tak sedar member panggil...k keep it up...

    ReplyDelete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^