Sunday, December 11, 2011

Cerpen : Debu Kasih Suci Part 4

* Cerpen ini hanya rekaan semata-mata .. ORIGINAL tau ! =)

DEBU KASIH SUCI-QisNadi
  • PART 4 ..
FIKIRANKU tidak tertumpu lagi pada Ashraf mahupun Aniq yang berada di hadapan Bilik Kuliah I . Aku mulai teringat kembali saat-saat aku mengikuti program Kem Bestari Solat yang diadakan di SK Seremban Jaya 2 . Setengah hari aku menjadi 'Ustazah Ana' pada murid-murid tahun 1 dan 2 . Ashraf sengaja memilih aku mengikuti program tersebut untuk melihat kemampuanku ketika berada di hadapan . Dia ingin mengikis sifat pemalu dan gugup aku .

Sewaktu kami tiba di SK Seremban Jaya 2, kami disambut mesra oleh guru besar sekolah tersebut iaitu Encik Ahmad Bin Harun. Ramai murid bermain kejar-mengejar . Saat loceng berbunyi , mereka segera kembali ke kelas masing-masing . Kami mula diberikan kumpulan mengikut kelas serta fail yang mempunyai senarai pengisian dan juga nama murid-murid.

Aku melangkah perlahan masuk ke kelas yang telah ditentukan , semua mata tertumpu ke arahku . Aku terdiam seribu bahasa , begitu juga mereka . Tatkala aku mendengar kelas sebelah memulakan dengan memberi salam dan bacaan doa belajar , aku pun melakukan perkara yang sama.

"Baiklah murid-murid , apa yang patut kamu lakukan kalau cikgu masuk kelas ?" aku sengaja melontarkan soalan terseut . Dengan automatiknya mereka semua berdiri dan memberikan salam kepadaku .

"Assalamualaikum ustazah ! Bismillah ... hirrohman ... nirrahim .."

Suara murid kelasku berlawanan dengan suara murid kelas sebelah . Mereka seperti sengaja meninggikan volume suara mereka agar dapat mengalahkan volume suara murid kelas sebelah .

"Baiklah , adik-adik sekalian , kakak perkenalkan nama kakak . Nama kakak Anaqah Qaisara. Kamu semua boleh panggil kakak , Kak Ana . " Dengan spontannya aku menggelar diriku sebagai 'kakak' dan memanggil mereka 'adik'.
"Ustazah Ana !!" Serentak mereka menjawab.

Ya Allah , lupa aku , sepatutnya aku menggelar diriku sebagai 'ustazah'. Aku menguntumkan senyuman untuk menghilangkan rasa gugup yang mulai muncul dalam diriku . Aku mengambil senarai nama pelajar , semuanya berjumlah 30 orang . Tapi , kenapa hanya sedikit sahaja yang berada dalam kelas sekarang ? Aku mulai menyebut nama mereka satu persatu . Yang hadir hanyalah 12 orang , kurang dari separuh ! Yang lainnya mungkin tidak dapat hadir atas alasan-alasan tertentu .

Aku mencuba untuk mengingati nama mereka , rasanya senang je nak ingat , sikit je kan . Salsabila, Syasya, Fatimah, Hikmah, Farah, Faizrul, Faizul, Yazir, Shafiq, Nabil, Farhan , Azam Wira Shah.

"Ustazah ! Ustazah ! Azam ni kan , name je Wira, tapi penakut !" Yazir mula bersuara .

Suasana dalam kelas menjadi hinggar binggar dengan gelak ketawa murid-murid yang lain . Aku mencuba untuk mengawal semula keadaan.

"Yazir .. tak baik tau cakap macam tu.. Cepat minta maaf dengan Azam ." Aku mencuba untuk mengawal emosiku dengan bertutur lembut.
"Sorrrryyy!" Yazir tersengih .
"Baiklah , sekarang kita buat Amali Wuduk . Erm , di mana tempat ambil wuduk ? "
"Biar saya yang tunjukkan ! " Dengan sukarelanya Yazir memberitahu di mana tempat mengambil wuduk .
"Adik-adik, berbaris dulu tau ! " aku memberi arahan .

Saat aku melalui kelas sebelah , kelihatan Nadhirah dan Alya mencuba untuk mengawal murid-murid di bawah jagaan mereka . Mula-mula aku hairan, kenapa mereka dua orang . Saat aku melihat jumlah murid yang sungguh ramai di dalam kelas tersebut , barulah aku faham mengapa wajah mereka berdua dalam kelihatan yang stress !

Aku mulakan dengan murid lelaki dahulu mengambil wuduk supaya cepat . Kalau murid perempuan leceh sikit , mana nak buka kerongsang mereka, mana nak urus tudung mereka balik . Setelah selesai amali wuduk , aku memisahkan murid tahun 1 dan tahun 2 kerana murid tahun 2 perlu belajar bacaan doa selepas wuduk . Sementara iu , aku menumpangkan murid tahun 1 di kelas yang berdekatan dengan tempat mengambil wuduk .

"Kamu nak buat amali wuduk sekarang ? " kedengaran suara seorang lelaki yang amatku kenali . Patutkah aku menumpangkan mereka di kelasnya ? Tapi ... aku tidak berani . Namun , aku melangkah gagah menuju ke kelas tersebut dan mengetuk pintu kelas.

Tok.. tok.. tok..

