Tuesday, December 13, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 7

* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi
  • Part 7 ..
AIR mata berlinangan selesai sahaja suaminya melafazkan akad nikah. Hatinya merasa tenang saat jarinya disarungkan cincin dan dahinya dikucup oleh sang suami . Majlis pernikahan mereka dilakukan dalam suasana yang suram kerana baru sahaja beberapa hari yang lalu berlaku sesuatu peristiwa yang amat menyedihkan iaitu abang kepada pengantin lelaki kemalangan . Majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung 3 hari yang lalu terpaksa ditunda kerana perlu menguruskan hal-hal tertentu.

"Sayang mengelamun apa tu ?" bahunya disentuh lembut membuatkan lamunannya terhenti .
"Tak ada lah, bang . Cuma... Ana tak sangka semua perkara ni akan berlaku... Saat kita hendak bergembira, ada pula musibah yang menimpa. " suaranya sayu sahaja.
"Sabarlah , semua ni dah menjadi ketentuan Allah. Allah dah tetapkan Qada dan QadarNya. Kita sebagai hambaNya perlu bersabar." suaminya menguntumkan senyuman.
"Abang ... tak sedih?" suaminya menggeleng.
"Abang anggap ini sebagai satu ujian daripada Allah. Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita."

Ariana hanya mengangguk mendengar sedikit penjelasan yang amat bermakna daripada suaminya. Azrul mengambil sesuatu dari laci lalu memberikan kepada isterinya.

"Surat apa ni?"
"Surat daripada arwah abang Ayyub." Ariana melihat sahaja sampul surat tersebut.
"Bila abang Ayyub bagi?"
"Sehari sebelum hari kita sepatutnya menikah."
"Abang... tak cemburu? "Azrul tersenyum.
"Mungkin sebelum nikah dulu... Ya, abang cemburu melihat Ana dengan abang Ayyub. Tapi, sekarang tidak lagi.. Ana kan dah jadi isteri abang yang sah." Ariana membuka sambul surat itu dan membaca isi surat tersebut.

>>>>>>>>>

Assalamualaikum adik Ariana,
Abang ingin mengucapkan Barakallah kepada Ana dan Azrul. Maafkan abang kerana tidak sempat melihat hari berbahagia kedua-dua adik abang. Namun, abang tetap doakan kebahagiaan kamu berdua hingga ke Jannah.

Abang sendiri merasa hairan mengapa tiba-tiba sahaja tergerak hati abang ingin menulis surat ini. Abang pun tidak tahu ingin menulis apa di kertas putih ini. Fikiran abang kosong, tiada apa-apa yang ingin abang sampaikan. Hanya setangkai doa dan ingatan ikhlas dari abang semoga berbahagia.

Akhir kalam, jangan hilangkan senyuman dari bibirmu. Sekian.
Ayyub

>>>>>>>>>>>>>

ARIANA melipat kembali surat tersebut. Isi surat itu pendek sahaja, namun ia mampu membuatkannya tersenyum.

"Apa isi dalam surat tu?"
"Rahsia. Mana boleh abang tau."
"Oh, nak berahsia dengan abang ye... Sebenarnya, abang yang tulis surat tu."
"Abang !" Azrul ketawa.
"Gurau saje lah. Nak bagitau atau tak?"
"Yelah, yelah. Dalam ni cuma doa semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga." Azrul meraup mukanya seperti baru sahaja selesai berdoa.
"Abang buat apa tadi tu?"
"Kan sayang kata tadi doa. Abang doa lah tadi tu." Ariana tersenyum lalu memukul bahu suaminya.

"Erm.. masih ingat waktu sayang ajar Iqa AddMath?" tiba-tiba sahaja Azrul menanyakan soalan tersebut. Ariana mengingat semula sewaktu dia mengajar Faiqah mata pelajaran Matematik Tambahan form5 .
"Masih.. kenapa abang tiba-tiba tanya?"
"Tak adelah . Sebelum tu, abang belum lagi mengenali siapa itu Ariana Nadira. Abang cuma tahu, Ana ni adik angkat abang Ayyub je. Tapi, lepas Ana tolong ajar Iqa, banyak abang tahu tentang Ana. Abang mula tertarik pada Ana, dan Iqa selalu usik abang . "
"Abang Ayyub pun tak tahu?" Azrul menggeleng. Ariana ketawa kecil membuatkan suaminya merasa hairan.
"Kenapa sayang ketawa?"
"Samalah kita ni , kan?"
"Hmm.. Sama? Maksud?" Azrul tertanya-tanya.
"Dulu pun Ana tak berapa kenal dengan abang. Ana cuma tahu abang ni adik abang Ayyub. Tapi, lepas Iqbal round-round UM, dia bagitahu Ana dia jumpa seorang abang yang mempunyai minat yang sama dengannya. Waktu dia sebut orang tu Azrul Nadhir, terkejut sangat-sangat lah." Azrul tersenyum.
"Kenapa sayang nak terkejut?"
"Ish ! Ganas. Kenapa abang minat tengok WWE? "
"Entah.. best pun. Tapi abang tak lah tangok sampai leka sangat. "

Allahu akbar ... Allahu akbar...

"Dah masuk waktu Maghrib ni, jom solat jemaah. Dah lama abang tunggu seseorang yang akan menjadi makmum untuk abang. "
"Ana pun dah lama tunggu seseorang yang akan mengimamkan Ana. "

Di dalam hatinya tidak berhenti berdoa agar kasih suci yang baru berputik itu tidak akan berterbangan menjadi debu-debu. Dia mengharapkan agar kasih suci ini akan selamanya kekal bersama.

~Debu Kasih Suci Tamat~

* * * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^