Monday, December 12, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 6


* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi
  • Part 6 ..
HARI itu adalah hari konvoi . Dua orang sahabat baik iaitu Mahirah dan Qaisara sedang berjalan bersama sambil memegang sijil kovokesyen mereka. Mereka berbual rancak sambil tersenyum gembira. Langkah mereka terhenti apabila seorang lelaki berhenti di hadapan mereka iaitu Haidar.

"Sara, Haidar kat depan tu." bisik Mahirah.
"Jadi.. kenapalah." Jawab Qaisara endah tak endah.
"Dia macam ada something aje nak sampaikan tu."
"Biarlah dia ... Jom..kita jalan je."
"Sara... Kenapa kamu ni? Kat asrama kamu kata kamu sukakan Haidar, tapi bila dia ada di depan mata, kamu jual mahal pula."

Qaisara tidak menjawab melainkan menarik tangan Mahirah untuk teruskan sahaja langkah mereka. Sewaktu mereka melalui di sebelah Haidar , Mahirah memberhentikan langkahnya.

"Kenapa kamu berhenti Ira?"
"Kamu tak dengar ke Haidar panggil kamu tadi?" Aku melihat Mahirah sebelum melepaskan keluhan kecil.
"Ira... Saya tak nak nanti orang lain nampak kami berdua berbual, nanti mereka sangka lain lagi. Dan... yang paling saya risau kalau Allah Yang Maha Melihat nampak kami berjumpa. Aku takut muncul pihak ketiga, iaitu syaitan."

Mahirah menggenggam tangan Qaisara.

"Kamu jangan risau. Saya temankan. Ada pihak ketiga, tapi bukan syaitan. Jom, kita jumpa Haidar." Mahirah menarik tangan Qaisara.
"Baiklah Haidar, kenapa kamu panggil Qaisara tadi?"
"Ana nak bercakap dengan Qaisara sekejap."
"Tak boleh ke kalau saya turut dengar sama?" Haidar melihat ke lantai . Begitu juga Qaisara. mereka langsung tidak berani bertentangan mata walaupun seketika.
"Erm .. Mana-mana ajelah. Sara... Ana.... Ana cintakan Sara. Ana tahu... mungkin... Sara tak cintakan ana... Tapi, ana tak nak pendam lagi. Dah lama ana ingin luahkan perasaan ana pada Sara. " Mahirah hanya menahan ketawa.
"Erm .. saya.. Saya tak nak couple lah sebelum nikah . Itu dah jadi moto hidup saya. No Couple Before Nikah. Saya... hanya menyerahkan cinta saya kepada yang berhak sahaja... iaitu suami saya." jawab Qaisara tergagap-gagap.
"Ana faham. Begitu juga ana. "
"Erm...Kalau kamu faham... baca ni."

Qaisara memberikan secebis kertas yang selalu menjadi pegangan dalam dirinya . Haidar mengambil dan membaca isi yang terkandung di kertas tersebut .

"Kalau ingin bercinta, haruslah berani jumpa ibu bapa. Kalau tak berani, kenapa nak bercinta?"
"Itu... kamu faham?" Haidar menguntumkan senyuman.
"Faham.. Faham sangat-sangat. Kalau begitu... ana akan pergi ..."
"Kamu nak pergi mana?"
"Jumpa kedua-dua orang tua kamu bersama dengan keluarga ana !" Qaisara tergamam. Kelibat Haidar hilang dari pandangan.
"Ira ! Kamu dengar apa yang dia cakap?" Mahirah tersenyum gembira.
"Saya tumpang gembira Sara ! Syukur Alhamdulillah .."

Pentas digelapkan sebelum diterangkan semula ditemani bunyi paluan kompang. Pentas dihias indah dengan pelamin .
Kompang dipalu~ Pengantin baru~

"Sara... abang dah lakukan apa yang Sara inginkan. Sekarang kita dah boleh bercintalah kan?" Haidar menguntumkan senyuman pada Qaisara yang duduk di kerusi sebelahnya. Qaisara tersipu-spu malu membalas kata-kata pengantin lelaki iaitu Haidar.
"Erm.. Sekarang.. Bolehlah kita couple.. sebab... kita kan dah nikah." Qaisara turut tersenyum namun tidak melihat pada Haidar, mungkin malu yang teramat sangat.
"Sekarang, abang dah jadi suami Sara, bolehlah Sara serahkan cinta Sara tu pada abang, kan?" Haidar terus menerus mengusik Qaisara. Qaisara mengangguk.
"Syukur Alhamdulillah."

Tirai ditutup.

>>>>>>>>>>>>>>

AKU sungguh tak menyangka aku akan mengatakan sebegitu terhadapnya. Aku mencuri pandang ke arah Aniq, dia hanya tersenyum sambil matanya masih lagi ke arah skrin.

"Qaisara dan Haidar pasangan yang bahagia! Mari kita ramai-ramai doakan mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat!" Aku merasa sangat malu . Aniq langsung tidak membantah. Dia bagaikan turut mengharapkan apa yang dikatakan mereka itu menjadi realiti.

Ya Allah .. Seandainya telah Kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan, kerana Kau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu.

* * * * * * * * * * * * * * *

2 comments:

  1. assalamualaikum..cam knal prnggan trakhr ko tue..cam ayt dri lgu nasyid doa sorng kkasih..he..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..hihi..
    mmg pun ..=)

    ReplyDelete

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^