Aku membuka pintu selepas diberi isyarat daripadanya .

"Erm .. Assalamualaikum .." aku memberikan salam.
"Waalaikumsalam.. Ye, ade ape ? " Ashraf menguntumkan senyuman .
"Err .. nak minta tolong ni .. boleh tak tumpangkan murid-murid ni sekejap kat sini dan tolong jaga sekejap ."
"Eh.. eh.. ada pula tumpang-tumpang ye .. Boleh .." Aku tersipu-sipu malu .
"Syukran ." Aku segera berlalu pergi dari situ .

Semasa aku sedang mengajar murid tahun 2 bacaan doa wuduk , Ashraf tiba-tiba memanggilku .

"Ana..Ana.." Aku berhenti seketika .
"Maaf ye , nanti ustazah datang balik ." Aku berjalan menuju ke kelas tadi .
"Erm .. sekarang ni dah rehat ke ?" soal Ashraf . Aku melihat jam tanganku yang menunjukkan baru pukul 10 pagi .
"Rehat jam berapa?"
"Pukul 10.30 ."jawab Ashraf.
"Sekarang baru pukul 10 , belum lagi rehat ."
"Hah , kamu dengar apa yang ustazah cakap? Belum lagi rehat . " Mereka semua melepaskan keluhan .
"Syukran . Erm , nak guna kelas ni sekejap? Saya nak bawa mereka untuk amali wuduk ." Ashraf meminjamkan kelasnya untuk aku gunakan sebentar.
"Afwan . Erm .. boleh juga ."

Ashraf membawa murid-muridnya ke tangki air untuk melakukan amali wuduk. Aku memanggil murid-murid tahun 2 untuk masuk ke dalam kelas . Aku melihat ke arah papan putih , mungkin senang sikit mereka nak belajar kalau aku tulis bacaan doa di papan putih . Alamak ! Pen marker tertinggal di kelas sana lah .

"Kenapa ustazah ?" Yazir bertanya .
"Erm , ada sesiapa yang boleh tolong ustazah ambilkan pen marker di kelas tadi ?"
"Saya boleh tolong !" Yazir segera meluru keluar dari kelas sebelum sempat aku memberikan kebenaran. Hyperaktif betullah Yazir ni.

Jam telah menunjukkan pukul 10.30 , telah sampai waktunya untuk rehat .

"Baiklah murid-murid , kamu sekarang boleh rehat ." Mereka semua berpusu-pusu keluar dari kelas setelah mengucapkan terima kasih kepadaku . Aku turut melangkah keluar dari kelas dan kebetulan Ashraf baru sahaja menyelesaikan amali wuduk . Aku ternampak ada seorang murid perempuan yang tidak betul tudungnya . Ashraf melihatku sekilas dan melihat semula murid perempuan tadi .

"Tolong ?" Aku tertawa kecil mendengar caranya meminta tolong dan mendekati murid perempuan tersebut .
"Tadi dah tolong dia urus tudung , tapi.. tak pandai sangat ." Ashraf ketawakan dirinya sendiri . Aku membuka kerongsang murid perempuan tersebut dan membetulkan tudungnya . Ashraf hanya melihat perbuatanku.

"Ok, kamu semua boleh rehat sekarang ." Ashraf memberikan arahan .
"Terima kasih Ustaz !" Ada yang segera menuju ke kantin dan ada yang menuju ke kelas. Ashraf kembali semula ke kelas .

"Erm.. Tak ke kantin ?"Aku mulai bertanya. Ashraf memandangku lalu menggeleng .
"Taklah. Masih kenyang."
"Ouh .. Kalau macam tu, Ana pun kenyanglah." Aku mengekori Ashraf .

Beberapa murid yang sedang makan di dalam kelas tersebut melihat aku dan Ashraf masuk bersama.

"Hah,kamu.. mari Ustaz kenalkan kamu dengan ustazah ni. Dia ni adik ustaz." Mataku terbeliak .

Aku tak salah dengar ke ? Ashraf mengaku aku ni adik dia? Aku adik angkat ajelah !

"Ustazah ni adik ustaz ? Patutlah sama muka, nama pun mula dengan huruf A. " nyaring sungguh suara Yazir. Sama muka? Aku ketawa sendiri di dalam hati .
"Yazir? Kamu tak ke kantin ?"
"Tak ustazah. Saya bawa bekal."Ashraf mula menyoal Yazir.
"Kamu Yazir?" Yazir mengangguk. Ashraf sambung lagi.
"Ok, ustaz nak tanya. Siapa nama adik ustaz ni?"

Aku memandang Yazir. Awas kalau dia tak ingat nama aku! Dengan penuh yakin Yazir menjawab soalan Ashraf.

"Ustazah Yana . "
"Ustazah Yana?" Ashraf bertanya lagi.
"Eh.. silap ekk? Ouh! Ustazah Ana .. hehe, maaf." Yazir memandang aku dengan muka bersalah.
"Haa.. Tak boleh silap sebut nama adik ustaz tau."

Hari itu menjadi hari terindah buat diriku. Tak pernah Ashraf bergurau sebegitu ketika di UIA. Saat itu aku mulai minat terhadapnya. Tetapi, setelah aku mengetahui dia meminati Kak Aisyah , perasaan minatku terus terkubur.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment

Tik tok tik tok ~ tinggalkan jejak anda ^^